Jumaat, 27 Mac 2009

Putera Dan Puteri Ku


Salam,
Kakak-kakak Amir Muhaimin. Teruja setelah lima tahun menantikan kelahiran adik.
Ayah akan sayang semua Aina Maisarah, Auni Afiqah dan Amir Muhaimin.


Lahirnya Seorang Putera









Salam,

  1. Alhamdullillah, akhirnya.....tepat jam 9.03 minit malam, SELASA, 27 Rabiulawal 1430 Hijrah bersamaan dengan 24 Mac 2009, LAHIRLAH PUTERA SULONG aku di Hospital Putrajaya.

  2. Terima Kasih dan rasa syukur aku panjatkan buat Tuhan yang telah menyempurnakan doa-doa aku dan isteri. Terasa telah lengkap akan hidupku setelah kelahiran Putera ku ini.


  3. Dan insyaallah akan aku namakan AMIR MUHAIMIN BIN ADIRATNO (Pemimpin yang Memelihara dan Mengawal).






Isnin, 23 Mac 2009

Untuk Suami dan Isteri

SALAM...
Bagi yang bujang sesuatu iktibar...
Bagi yang belum/ bakal berkeluarga suatu pelajaran...
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar...
Wahai SUAMI renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia...
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah...
Tidaklah setaqwa Aisyah...
Tidaklah setabah Fatimah...
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama..
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya;
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya;
Isteri ternakan, kamu gembalanya;
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya;
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya;
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya;
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya; dan
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa...
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana...
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa;
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w;
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah;
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH...
Amin...
Wahai ISTERI pula renungkanlah..
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia...
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim...
Tidak setabah Ayyub...
Tidak segagah Musa...
Apalagi setampan Yusuf...
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zamanyang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama...
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya...
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya...
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya...
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya...
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya...
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa...
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana...
Memilik suami yang tidak segagah mana..
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga..
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara...
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH... Amin...
Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI...

Jangan menuntut terlalu tinggi...
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI;

Ingatlah;
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah...?
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis...
Andai diri tidak sehebat Sulaiman...
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf..
Seandai kasih tak setulus Zulaikha...
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim...
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah...
(Dipetik dari rantaian e-mail)

Rabu, 18 Mac 2009

Jom Memandu.

Salam,

  1. Layan video pendek ni. Rasa-rasa ada jugak jadi kat Malaysia yang lagu tue punya style pemandu wanita kat Malaysia nie.
  2. Kawan saya dekat JPJ boleh la komen.

Jadi macam mana? Hampa pernah jumpa kes-kes serupa tak?

Isnin, 9 Mac 2009

Maulud Rasulullah

Salam,
  1. Hari ini 12 Rabiulawal 1430 Hijrah.
  2. Cuti Umum satu Malaya, tapi aku kerja, jap lagi ke KLIA, ke Sabah plak.
  3. Selamat bercuti semua.
  4. Dan kalau ramai lagi kat luar yang masih bercakap, kalau kerja dengan Sektor Awam, boleh relax-relax, boleh cuti lama-lama, boleh dok kat opis sambil sekejap-sekejap turun minum kat kantin silakan, mohon on-line SPA.
  5. Salam...

Selasa, 3 Mac 2009

Ais Krim Malaysia

Salam,
  1. Sabtu lepas, 28 Februari, anak yang sulong ada temasya sukan sekolah. Sebagai ayah yang baik (pada perkiraan aku sendiri) maka aku pun hadir bersama untuk memeriahkan program di Sekolah.
  2. Tak banyak yang aku nak ceritakan pasal acara sukan sekolah ni, tapi pasal Ais Krim Malaysia.
  3. Seusai acara anak sulong ku, kami sekeluarga bersantai di kantin sekolah, dan merengek-rengeklah si anak mintakkan Ais Krim Malaysia.
  4. Seronok melihat telatah kedua-dua Puteri ku, aku tersentuh seketika bila mana si sulung dan adeknya minta bukakkan bungkusan ais krimnya, sambil merengus-rengus tidak sabar nak menikmati.
  5. Lalu aku teringat akan Seni sebenar nak makan Ais Krim Malaysia nih, mula-mula kena gigit kat penghujung tangkai, sedut airnya perlahan-lahan, batangnya tak boleh dipegang keras-keras, takut memancut airnya....bla..bla..bla..ngomel aku.
  6. Rupanya, kita dulu semasa kecik (kalau kat kawasan perkampungan aku hari-hari budak-budak menggongong Ais Krim Malaysia) dah memang belajar dan diajar secara perlahan untuk sentiasa bersabar dalam melakukan sesuatu termasuklah semasa nak makan Ais Krim Malaysia. Setiap satu benda yang nak kita buat perlu dilaksanakan ikut keadaan (kalau ais keras, bolehlah pegang kuat-kuat, tapi kalau ais belum masak, kena pegang lemah lembut masa nak gigit, kalau tak memancut air kena baju, tak pun tumpah semua ke tanah)..
  7. Jom pekena ais krim Malaysia...