Salam,
Hari ni hari terakhir, bekerja dalam bulan Ogos, Esok dah mula cuti panjang, makan dekat 11 hari jugak, dan seperti biasa perjanjian 10 tahun lampau, sebelum janji diikat sempurna, maka Hari Raya tahun ini disambut di Utara dulu.
Tapi, tetap akan balik ke Kg. isteri, sebab manusia berpegang pada janji, maka kerbau pula dipegang tali.
Untuk itu, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA...
Bagi yang melaksanakan perjalanan menggunakan kenderan, berhati-hati dan sentiasa sabar, sabar, sabarlah sebanyak yang mungkin.