Rabu, 6 Mei 2009

Surat Tunjuk Sebab

  1. Surat tunjuk sebab. Surat yang kita kena tulis kepada sesiapa saja untuk tunjukkan apa-apa sebab, yang bila kita diminta tunjukkan sebab-sebabnya. (Apa yang aku merapu nie).
  2. Hari ni 6/ 5/ 2009, sekali lagi aku disuruh TULIS SURAT TUNJUKKAN SEBAB. Sebab aku tak ikut kursus yang Jabatan buat. Seingat aku ini juga kali kedua aku diminta menulis surat tunjuk sebab semenjak Tahun 2002, kali pertama secara rasmi diterima berkhidmat secara tetap ke dalam Perkhidmatan.
  3. Kali pertama pun sebab aku engkar untuk hadir ke Kursus yang disediakan Jabatan.
  4. Sebab aku tak nak ikut, kedua-duanya sebab peribadi, "Family First".
  5. Jadi, tak pa lah, kalau kena tulis Surat Sumpah pun aku sanggup demi Aina Maisarah, Auni Afiqah dan Amir Muhaimin.
  6. Ayah sayangkan kalian lebih dari ayah sayangkan kerjaya ayah.

9 ulasan:

  1. tahniah, ayat no. 6 hang tu bakal menjadikan hang "penderhaka" atau "wira" seperti aku.

    BalasPadam
  2. Wan,

    TQ, kadang-kadang terpaksa sembah Derhaka jugak. Tapi kalau Ayah & Mak/ Mertua aku tak tergamak nak derhaka, cukup la dulu-dulu masa "muda-muda" derhaka tak berenti.

    BalasPadam
  3. tuan pengarah,

    saya mohon derhaka.

    BalasPadam
  4. keje smpai umur 58, hidup dgn famili smpai bile2..family should alwaz be the first.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama,

    Saya suka komen anda.

    TerimaKasih Singgah.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. betulla tu, mcm 'duit bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit' ghiteww.. salammm

    BalasPadam