Jumaat, 2009 November 20

Mengenang Suatu Ketika II

As Salam,

Dah nak balik, di Airport KK;



Di Melaka;


Sepanjang 5 tahun kahwin dengan orang Melaka,
inilah kali pertama saya naik beca di Melaka;


Ini, semasa di Balai Bomba Putrajaya,
tengah menunggu kenderaan balik ke Pejabat.

Jumpa lagi.

Mengenang Suatu Ketika


As-Salam,

Posting ini saya cuma nak abadikan kenangan-kenangan lama. Sekitar 2003, 2004 dan juga 2005.

Ketika di Sabah;



Di Melaka;


Di Langkawi bergambar dengan Dato' Azhar Mansor, di Rebak Marina.

Banyak lagi sebenarnya koleksi. Tapi nantilah dulu di lain-lain posting.

Salam

Isnin, 2009 November 16

Bonus, CUEPACS dan Rakan-rakan

Salam,
Saya amat tertarik sebenarnya dengan isu yang dibangkitkan terdahulu oleh CUEPACS berkaitan dengan Bonus untuk Warga Perkhidmatan Awam semenjak sebelum dan selepas Y.A.B. PM membentangkan Bajet 2010 di Parlimen baru-baru ini.

Tertarik sebab kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat pun Alhamdulillah.

Menyusul dari laporan yang ditimbulkan di media berkenaan perkara tersebut, Saudara Omar Osman ditempelak pula oleh Y.A.B PM sebagai, "adalah tidak bermoral untuk Cuepacs menuntut sesuatu pada masa yang salah". Saya tinggalkan komen tersebut kepada anda.

Isu yang ingin saya bangkitkan adalah perkara-perkara yang ditulis dalam ruangan pembaca di suratkhabar yang saling tempelak menempelak antara pekerja di sektor Swasta dan juga Sektor Awam. Sesetengahnya saya sangat setuju bahawa kerja di Perkhidmatan Awam sangat stabil, dari segi kewangan dan juga beberapa kemudahan lainnya.

Di sektor Swasta, memang satu ketika sekitar awal 80-an dan awal 90-an, pendapatan yang diperoleh oleh kawan-kawan di sektor ini adalah tinggi berbanding dengan sektor awam. Tetapi kini, Sektor Awam menawarkan gaji yang lebih baik berbanding dengan Sektor Swasta.

Sebenarnya dalam kita tidak sedar, sebenarnya kita sangat beruntung berbanding dengan rakan-rakan di swasta walaupun kita tidak menerima BONUS seperti mana kawan-kawan di swasta. Mereka yang menerima bonus yang tinggi (contoh; Petronas pada tahun 2009, membayar sehingga 3 Bulan Bonus tetapi, pendapatan itu perlu di asingkan demi masa depan anggota selepas tidak bekerja atau dibuang kerja pada suatu masa nanti).

Walaupun kini, saya di Jabatan Perangkaan, memang secara aktif melaksanakan Urusan Tatatertib dan Jabatan juga telah mengambil tindakan Buang Kerja (hukuman tertinggi), tetapi bagi sesetengah anggota yang lemah prestasinya masih diberikan peluang untuk kekal di dalam perkhidmatan.

Berlainan dengan Sektor Swasta, Bonus dibayar kepada anggotanya adalah mengikut klasifikasi yang dibahagi kepada Amat Cemerlang (mungkin 6@7 bulan bonus), Cemerlang (3@4 bulan bonus) dan yang biasa-biasa (1@1/2 bulan bonus).

Dalam Sistem Awam kini, semua anggota jika diberikan bonus maka akan menerimanya secara sama rata, tidak terkecuali bagi yang sering mengulor..

Lalu ...Tepuk Dada Tanyalah Selera, adakah kita layak atau tidak menerima Bonus....

Rabu, 2009 November 11

Careffour Alamanda

Salam,

Ahad 8 November lepas, selepas 4 hari di Melaka, urusan perkahwinan adik ipar, kembalilah saya sekeluarga ke Putrajaya.

Esoknya, saya yang masih bercuti, menyemak stok dan membuat keputusan ke Careffour Alamanda Putrajaya untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan lauk memasak.

Seperkara yang membuatkan saya ke sana cuma kerana malas hendak keluar jauh sedikit ke Bangi. Walaupun sering saya terima maklum balas dan email yang bercerita tentang apa yang sering kali berlaku di semua Pasaraya Besar (Giant/ Tesco).

Antara barang yang saya ambil tentunya untuk anak-anak, susu dan lampin pakai buang. Tetapi, saya juga dengan sengaja mengambil gambar Tag Harga Susu Dugro 6+, yang bertandakan harga RM19.00.

Selesai mengisi apa yang patut ke dalam troli, saya dan isteri terus ke kaunter bayaran. Memang sebelum ke kaunter, saya telah pun imbas harga susu tadi. Dan harganya bukanlah RM 19, tetapi RM 22.30. Bila susu tersebut di imbas, harganya memang RM 22.30. Lalu saya pun tanyakan kepada petugas kaunter, yang kemudiaan mengarahkan saya ke kaunter Khidmat Pelanggannya.

Tiba disini, lalu saya pun buat hal, (dengan sengaja) dan si petugas mula kelam kabut. Ditambah bukti di telefon, si petugas yang dalam perkiraan saya masih se awal 20an kelihatan cemas dan tertekan.

Tujuan saya bukanlah hendak menuntut baki wang saya tadi, sebaliknya cuma ingin memberikan pengajaran kepada petugas dan semua rakan-rakan beliau tadi supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memantau tanda harga yang diselitkan di rak pameran. Moga perkara ini nanti disampaikan kepada Pihak Pengurusannya.

Rasa puas, sebab selama ini saya selaku Penjawat Awam sering membaca berkenaan dengan kesilapan-kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh penjawat awam yang dilemparkan berbagai tuduhan. Kini terbukti yang di pihak sebelah juga sering berlaku kesilapan sebenarnya.

Dan posting kali ini bukanlah hendak memburukkan mana-mana pihak sebaliknya hanya ingin memberitahu, bahawa semua orang membuat kesilapan, jadi janganlah kita menuding jari sebarangan, dan menganggap yang kitalah sahaja yang sentiasa betul dan sempurna.

Jangan lah lagi kita nanyikan lagu "Bangau Oh Bangau".