Khamis, 30 Jun 2011

Nilai Blog Anda

Salam,

Sesaje nakal, kalau ada yang berminat nak tengok nilai blog masing-masing....boleh belek di bawah..

http://bizinformation.com.my/

Chow..

Selasa, 28 Jun 2011

Santapan Jiwa yang Hidup

Diriwayatkan bahawa Raja Rom menulis surat kepada Mu'awiyah bin Abi Sufyan yang dibawa oleh seorang utusan.

Isi surat tersebut adalah seperti berikut:

      Beritahu kepada ku tentang,
  1. Sesuatu yang tidak ada kiblatnya ,
  2. Orang yang tidak punya ayah,
  3. Orang yang tidak punyai ibu-bapa
  4. Dan orang yang tiada kubur nya.
  5. Tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim
  6. Sesuatu, setengahnya dan yang tidak terkira.
  7. Apakah sumber dari segala sesuatu.


    Mu'awiyah r.a. kemudian mengirimkan surat dan botol tersebut kepada Abdullah Ibnu Abbas r.a., pakar dan tokoh ulama fiqh agar menjawab surat itu.

    Ibnu Abbas r.a. menjawab seperti berikut:
    1. Yang tidak punya kiblat adalah Ka'bah.
    2. Yang tidak punya Ayah adalah Isa a.s.
    3. Yang tidak punya ibu-bapa ialah Adam a.s.
    4. Yang tidak mempunyai kubur ialah Yunus a.s. yang ditelan oleh ikan nun.
    5. Adapun tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim ialah domba Nabi Ibrahim a.s., unta betina Nabi Saleh as., dan ular Nabi Musa a.s.
    6. Adapun sumber dari segala 'sesuatu' itu ialah orang berakal yang menggunakan akalnya.
    7. Adapun separuh dari sesuatu ialah orang yang tidak berakal tetapi mengikuti pendapat orang-orang yang berakal.
    8. Adapun yang tidak terkira ialah orang yang tidak berakal dan tidak mahu mengikuti fikiran orang-orang yang berakal.
    9. Kemudian, beliau mengisi botol sehingga penuh dengan air dan berkata,
      "Air adalah sumber dari segala sesuatu."
      Surat jawapan Mu'awiyah dikirimkan kepada Raja Rom yang kagum dengan jawapan-jawapan Abdullah Ibnu Abbas .


Jumaat, 17 Jun 2011

Selamat Hari BAPA

Salam,

Selamat Hari Bapa buat semua.

Samada Ayah, Papa, Daddy, Walid...Abah atau Aba..

Benar, seorang Ayah sentiasa berani dan sanggup menggadaikan nyawanya untuk MELINDUNGI anak-anaknya...

Along, Angah, Bang Chik and BABY...Ayah sayang semua...