Selasa, 3 Ogos 2010

Pembanci Juga Manusia

Salam,

Minggu ini dah masuk Fasa Kedua Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Banyak benda yang berlaku di lapangan yang kadang-kadang tak pernah aku terfikir pun akan terjadi.

Macam-macam, yang Pembanci kena lalu, kes kena kejar anjing biasalah, ada yang diugut dengan Pedang Samurai (Alor Setar), kes diacukan pistol, diculik dan sebagainya.

Tapi antara semua yang paling aku benci tu, banyak responden yang gagal bagi kerjasama kepada Pembanci, samada sengaja, atau memang jenis HARD CORE. Dan dalam masa yang sama pula, ada pembanci pulak yang buat perangai, mungkin sebab dan fed up dengan responden yang ada macam-macam perangai. 

Cuma aku ambil kesempatan di sini, pada sesiapa yang membaca entri ini, jika belum di Banci, dan jika pembanci mendatangi kediaman Tuan/ Puan, berikanlah kerjasama sebaik mungkin, kerana pembanci juga manusia, maka layanlah mereka sebagai manusia.

Maklumat yang dikutip adalah rahsia, dan maklumat itu semua akan dikompilasikan untuk mengeluarkan data berbagai untuk tujuan Perancangan Negara 5 hingga 10 tahun akan datang.  

2 ulasan:

  1. Salam...
    visit....
    corat-coret banci...macam2 kisah keluar.... jumpa senjata haram lah... adei...
    tapi pembanci pun satu hal juga...
    kata maklumat adalah rahsia...
    apa kes bawak borang yang telah di isi p salin tatau dia salin ke mana (dokumen lain kot)...pastu isi kat KEDAI MAMAK precint 9 hoccay.... oh noooo... tak berani lah nak isi borang tu... jadi marilah ramai2 kita jawab e-census... pastu ada lagi best, public ne punya lah bagus ada self awarenes yg tgi. bila minggu terakhir ne pembanci tak mai2 lagi rumah dia, dia call lah banci call center,dan di transfer kepada pegawai kawasan berkenaan. boleh pulak pegawai tu bebel2 cakap "kiteorang tau lah bila nak g rumah tu...kan ke ada by phase"...
    masaelahnya, mana lah public tu tau rumah dia fasa berapa... tak perlu lah marah2....
    adei...mcm2 hal...
    2X5...5X2...
    kalau masyarakat ada sikap hormat-menghormati dan budi bahasa yang tinggi, Insya Allah perkara ne tak jadi.... apa pun gudluck MALAYSIAN for census 2010....

    BalasPadam
  2. Malaysian,

    Terima kasih singgah. Kalau ada sifat tue, memanglah, segalanya akan sempurna dengan mudah.

    BalasPadam