Selasa, 7 Julai 2009

Kisah Seekor Tikus

  1. Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?” Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus.
  2. Sang tikus naik panik bukan kepalang.Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “ Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”
  3. Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkap tikus!” Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.” Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak ada kena-mengena dengan aku.”
  4. Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?” Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”
  5. Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran.
  6. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.
  7. Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
  8. Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
  9. Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi. Begitulah kisahnya.

    Jadi moralnya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi......
Wallahu a’lam.
Dipetik dari rantaian e-mel.

Sabtu, 27 Jun 2009

Salam Semula

  1. Lama jugak dah tak posting. Tak tau kalau ada kawan-kawan yang masuk dan tengok blog ini, mesti tertanya-tanya mana pie Mamat nie lama tak nampak.
  2. Sepanjang lewat Mei lalu dan jugak sehingga lewat Jun 2009 nie aku sibuk sangat, sampai nak buka email pun kadang seminggu sekali baru dapat.
  3. Awal Mei lepas anak jantan aku masuk hospital, seminggu duduk kat wad, letih ulang-alik, lepas tue aku pulak demam. Dan dalam celah tue pulak aku pun seminggu la jugak tak masuk pejabat, jadi bila naik pejabat, banyak la benda nak kena pulun balik.
  4. Yang senang hatinya, nasib la bos aku bagus, kalau hal-hal macam nie dia tak la ambik pot sangat, maksudnya, dia pun paham, kadang bila ada masalah keluarga yang kita kena setelkan, jadi dia masih boleh tolak ansur la, tapi bab kerja kena la serius.
  5. Jadi, kerjalah sebab nak sara hidup aku, anak dan bini. Sampailah Pencen.

Rabu, 6 Mei 2009

Surat Tunjuk Sebab

  1. Surat tunjuk sebab. Surat yang kita kena tulis kepada sesiapa saja untuk tunjukkan apa-apa sebab, yang bila kita diminta tunjukkan sebab-sebabnya. (Apa yang aku merapu nie).
  2. Hari ni 6/ 5/ 2009, sekali lagi aku disuruh TULIS SURAT TUNJUKKAN SEBAB. Sebab aku tak ikut kursus yang Jabatan buat. Seingat aku ini juga kali kedua aku diminta menulis surat tunjuk sebab semenjak Tahun 2002, kali pertama secara rasmi diterima berkhidmat secara tetap ke dalam Perkhidmatan.
  3. Kali pertama pun sebab aku engkar untuk hadir ke Kursus yang disediakan Jabatan.
  4. Sebab aku tak nak ikut, kedua-duanya sebab peribadi, "Family First".
  5. Jadi, tak pa lah, kalau kena tulis Surat Sumpah pun aku sanggup demi Aina Maisarah, Auni Afiqah dan Amir Muhaimin.
  6. Ayah sayangkan kalian lebih dari ayah sayangkan kerjaya ayah.

Isnin, 4 Mei 2009

Salam Buat Isteri




Posting nie ku tulis sekadar untuk mengucapkan Selamat Menyambut ulangtahun yang Ke-8 perkahwinan aku...yang jatuhnya HARI INI.


Dah panjang rupanya perjalanan aku bersama isteri tersayang, lapan tahun yang penuh dengan detik manis dan pahit, dalam mengejar dunia dan akhirat, kerjaya dan juga keluarga.


Lalu aku berdoa agar hubungan ini akan kekal 80 tahun lagi jika diizinkan supaya sempat aku melihat akan cucu-cucuku sebagaimana Ayah menimang cucu-cucunya.


Insyaalah.