Ahad, 27 Februari 2011

Salam 2011

Salam,

Lama betul tak menulis, bukan kekurangan masa, bukan juga kekurangan benda yang nak dikongsi, tapi sibuk dengan perkara-perkara harian lain.

Tahun ini, Anak kedua aku dah masuk Sekolah, Darjah 1, maknanya, dah dua orang di Sekolah, tinggal yang bongsu sahaja di rumah dengan Bibiknya.

Dalam masa yang sama jugak Ummi sedang menyambung pengajian ke MBAnya. Sekian punya sibuk dengan assignment, presentation dia. Kesian dok tengok. Tue yang buat aku dah naik fed-up nak mohon HLP lagi. lagi pulak dah kali ketiga mohon dulu.

Takperlah, kata Ummi, "salah seorang Pensyarahnya, "If you are damn good, they will break the rules for you"...