Khamis, 16 Oktober 2008

Dari Teluk Wanjah Ke Precint 9 Putrajaya

  1. Semalam, semasa hampir terlelap aku mengenang semula kisah-kisah hidup yang aku lalu sepanjang hampir sepuluh tahun lepas. Tahun Disember 1999, aku akhirnya berjaya menamatkan Pengajian di UUM. Sesudah tamat, sebagaimana lain-lain kengkawan aku pun turut sibuk mencari kerja yang aku rasa sesuai dengan aku (kononnya).
  2. Banyak la jugak resume sama surat-surat yang aku layangkan merata tempat. Tapi hampeh sampai akhir tak terjawabkan apa-apa. Sesudah itu, aku cuba-cuba ke Sekolah Menengah Tunku Mahmood (TM College) di Alor Setar, mencuba nasib, sementelah aku dulunya sebelum ke UUm, pernah menaburkan khidmat di Sekolah Menengah Nashriah (sekolah Arab gituu). Alhamdullilah aku diterima.
  3. Tak lama aku disitu, cuma sekitar 5 bulan aku pun meninggalkan TM. Rezeki aku bermula pula di Lembah Klang ini sekitar tahun 2000. Tepat 12 Mei 2000, aku bersama Ayah dan Kakak, ke KL, menginap sementara di rumah saudara di Taman Sungei Besi (Salak Selatan). Dan 16 Mei 2000 aku melaporkan diri sebagai Pegawai Tadbir Sangkut Gred N41, bergaji ribu..rasa suka teramat, sebab sumur hidup aku tak pernah ada lebih dari RM 100 dalam tangan (kecuali duit loan, masa belajar).
  4. Selesai penempatan, aku satu-satunya yang telah ditawarkan ke Putrajaya, manakala kawan-kawan lain semuanya di KL.
  5. Hari pertama aku bersendirian ke Putrajaya dari rumah saudara tadi, menaiki komuter ke Putrajaya yang aku tak tahu di mana arahnya. Sampai tersasar ke Nilai NS. Sedar akan hal itu, aku meminta bantuan teksi ke Putrajaya dari Stesen Komuer Nilai N9 dan dikenakan charge RM50. Aduh...apa semua ini.
  6. Alhamdulillah..akhirnya sampai juga aku ke pejabat sepatutnya. Mengenangkan jauh perjalanan yang akan aku tempuh tanpa kenderaan sendiri, maka aku pun buat keputusan untuk menumpang sementara bersama seorang rakan yang aku kenali semasa bersama-sama menunggu surat penempatan di JPA Jalan Sultan Ismail. Syaratnya, dua malam sahaja kerana rumah tersebut turut diduduki oleh lain-lain kawan-kawannya yang masih meneruskan pengajian di UPM.
  7. Aku sedikit terkedu, macam mana agaknya mampu aku selesaikan. Duit simpanan bekal aku ke tanah asing ini pun dah tinggal separuh. Dalam cubaan tersebut aku pun cuba mencari lain-lain rumah di sekitar kawasan tersebut, senak aku bila aku tahu depositnya sahaja Rm 500 untuk sebuah bilik...
  8. Sedang dalam kebuntuan, kebetulan Jabatan aku adalah Jabatan yang menguruskan kuarters kediaman anggota di Putrajaya, aku pun merayu kepada Big Bos (walaupun jelas aku tak layak). Terima Kasih, Tuhan telah bukakan hati Pak Engku (Dato' Raja Hydar) pada masa itu untuk aku ditempatkan secara sementara di salah satu Blok Apartment yang dikawasan pertama sekali diduduki di Putrajaya.
  9. Sesudah itu, aku semakin senang dengan kehidupan aku di sini. Perlahan-lahan aku berusaha hidup bersendirian. Sekian lama, akhirnya aku ketahui rakanku (benuasuluk) pun sedang bermastautin berhampiran. Lega la jugak ada kawan haa, tempat tumpang berkongsi nasib dan sesama bercerita pasal awek yang tak sudah-sudah waktu tue...
  10. Selanjutnya, sebagaimana janji awal aku masih kekal menduduki rumah tersebut, sampailah 3 bulan kemudiaan aku terpaksa berkongsi dengan seorang saifer bujang bersama-sama di rumah tu.
  11. Sekitar Mei 2001 (4 Mei 2001), jodoh aku pun sampai. Sesudah sebulan, isteri pun aku bawa ke Putrajaya dan kami tinggal bersama dalam satu rumah. GILa, mujurnya si saifer tue kerjanya tak tentu dan ikut shift....malam dan siang.
  12. Aku bersyukur, Isteri ku tabah menempuh situasi tersebut selamat hampir 2 bulan. Kesian aku tengok kenkadang tue seharian di bilik tak keluar-keluar, menantikan aku balik sewaktu tengahari dan petang. Si Saifer juga kemudiannya telah bertemu jodoh dan tinggal di kediaman yang sama. Jadinya ada dua kelamin dalam satu unit apartment tue....aduh, gila aku...mujur sesudah 2 bulan kemudiaan dia orang pun berpindah keluar ke unit baru di Precint 16. Aku...masih lagi bertahan, walau berkali-kali notis dari Pejabat telah sampai, aku masih tebalkan muka.
  13. Satu pagi, Bos yang baru telah memanggil aku dan memberikan amaran akhirnya untuk aku mencari rumah sewaan sekitar Putrajaya. Tapi aku tetap berdegil, dan masih bertahan.
  14. Mengandungkan anak pertama, aku dan isteri akhirnya berjaya diterima sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Sesudah tepat 41 hari usia anak sulungku, kami pun melaporkan diri di INTAN pada 19 Mei 2002.
  15. Sepanjang aku di INTAN, aku masih menyimpan kunci kediaman tersebut sehingga hampir 5 bulan. Akhirnya mengalah, dan atas ihsan Abg Aziz, aku pun menumpangkan semua peralatan rumah ku dirumahnya.
  16. Sesudah selesai Kursus DPA, kami pun berpindah ke Kondo Harmoni (Flat Hijau) masih di Precint 9, dan sebulan kemudiaan barulah aku ditawarkan kuarters di Precint 9 juga yang bertahan selama hampir 3 tahun yang ngeri(rumah nie berhantu la).
  17. Alhamdulillah, atas kesabaran aku dan isteri, akhirnya berjaya juga kami memiliki sebuah unit kediaman sendiri di Putrajaya. Sekitar January 2005, maka termetrailah perjanjian pembelian yang mengesahkan persetujuan kami untuk memiliki kediaman di sini. Dan kini rumah ini menjadi syurga kami sekeluarga, berkongsi pahit manis kehidupan, dan mengisi hari-hari panjang perkhidmatan selama lebih 25 tahun lagi sebelum aku bersara, itupun jika umur ku panjang.

5 ulasan:

  1. salam bro,
    semoga saudara masih mengingati cerita katak alaska dan jadikan lah ia sebagai pedoman.
    ada segala macam jenis yang perlu kita harungi.randukkk sajalah bro..
    tahniah.

    BalasPadam
  2. cerita-cerita susah selalunya yang menjadikan hidup kita lebih berwarna warni. Alah macam Hwai See juga, warna warni tuu

    BalasPadam
  3. Awang,

    Aku bukan setakat ingat pasal Katak Alaska saja, Titi Upaq yang dah ganti dengan titi simen pun aku masih ingat.

    Wan,

    Warna aku cuma warna MONa dengan IKIN (RABBIT)syaja...

    BalasPadam
  4. adi,
    rabbit tu satu persinggahan saja. Persinggahan tak pernah abadi. Ada yang lain yang lebih kekal dalam ingata. Ptut hang kena baca suluk cinta.

    BalasPadam
  5. adi good post! pandang ke langit tinggi jangan lupa rumput di bumi. moga Allah merahmati adi & family. lama tak jumpak..teringat nescafe rumah adi.

    BalasPadam