Rabu, 15 Februari 2012

Bagi Enau Di Dalam Belukar

Salam,

Lama benor rasanya tak posting di sini. Nampak tajuk kat atas memang nak meluah perasaan sikit.

Wikipedia menyatakan, maksud Bagai Enau di dalam belukar, melepas pucuk masing-masing seperti berikut:

" Tiada semuafakat dalam sesuatu perbicangan"

Tapi, saya lebih melihat kepada, masing-masing mementingkan diri masing-masing, melepaskan diri masing-masing terlebih dahulu, tanpa memikirkan kesusahan kawan-kawan yang lain.

Isu,

Dalam kawan-kawan yang lain tengah sibuk, kata orang sampai ke tulang tungking, dok pulun nak laksanakan tugasan dan tanggungjawab, ada lagi rakan seangkatan yang masih merayau-rayau dan merayu penempatan diubah-ubah, padahal, aku sejak hari pertama dah mula menyertai Mesyuarat itu ini, si dia masih lagi berenang-renang, menantikan surat penempatan berkali-kali yang diminta ubah.

Kesian aku dok pikirkan jugak, lain-lain kawan-kawan yang tertinggal bas, tak masuk bakul, yang sentiasa akur, tak pula mendapat layanan sedemikian.

Tapi walau apa pun aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan aku laksana. Moga akan diberkati, terutamanya Gaji yang aku guna untuk makan pakai sekeluarga.

Wassalam.


Jumaat, 30 Disember 2011

Tahun Mendatang

Salam,

Lama tak update, namun bukanlah lama tidak menjenguk ke sini.

Semalam hari baru aku di Bangunan dan Kompleks yang ternyata baru buat aku di Putrajaya ini. Alhamdulillah rezeki yang melimpah ruah dari Allah SWT. Ya Allah Maha Besar.

Berkat doa ramai di sekeliling aku mebuahkan keyakinan, akan apa yang bakal aku tempuhi pada tahun mendatang. Moga Allah akan terus meberikan petunjuk buat aku melangkah dengan penuh yakin dan dengan penuh kematangan.

Buat sesiapa rakan yang singgah atau tersinggah ke sini, Aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menempuh Pengalaman Baru dan sabar menantikan dengan tenang apa yang bakal kita semua tempuhi tahun 2012 akan datang.

Wasalam.

Sabtu, 12 November 2011

Dari INTAN Sabah

Salam,

Letih, meninjau semula 4 hari berkampung di INTAN Sabah, tanpa kaki. Maksudnya, tiada kawan-kawan yang boleh membantu (nak ke KK, atau minum di mana-mana kedai mamak berdekatan), siang dan malam di dalam kelas, memastikan senarai semak Audit, dan juga berkursus di sini siap lengkap.

Memang menguji benar, sementelah lagi Si Isteri masih berpantang, terpaksa aku tinggalkan di Putrajaya bersama-sama Puteri-puteri dan Putera-putera yang menjadi Belaian Jiwa ku. Nasib dan rezeki Insyaallah ada di mana-mana, lalu aku sentiasa menyerahkan segala kepada Nya, setelah melaksanakan usaha semampu yang boleh.

Dan hari ini selesai sudah segalanya, dan berjaya juga aku balik ke Semenanjung pada hari Sabtu nan indah ini.

Selamat Tinggal INTAN Sabah.

Selasa, 8 November 2011

Adiladha dan Trafik

Salam,

Letih tak habis, pagi ni naik je pejabat, tetiba kena wakilkan Bos ke mesyuarat.

Semalam, ambil mas 3 jam dari Melaka balik ke Putrajaya. Macam biasa, trafik selepas jam 5.30 petang, Lebuhraya PLUS, sesak, kenderaan bergerak perlahan-lahan.



Dalam masa yang sama anak yang sulung pulak, demam, si Abang pulak muntah dalam kereta, si Angah pulak nak kencing, nak masuk ke Rehat dan Rawat punya la seksa. Dah nak kencing pun terpaksa beratur sepanjang-panjang tidak.

Pergh, apa la punya mabuk. Sampai rumah aku pun dah lembik, nasib baik awal jugak sampai, lebih kurang jam 9 malam. Esok nak terbang pulak ke Sabah.

Demikian lah hidup, nak pulak bila dah ber enam. Syukur Alhamdulillah.