Isnin, 30 Ogos 2010

Salam Merdeka

Salam,

Hari ini Isnin, dah 20 Hari Ramadan, dan kita semua dalam Bulan Merdeka.

Hari ini juga aku cuti, konon nak balik Alor Setar, sebab nak kena Cucoq Udang dengan Kuah Kacang Mak. Sekali bini aku pulak tak dapat nak ikut, sebab hari ni dia ada prensentation. So, terkulat-kulatlah aku, rasa hati nak je drive sorang-sorang balik, tapi pikiaq balik, tunggu ja lah nanti raya, balik sekali gus.

Dan esok dah 31 Ogos 2010, maka Malaysia kesayangan aku akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaannya yang ke 53. Alhamdulillah, dan masih banyak yang akan berlaku, dan akan kita semua tempuh pada masa akan datang, mungkin pada Usia 100 tahun kemerdekaan Malaysia, harap akan lahirlah Generasi Malaysia, bukan lagi Melayu, Cina ataupun India.



MENJANA TRANFORMASI 

Rabu, 18 Ogos 2010

Takziah Buat Rakan










Entri ini sekadar untuk merakamkan Ucapan Takziah buat Amir sekeluarga yang telah kembali ke Rahmatullah pada 16 Ogos 2010 (Isnin) tengahari akibat dari kemalangan antara beliau dan sebuah kereta di Lebuhraya berhampiran IKRAM, Kajang.

Beliau pada  hampir setiap hari bekerja, berulang-alik dari Alai Melaka, ke Putrajaya dan bertugas                       di Bahagian aku bertugas kini. Seorang yang aku lihat sangat komited dan jujur dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.

Walau telah dinasihat dan pujuk berkali-kali oleh kawan-kawan dan isteri beliau supaya tinggal menyewa sahaja di Putrajaya, tetapi arwah masih tetap berkeras untuk berulang-alik dari rumah di Melaka ke Putrajaya dan sebaliknya. Bagi arwah, biarlah penat berulang-alik, asalkan dapat meluang masa bersama dengan anak dan keluarga.  

Al Fatihah.

Rabu, 11 Ogos 2010

Ahlan Ya Ramadan















Selamat Menyambut  Ramadhan. Moga kedatangan mu kali ini sekali lagi akan memberikan peluang untuk aku menimba taqwa dan memperkukuhkan lagi amal.

Selasa, 3 Ogos 2010

Pembanci Juga Manusia

Salam,

Minggu ini dah masuk Fasa Kedua Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Banyak benda yang berlaku di lapangan yang kadang-kadang tak pernah aku terfikir pun akan terjadi.

Macam-macam, yang Pembanci kena lalu, kes kena kejar anjing biasalah, ada yang diugut dengan Pedang Samurai (Alor Setar), kes diacukan pistol, diculik dan sebagainya.

Tapi antara semua yang paling aku benci tu, banyak responden yang gagal bagi kerjasama kepada Pembanci, samada sengaja, atau memang jenis HARD CORE. Dan dalam masa yang sama pula, ada pembanci pulak yang buat perangai, mungkin sebab dan fed up dengan responden yang ada macam-macam perangai. 

Cuma aku ambil kesempatan di sini, pada sesiapa yang membaca entri ini, jika belum di Banci, dan jika pembanci mendatangi kediaman Tuan/ Puan, berikanlah kerjasama sebaik mungkin, kerana pembanci juga manusia, maka layanlah mereka sebagai manusia.

Maklumat yang dikutip adalah rahsia, dan maklumat itu semua akan dikompilasikan untuk mengeluarkan data berbagai untuk tujuan Perancangan Negara 5 hingga 10 tahun akan datang.