Jumaat, 26 Disember 2008
Last Kopek
- Rasanya nie adalah last posting aku untuk tahun 2008. Banyak kenangan yang akan aku tinggalkan kat blog nie, yang aku rasa nanti dapat recall balik bila masuk tahun depan. sebenaqnya juga, hari ini merupakan hari akhir aku bekerja untuk tahun 2008 di pejabat, sebab esok adalah hari perjalanan pulang ke Aloq Setaq. Nasib baiklah lah bos lepaskan aku cuti, kalau tidak sedih la jugak, sebab rasanya nanti tahun depan ketat saja aku punya jadual, susah nak cuti.
- Hari nie jugak adalah hari aman aku sebab, rasanya banyak yang dah bercuti untuk habiskan cuti tahunan masing-masing, so takde lah sangat telepon aku berbunyi, bos cari atau lain-lain benda meraban yang kadang-kadang aku pun tak tau nak jawabkan.
- Buat kawan-kawan yang mana sempat layan aku punya catatan nie aku ambil kesempatan untuk Ucapkan Selamat Masuk Ke Tahun Baru 2009, bagi yang rasa umoq makin bertambah bila tahun baru 2009 nanti, semaklah apa yang dah kita tinggalkan untuk anak dan cucu (bagi kes yang dah kawin) kita masa akan datang.
- Sebenaqnya terasa nak posting pasal ayah aku dua tiga hari lalu, tapi kesempatan yang ada banyak dimamah oleh lain-lain benda yang menuntut aku punya masa yang pendek nie. Jadi aku terpaksa la jugak bawak nanti ke tahun 2009 nanti, mungkin bersempena dengan Ulang Tahun Kelahiran Ayah tersayang tahun depan.
- Dengan tu, aku sekali lagi mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti, bagi yang akan bercuti panjang nanti, dan bagi kawan-kawan yang balik ke Aloq Setaq, aku ada kat sana sampai 31/12. So kalau tersesat balik, panggil lah aku, kalau ada kesempatan kita berjumpa semula.
Rabu, 3 Disember 2008
Pengalaman Tahun Depan
Salam,
- Dah lama tak posting. Hari ini teringat pulak nak masuk web, jadinya masa dok godak-godak tengok benda nie, terasa la jugak nak menaip sesuatu.
- Hari ini 3 Disember 2008, Hari Rabu, rasanya sikit hari lagi dah nak masuk tahun baru, dan tahun baru ni ada banyak benda baru yang aku akan rasakan pengalaman barunya....
- Pengalaman baru pertama, Aina Maisarah, anak aku yang sulong akan ke sekolah pertama selain dari tadika. Banyak nanti nak sediakan, maksud aku dari aspek masa aku dan bini untuk dia nanti. Alhamdulilah, sekarang nie pun dia dah mampu membaca bahan-bahan Bahasa Melayu dan Inggeris, tapi belum mampu membaca Al-Quran. Seingat aku, aku sendiri pada usia 7 tahun setengah baru la pandai membaca, dan sejak pandai, tak kurang dari 100 buah komik yang aku beli dan arkibkan dirumah sehingga umur aku 11 tahun. Tapi kalau nak cari komik-komik tue semua rasanya semua dah jadi bahan bakar mak aku atau paling tidak tempat lipas melampias....
- Pengalaman kedua yang baru, aku akan jadi ayah kepada 3 orang anak-anak comel. Jangkaan April 2009 akan jadi tarikh kelahiran anak ketiga aku yang belum dipastikan jantan atau betinanya (dalam loghat Utara). Seronok tau tak bila aku dapat berita yang bini aku dah mengandung semula selepas lebih 4 tahun menantikan yang ketiga nie...emmm seminggu gak dok melayankan keseronokan dia tue...
- Terima Kasih buat isteri tersayang yang sekali lagi menanggungkan keperitan, kesakitan mabuk dan pening sepanjang semester pertama baby aku yang akan datang nie.
- Dan hari ini, aku sangat berasa akan kebosanan berada dilingkungan pejabat, mengadap minit mesyuarat, mengurus setiakan mesyuarat, dan segala macam urusan pejabat, jadinya, aku pun melilau lah ke tempat anak-anak buah yang ada kat Tingkat 8 nie hah.
- Kelamnya hari ni...
Langgan:
Catatan (Atom)