Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 2010

As salam,

Dah lama saya tidak dapat menulis apa-apa di sini, walaupun sebenarnya banyak yang mahu saya tulis.

Cukup dulu sebagai penutup hari ini 31 Disember 2010, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 yang akan disambut esok, moga semakin besar rahmat yang dilimpahkan buat kita semua.

Terima kasih kepada yang sering menjenguk ke sini, dan kepada sahabah lama yang ke temu di face book sering lah singgah, tinggalkanlah jejak korang semua.

Terima Kasih.

Ahad, 6 Disember 2009

Cubaan Menipu

As salam,

Kelmarin pagi (semalam kata orang selatan), saya bekenderaan sendirian selepas menamatkan tugasan di Kuantan Pahang. Agak penat setelah terpaksa menyaingi kehebatan alam dengan cuaca yang sedikit mencemaskan.

Maksud saya, dalam keadaan cuaca di sebelah Pantai Timur yang sedang dilanda banjir dan jumlah hujan yang lebat memang agak merisaukan. Bertolak dari Beserah, Kuantan jam 9 pagi dan memandu dalam keadaan jalan yang juga sedikit mengelirukan, takut sesat sebenarnya, saya membuat beberapa hentian pit.

Seusai melewati plaza tol Bentong, menghala ke Karak, saya menemui 2 siri kemalangan yang agak menakutkan, dan saya sedar yang perjalanan adalah agak membimbangkan, lalu saya pun lebih berhati-hati dalam mengawal haluan.

Sesudah melewati Plaza Tol Gombak, saya pun menghala ke MRR2 untuk balik ke Putrajaya. Jam di kenderaan menunjukkan jam 1.30 tengahari.

Secara tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi hon motosikal "Mamat Itam" di sebelah kiri kenderaan saya. Sebaik saya menoleh ke arahnya, si Mamat Itam memberikan isyarat yang tayar kenderaan saya meghadapi masalah, mungkin bocor (dari isyarat yang ditunjukkan).

Seketika itu juga saya terus teringatkan e-mail yang saya baca dari rangkaian kawan-kawan di berbagai group yahoo. Ada kes yang mana si penipu ini tadi dalam muka cemas mengarahkan mangsa berhenti, lalu mamat tadi serta merta meluru ke tayar kenderaan dan membocorkan tayar tersebut. Kemudian, dengan rela hati berlakon, menawarkan khidmat trak tunda, dibawa ke bengkel dan kemudiaan mereka-reka yang kenderaan tersebut ada masalah itu dan ini.

Bagaimanapun, menyedari akan cubaan tersebut, saya dengan sengajanya tidak mengendahkan si mamat ini. Walau terdetik dihati, risaukan juga apa yang diisyaratkannya tadi benar.

Tapi saya tetapkan juga hati, teruskan perjalanan dan dalam masa yang sama cuba meneliti sendiri keadaan tayar depan kenderaan saya. Rasanya macam biasa sahaja, kalau pancit tentunya saya semakin lama semakin susah hendak mengawal kenderaan saya.

Sampailah ke rumah, saya teruskan juga perjalanan dan saya dapati memang tayar kenderaan saya tiadapun masalah.

Demikianlah kisah hidup dan kehidupan kini. Kalaulah saya tergesa-gesa menghentikan kenderaan saya waktu itu, mungkin hari ini saya tak dapat menulis posting ini.