Memaparkan catatan dengan label Kisah Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Hidup. Papar semua catatan

Khamis, 28 Julai 2011

Selamat mengaum HARIMAU MALAYA

Salam,

Lama sangat saya tak post apa-apa disini. Sebab banyak sangat yang berlaku dalam masa sebulan lepas.
Cuma malam ini, saya berharap HARIMAU MALAYA akan mengaum di Bukit Jalil. Kasi ratah itu Singa....

Chaow

Selasa, 1 Mac 2011

Nasi Lemak Bungkus


Salam,

Saja nak kongsi. Pagi tadi salah seorang Anggota, hantar nasi lemak....

Anggota nie nak kongsikan kegembiraan, pasal rasa aku dah lima tahun dah di kahwin, dan baru-baru ni dia dah disahkan sedang mengandung sulong.

Aku tumpang gembira, sebab..."Dulu dia kat satu unit lain, rasanya sebabkan stress dengan Ketua Unit dia mungkin (ini cuma anggapan aku sahaja) jadi tak mengandung-mengandung. Hujung tahun 2010, kami buat rombakan sikit, buat Job Rotation, walaupun mulanya ramai yang tak setuju, pasang kabel bagai, akhirnya reda jugak.

Dan aku aku rasa faktor kesuburan Wanita dan lelaki sebenarnya terletak dekat perasaan kita. Lihat kat kampung-kampung...kurang stress, banyak anaknya...

Betul ke?

Selasa, 30 November 2010

Jodoh Maut Di Tangan Nya

Salam,

Buletin Utama 29 November 2010,  8 malam semalam.

Gambar dari Ondscene (Bro Sham);


Suami beliau, baru sahaja berlalu, meninggalkan Puan Hayati di Menara Maybank, seketika hanya, untuk kemudiaannya si Isteri menerima berita sedemikian ini.


Saya terkejut dan terus teringatkan akan kata-kata yang selalu Ayahanda sering nasihatkan kami anak beranak, "Nak Mati, dekat dalam kelambu pun mati". Lalu apa daya Hamba Mu Ini yang ALLAH.


Takziah dari saya sekeluarga.

Khamis, 25 November 2010

Kalau Dah Bukan Jodoh

Updated


Memang sah, kalau aku dengan muka tak malu, "Hidung tak mancung, pipi yang tersorong-sorong", nanti orang kata Gila talak, tak maulah aku, apa kelas. 


Bila mengadap bos pagi tadi, yang support aku, dan nasihatkan aku, aku pun terus lembut sikit marahnya.


Nasib baik ada "Mama" yang memahami...hukk..huk..huk


  
Salam,

Sekian lama tak update.

Pelik lihat tajuk posting kali ini. memang lah. Sebab, kalau dah dua kali masuk meminang, orang yang sama, kali pertama tahun 2005 Disember, tak jadi.

Terakhir sekali, 2010 Disember jugak, pun tak jadi.

Apalah nasib badan. Nyawa dan jiwa meronta-ronta, badannya masih disini.


Selasa, 20 Julai 2010

Nurul GERSANG di FB

Salam,

Hari ini dalam perjalanan ke pejabat aku dengar Hot FM. Pagi ini punya topik fasal Face Book. Jadi ramai yang telefon si Faizal, AG dan si Farah menyumpah-nyumpah, ada yang puji ada yang menyampah.

Aku sendiri baru tahun sudah, masuk akaun dalam FB. Dan kadang-kadang sangat, atau lebih tepat jarang-jarang aku login ke akaun. Update apatah lagi. 

Yang aku tak duga, pula bila baca suratkhabar pagi ini ada dua benda yang mengejutkan aku, ada budak yang tak dapat nak kesan dengan tepat jantan ke betina, guna FB untuk cari makan.

Ada sorang  brader kat Penang dah kena jerat, si Nurul Gersang, iklankan dalam FB siap dengan no. telefon, sapa yang nak tido dengan dia boleh call, siap letak gambar giur gitu..Si mamat nie, kena jerat dekat RM 400 untuk tido dengan Nurul nie, last sekali bila dia rasa tertipu, terus lapor Polis.

Itu satu kes, kes lain pulak, ada yang ambik jerat, dan jerat tengkuk sendiri, pergi percaya dengan rakan dalam FB konon ada barang sangkut di Kastam KLIA, tapi nak ambik kena bayar sekian-sekian amaun masukkan dalam akaun. 

Akhirnya bila semak kat Kastam rupanya dah terjerat...

Apalah nasibbb

Jumaat, 4 Jun 2010

Letih...Nak Cutiiii

Salam,


Rasa letih jer badan minggu, mungkin sebab dalam mood nak cuti sekolah sama kot.... Takper tunggu lah nanti, aku akan cuti-cutian lama-lama...

Mungkin jugak sebab minggu depan, kena lagi kerja hujung-hujung minggu...

Selasa, 1 Jun 2010

Temu dan Duga

Salam,

Sepanjang minggu terakhir Mei lepas, aku di tugaskan di Alor Setar untuk menemuduga ratusan calon yang mohon jawatan dengan Sektor Awam di pelbagai Jabatan yang kerjanya berkait dengan hal-hal kewangan selama hampir seminggu. Cuaca di Alor Setar memang panas, aku rasa cecah sampai 38 ke 39 darjah Celcius, memang panas, sampaikan tidur malam pun berpeluh-peluh.

Dan dalam ramai-ramai calon yang datang, ada dua tiga orang calon yang memang aku risaukan, ada yang bermadu, ada yang jadi anak bini nombor 2, ada jugak yang memang keluarganya susah sampai tak dapat nak sambung belajar, tetapi keputusan SPM & STPM dia memang best.

Calon yang datang memang lawa-lawa, kalau yang buruk-buruk pun ada, tapi bukanlah tugas aku nak pilih yang lawa atau yang buruk. Dan aku memang dah putuskan awal-awal lagi, kalau yang dah bekerja, gaji dah ribu-ribu tapi nak mohon jugak, aku tak la layan.

Ada janda lawa, yang nie pulak, umur lingkungan awal 30-an, memang comel lah, masa interview siap daring je nengok kami, sambil terteleng-teleng. Tapi setakat nie aku masih belum berjaya dicairkan. Kalau tidak mau hanyut.

Niat aku dalam hati,  seboleh-bolehnya nak tolong anak-anak orang susah, jadinya antara calon yang kami perakukan untuk lantik adalah anak orang susah tapi bijak.

Kadang-kadang tue kesian tengok calon-calon nie, yang datang tak buat persediaan, ada jugak yang sijil SPM asal dia hanyut banjir pun ada, ada yang dah seusia aku pun ada. Sekali-sekala nakal aku tanya je soalan pasal nama Y.D.P Agung, bilang berapa orang PM Malaysia, pun ada yang terkial-kial. Nampak sangat ada yang tak kena dengan Sistem Pendidikan kita hari ini, tapi bila tanya sapa menag AF7, sapa yang Mentor kepada Mentee itu, ini depa jawab dengan yakin sekali, "Terbaeek Dari Ladang" kata anak aku yang sulong.

Dan paling best, adalah sorang calon nie, nak tukar kerja (calon memang telah berkhidmat sebagai Kerani di Penang, berkahwin) mohon pada gred yang sama, dan ada degree. Aku pun heran, sapa la  lantik dia nie dulu. Isunya, dia kata dia tak fit dengan tugas sekarang sebab senang sangat kerja dia, sikit saja beban kerja dia. Pada aku pulak memang la, sebab awak ada degree, tapi nak kerja Kerani, memang la jadi lagu tue. Sambung dia lagi, laki dia nak dia kerja yang rendah-rendah, boleh balik ikut waktu tetap, tak perlu keluar bertugas diluar daerah, sebab laki nak, bila balik rumah, bini dah ada tunggu kat rumah.

Macam-macam ada....   

Rabu, 5 Mei 2010

Peniipuuu ekkkss je

As salam,


Cubaan menipu, sila lihat e-mel ini.



From: Rina Yusuph [mailto:rinayusuph60@yahoo.com] Sent: Saturday, May 01, 2010 3:01 AM Subject: Apa Kabar

Hi, nama saya ialah Rina Yusuph, seorang warga Malaysia yang bekerja dengan Purchasing Manager BORAX OIL LQ HGO2 di UK. Saya mempunyai sebuah rancangan perniagaan untuk anda dan berharap anda akan turut berminat. Saya menjangkakan maklum balas dari pihak anda sebelum saya seteruskan dengan selanjutnya perihal rancangan perniagaan ini kepada pihak anda.

Saya dahulukan perkara ini dengan ucapan ribuan
terima kasih dan saya menghargainya sekiranya pihak anda dapat memberikan maklum balas dengan kadar segera mengenai usaha sama ini.

Harap maklum. Sekian, terima kasi



--- On
Mon, 3/5/10, Adiratno Che Ani <adiratno@stats.gov.my> wrote:

From: Adiratno Che Ani <
adiratno@stats.gov.my>
Subject: RE: Apa Kabar
To:
rina.yusuph@yahoo.com
Cc: "Mohd Sipulizan Harun" <
sipulizan.harun@stats.gov.my>, "Shahrizan Ibrahim" <shahrizan@stats.gov.my>
Date: Monday, 3 May, 2010, 1:20 AM
Puan,

Apa bentuk perniagaannya? Saya kurang jelas.

TQ

ADIRATNO BIN CHE ANI
SEKSYEN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA

Logo baru Jabatan Perangkaan Malaysia

Terima kasih kerana memberikan perhatian kepada surat ini, walaupun ini akan dilihat sebagai kejutan kepada anda.

Saya Mrs Rina Yusuph, Purchasing Manager Borax OIL Lq Hgo2 United Kingdom. Disebabkan keadaan kesihatan saya sekarang yang tidak mengizinkan, saya dengan ikhlas meminta untuk bekerjasama dalam urusan ini. Saya telah mempertimbangkan dengan sewajarnya

 dan memutuskan untuk menawarkan urus niaga yang boleh menguntungkan ini. Saya telah melihat kredibiliti anda melalui profil anda di rangkaian laman web. Saya telah memutuskan untuk menghubungi anda berkenaan dengan urus niaga yang menguntungkan ini. Dilihat pada potensi urus niaga ini, kerjasama ini akan saling menguntungkan bagi  kedua pihak. Saya datang ke Malaysia untuk membeli bahan mentah kimia yang dikenali sebagai (……) . Saya tidak dapat membuat perjalanan saya ke Malaysia atas keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Saya telah disahkan menghidap kanser Esophageal, dimana peenemuanya adalah pada peringkat yang kritikal kerana terlewat dalam penemuan serta pengesahan  kanser ini, saya telah mencuba pelbagai kaedah rawatan yang ada untuk merawat dan memperbaiki keadaan kesihatan saya ini. Sekarang, saya perlu berada di wad untuk rawatan dan akan memakan masa beberapa bulan untuk merawat penyakit saya ini, seperti yang telah diberitahukan oleh doctor yang merawat saya. Syarikat saya masih memerlukan bantuan saya untuk membeli produk di Malaysia seperti mana yang saya selalu dapatkan di sana. Saya membeli produk ini dengan harga ($ 2.500 USD) per karton dan dijual kembali kepada syarikat saya dengan harga ($ 4,800 USD).

Minyak silica khusus diformulasikan untuk membersih dan melindungi batu permata, mutiara, opal, zamrud, dan turut digunakan untuk membersihkan batu perhiasan seperti tourmalines, topaz. Safir, zirkon dan zirconia.

Produk-produk ini adalah baru di pasaran tetapi permintaan terhadap produk ini sangat menggalakkan  dari  Syarikat di Britain. Produk ini diperkenalkan kepada syarikat kami oleh seorang kenalan dari China, Puan Jessy Chau, ahli gemologist di Amerika Syarikat, yang memberi saya contoh untuk diujikaji semasa lawatan saya ke Amerika Syarikat. Setelah diujikaji oleh  Syarikat kami, dan maklumat menyatakan bahawa  produk tersebut boleh didapati dari pembekal di Malaysia dan sejak itu saya telah datang ke Malaysia untuk urusan pembelian. Sekarang saya ingin melantik anda sebagai  agent saya di Malaysia, Assistant Purchasing Manager syarikat saya yang akan datang ke Malaysia untuk membeli produk ini melalui anda dan bukannya dari pembekal saya.  Pada setiap kali lawatan perniagaan saya ke Malaysia, saya tidak pernah berfikir untuk mendapatkan kenalan kerana terlalu sibuk dan asyik dengan urus niaga yang dijalankan dan perkara itu telah menjadi suatu yang saya kesalkan sekarang. Kesihatan adalah keutamaan dalam kehidupan. Saya menawarkan anda 50% daripada keuntungan sementara 30% untuk saya dan 20% akan menjadi kos untuk urusan setiap perniagaan. Urusan  ini benar-benar bebas risiko dan hanya akan berurusan selama satu atau dua hari sahaja. Saya tidak ingin Syarikat saya mengetahui kos yang sebenar untuk produk yang saya dapatkan dari Malaysia. Saya akan melantik anda sebagai agent produk ini sehingga wakil saya yang akan membeli terus daripada anda. Hanya keikhlasan dan kejujuran yang saya perlukan dari anda. Saya sertakan butiran yang diperlukan dan nombor telefon pembekal di Malaysia. Saya amat menghargai kerjasama anda dan juga sebagai orang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan perniagaan ini bagi pihak saya sehingga saya pulih dari penyakit saya. 

Kejujuran dan keikhlasan anda amat saya hargai dan perlukan.

Kerjasama anda amat saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih dan saya sedang menunggu maklum balas dari pihak anda.

Selamat sejahtera.





Lihatlah bagaimana si penipu-penipu ini boleh kenakan anda. Jadi berhati-hatilah.





Rabu, 20 Januari 2010

Memalukan

As salam,

Memalukan. Ini yang terdetik sewaktu dipanggil mengadap pagi tadi. Adakah ini promosi percuma negeri kelahiran isteri ataupun untuk Jabatan.

Tiga didakwa lakukan oral seks

MELAKA 19 Jan. – Tiga sahabat yang bertugas di Jabatan Perangkaan Negeri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan seks oral terhadap seorang wanita pada pertengahan tahun lalu.

Sulaiman Abdul Kadir, 30; Hezer Karsin, 25; dan Hamizan Wahit, 28, membuat pengakuan tersebut ketika pertuduhan masing-masing dibacakan secara berasingan.

Sulaiman didakwa melakukan seks oral terhadap wanita berusia 24 tahun itu di rumahnya di Rumah Awam Rumbia, dekat sini pada pukul 12.30 tengah malam, 2 Mei tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Al Baishah Abd. Manan membenarkan lelaki itu dibebaskan secara ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis Rumbia pada minggu pertama setiap bulan.

Di hadapan hakim yang sama, Hezer yang baru ditamatkan kontrak dengan jabatan tersebut didakwa bersubahat dengan Sulaiman melakukan perbuatan tersebut antara pukul 11.30 malam, 1 Mei dan 12.30 tengah malam, 2 Mei 2009 di tempat yang sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Hezer juga didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu mencabul kehormatan mangsa pada pukul 11 malam, 1 Mei 2009 di dalam kereta jenis Proton Wira bernombor pendaftaran NBB6507 di Perindustrian Rumbia, dekat sini.


Disalin dari Utusan Online

Ahad, 6 Disember 2009

Cubaan Menipu

As salam,

Kelmarin pagi (semalam kata orang selatan), saya bekenderaan sendirian selepas menamatkan tugasan di Kuantan Pahang. Agak penat setelah terpaksa menyaingi kehebatan alam dengan cuaca yang sedikit mencemaskan.

Maksud saya, dalam keadaan cuaca di sebelah Pantai Timur yang sedang dilanda banjir dan jumlah hujan yang lebat memang agak merisaukan. Bertolak dari Beserah, Kuantan jam 9 pagi dan memandu dalam keadaan jalan yang juga sedikit mengelirukan, takut sesat sebenarnya, saya membuat beberapa hentian pit.

Seusai melewati plaza tol Bentong, menghala ke Karak, saya menemui 2 siri kemalangan yang agak menakutkan, dan saya sedar yang perjalanan adalah agak membimbangkan, lalu saya pun lebih berhati-hati dalam mengawal haluan.

Sesudah melewati Plaza Tol Gombak, saya pun menghala ke MRR2 untuk balik ke Putrajaya. Jam di kenderaan menunjukkan jam 1.30 tengahari.

Secara tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi hon motosikal "Mamat Itam" di sebelah kiri kenderaan saya. Sebaik saya menoleh ke arahnya, si Mamat Itam memberikan isyarat yang tayar kenderaan saya meghadapi masalah, mungkin bocor (dari isyarat yang ditunjukkan).

Seketika itu juga saya terus teringatkan e-mail yang saya baca dari rangkaian kawan-kawan di berbagai group yahoo. Ada kes yang mana si penipu ini tadi dalam muka cemas mengarahkan mangsa berhenti, lalu mamat tadi serta merta meluru ke tayar kenderaan dan membocorkan tayar tersebut. Kemudian, dengan rela hati berlakon, menawarkan khidmat trak tunda, dibawa ke bengkel dan kemudiaan mereka-reka yang kenderaan tersebut ada masalah itu dan ini.

Bagaimanapun, menyedari akan cubaan tersebut, saya dengan sengajanya tidak mengendahkan si mamat ini. Walau terdetik dihati, risaukan juga apa yang diisyaratkannya tadi benar.

Tapi saya tetapkan juga hati, teruskan perjalanan dan dalam masa yang sama cuba meneliti sendiri keadaan tayar depan kenderaan saya. Rasanya macam biasa sahaja, kalau pancit tentunya saya semakin lama semakin susah hendak mengawal kenderaan saya.

Sampailah ke rumah, saya teruskan juga perjalanan dan saya dapati memang tayar kenderaan saya tiadapun masalah.

Demikianlah kisah hidup dan kehidupan kini. Kalaulah saya tergesa-gesa menghentikan kenderaan saya waktu itu, mungkin hari ini saya tak dapat menulis posting ini.

Rabu, 11 November 2009

Careffour Alamanda

Salam,

Ahad 8 November lepas, selepas 4 hari di Melaka, urusan perkahwinan adik ipar, kembalilah saya sekeluarga ke Putrajaya.

Esoknya, saya yang masih bercuti, menyemak stok dan membuat keputusan ke Careffour Alamanda Putrajaya untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan lauk memasak.

Seperkara yang membuatkan saya ke sana cuma kerana malas hendak keluar jauh sedikit ke Bangi. Walaupun sering saya terima maklum balas dan email yang bercerita tentang apa yang sering kali berlaku di semua Pasaraya Besar (Giant/ Tesco).

Antara barang yang saya ambil tentunya untuk anak-anak, susu dan lampin pakai buang. Tetapi, saya juga dengan sengaja mengambil gambar Tag Harga Susu Dugro 6+, yang bertandakan harga RM19.00.

Selesai mengisi apa yang patut ke dalam troli, saya dan isteri terus ke kaunter bayaran. Memang sebelum ke kaunter, saya telah pun imbas harga susu tadi. Dan harganya bukanlah RM 19, tetapi RM 22.30. Bila susu tersebut di imbas, harganya memang RM 22.30. Lalu saya pun tanyakan kepada petugas kaunter, yang kemudiaan mengarahkan saya ke kaunter Khidmat Pelanggannya.

Tiba disini, lalu saya pun buat hal, (dengan sengaja) dan si petugas mula kelam kabut. Ditambah bukti di telefon, si petugas yang dalam perkiraan saya masih se awal 20an kelihatan cemas dan tertekan.

Tujuan saya bukanlah hendak menuntut baki wang saya tadi, sebaliknya cuma ingin memberikan pengajaran kepada petugas dan semua rakan-rakan beliau tadi supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memantau tanda harga yang diselitkan di rak pameran. Moga perkara ini nanti disampaikan kepada Pihak Pengurusannya.

Rasa puas, sebab selama ini saya selaku Penjawat Awam sering membaca berkenaan dengan kesilapan-kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh penjawat awam yang dilemparkan berbagai tuduhan. Kini terbukti yang di pihak sebelah juga sering berlaku kesilapan sebenarnya.

Dan posting kali ini bukanlah hendak memburukkan mana-mana pihak sebaliknya hanya ingin memberitahu, bahawa semua orang membuat kesilapan, jadi janganlah kita menuding jari sebarangan, dan menganggap yang kitalah sahaja yang sentiasa betul dan sempurna.

Jangan lah lagi kita nanyikan lagu "Bangau Oh Bangau".

Rabu, 4 November 2009

Hujung Tahun

Salam,

Lama jugak tak posting, rasanya dah dekat sebulan jugak. Banyak sebenaqnya benda nak tulih, tapi banyak la jugak dia punya halangan.

Mungkin dalam posting lain nanti aku nak tulis pasal psikologi kemanusiaan, anak-anak dan juga pasal perubahan (Tranformasi). Sedikit akademik bunyinya, tapi itu la yang aku tengah rasa sekarang.

Dalam masa sebulan selepas bercuti panjang Aidilfitri tahun ini, sejak baik dari demam Cacar Air, parut di muka masih lagi nampak jelas. Dah la tak hensem, tambah pulak dengan parut penuh muka.

Dan selepas itu jugak, perkembangan paling menarik yang aku rasa adalah Program 5 hari di Chorus Paradise dan juga 2 hari di Tiara Beach, Port Dickson.

Tapi yang paling mempengaruhi aku sekarang, Program di Chorus Paradise. Terima Kasih kepada Y.Bhg. KP yang sudi menamakan aku untuk Program tu, memang terasa bermakna betul.

Alhamdulillah, Syukur kepada Nya yang telah membuka hati KP aku, dan Alhamdulillah Syukur kerana aku dengan terang hati menerima pelajaran dan ilmu baru atas rahmat dari Dia jua.

Jumpa lagi.

Rabu, 9 September 2009

09.09.09

Salam,

Hari nie 09.09.2009, dan semalam aku termimpi-mimpi pasal UUM. Dan bila teringatkan UUM, aku teringat pulak 2 benda gila yang pernah aku buat...

(i)
Perkara pertama yang aku buat nie, sebenaqnya dalam bulan Ramadhan macam sekarang nie la, aku, Nazri Saidin, Nazri Othman, Ucop, sanggup tengah-tengah rembang tengah hari ke Pekan Changlun cari karbaid setin..

Konon-konon bila malam lepas terawih nak main Meriam Tanah kat belakang Guthrie. Sekali beberapa kali percubaan telah gagal membuahkan hasil yang memberangsangkan..

Kalau tanyakan background semua mai dari kawasan kampung dalam nuh haaa...Pida 4, Tunjang, sorang Cherok Tok Kun, Penang, sorang lagi dari Batu 3/4 Kodiang.... semua tak boleh harap, harapkan sembang sahaja bukan main lagi hebat.

(ii)
Perkara kedua yang bini aku mungkin tau, tapi mungkin jugak tak tau, atau mungkin lupa...aku pernah cuba mengurat seorang budak pompuan yang aku usha lama la jugak. Masa nie aku dah masuk Tahun 3, Semester 5, tengah mengaruk (kata orang Melaka), atau tengah kemaruk nak ada awek kononnya.

Budak nie Budak Perlis, bawak scooter Suzuki Merah. Nekad satu hari tue, aku tunggu jer dia ada kat dalam Kelas Statistik Gunaan, bila nampak jer dia, aku pun tulis satu memo kecik;

"Saya minat kat awak dan nak kawan dengan awak. Kalau awak rasa berminat dan nak berkenalan dengan saya, saya akan tunggu di Kafe D9 Petronas, jam 9.00 mlm. Kalau awak tak muncul malam ini, saya anggap yang awak tak berminat dan saya akan berhenti usha awak lagi" dan memo tu aku selit kat helmet dia masa tengah kelas.

Tau apa yang berlaku malam tue memang tragis la jugak, Budak Scooter tue memang ada waktu aku sampai, tapi dia beramai-ramai dengan kengkawan dia ...

Aku pulak bersama dengan En. Sukun, sampai dengan selipar Jamban warna Hijau, seluar jeans lusuh, nampak macam orang yang tak punya masa depan....Sekali aku terdengar ayat keluar dari dia (aku agak );

"OOOOOOO, DIA NI KA"...

Dan aku, terus kecut, sekecut asam boi merah yang terbungkus rapi dalam plastik dan dijual pada harga 0.20 sen sepeket kat Pekan Arau sana haaa....


Rabu, 19 Ogos 2009

Kerja Keras





Jom kita tengok macam mana nak hidup dengan kerja keras. Kalau ada yang mengada-ngada kata kerja hampa susah lah, gaji sikitlah dan macam-macam lagi aku rasa pikiaq la balik.














Lepas setel kita kongsi ramai-ramai pulak. Baru la best.







Ahad, 26 Julai 2009

Perjalanan Ke KK Sabah

(i)
Jumaat, 24 Julai 2009, atas kehendak tugas sekali lagi aku ke Kota Kinabalu, Sabah. Sekali ini kesabaran aku agak tergugat, pertamanya, flight delay 1/2 jam. Sabar bah...
Sesampai ke Lapangan Terbang KK yang dah pun separuh siap, nampak lebih ceria dan lebih cantik pada pandangan mata, sebahagian lagi masih belum siap sepenuhnya. Nasib baik juga tuan rumah telah sedia menanti, dan aku serta rombongan pun dibawa ke Pusat KK, menginap di hotel CELAKA...
Dan ini kali kedua aku ke hotel celaka ini...IMPERIAL INTERNATIONAL HOTEL KK, SABAH....jam 4.00m petang bilik aku masih belum siap dikemas, dah la tue, sabar lagi lah aku, nasib baik juga hos dah sediakan high tea di restoran hotel, dengan andaian lepas selesai basahkan tekak, mungkin bilik dah siap..
Aku pun siap dah berangan, dah masuk bilik nanti boleh la landing sekejap, sekali dah pukul 5.00 aku pun masuk ke bilik, belum jugak ada sesapa housekeeping dia yang dah kemaskan bilik...aduhhh
Marah, memang lah marah, esoknya dah selesai urusan, aku pun ke kaunter sekali lagi nak check out pulak. Lagi sekali mendidih-didih rasanya...kata hampa jual perkhidmatan, tapi macam celaka orang yang kat kaunter, aku yang dok terpacak tunggu, dah macam tunggul, terketaq-ketaq, buat macam layan tak layan, mentang mentang muka aku muka Melayu..
Sekali aku teringat masa Jabatan Pendaftaran Negara baru-baru ini, aku rasa jauh sangat beza layanan yang aku terima, kedua-duanya aku masih pelanggan.. jadi bagi yang membaca blog aku ni kalau masih dok komplen Kerajaan punya perkhidmatan teruk kalau dibanding dengan swasta, boleh la debat dengan aku...
(ii)
Perjalanan balik dengan Airbus jam 5.35 petang, tapi jam 6.00 baru nak take off. Gasaklah janji aku selamat sampai ke KLIA dengan walafiat sudahlah...
Cuma yang aku terkesan, jiran sebelah aku dalam penerbangan balik kali ini, terdengarkan slanga Utara, buatkan aku terasa nak betegur sapa dengan kakak ini. Dengan 4 anak, paling kecil jangka ku 9 atau 10 bulan bayinya yang sekian kali merengek dan resah, timbulkan rasa kasihan...
"Kak nak pie mana nie?", tegur ku.
"Kami nak balik Penang, ziarah Ayah meninggal pagi tadi"..wajahnya aku lihat tenang tanpa riak dan olak, mungkin kepenatan melayankan kerenah keempat-empat anaknya, dan yang paling letih rasa aku anaknya yang kecik sekali kot...
"Kami lama tunggu, flight pagi sampai tengahari hari tadi penuh, nie baru dapat naik, Ayah depa dah tukaq balik Penang dah, Akak kat sini lagi dengan anak-anak, mengajaq kat sini"..ooooo kata ku..
Lama aku melayang, sehingga setengah perjalanan, anak Akak yang kecik tue dah kepenatan mungkin, lelap dalam pelukan ibunya, aku lirikkan mata ke wajah Akak tadi, perlahan-lahan aku nampak dia menyapu titis air mata, mungkin sedih atas pemergian Ayah tersayang, mungkin juga memikirkan betapa dalam saat-saat begini, suaminya jauh, dan beliau terpaksa berjuang berseorangan atau mungkin juga sedih kalau tidak sempat menjengah Ayah buat kali terakhir.
Sabar Bah....

Selasa, 7 Julai 2009

Keunikan Buah Tamar

  1. Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM) ....Ketahui lah....
  2. Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmatibuah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.
  3. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.
  4. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis Julai 2008 lalu).
  5. Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.
  6. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.
  7. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
  8. Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan Februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina.
  9. Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.
  10. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia.
  11. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina.
  12. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
  13. "Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buahnya tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia.
  14. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni."
  15. Jelas Pak Long, Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. " Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "
  16. "Ringkasnya, dia umpama pak menakan (ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.
Di kutip dari rantaian e-mel

Tan Sri P Ramlee


P.Ramlee had told us long before... even Lingam gate?

Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli.Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

Banyak terjadi sekarang....Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun. Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu. Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun.

Kemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu? Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikannya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.

Cuba pula kita lihat 3 Abdul...tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah."Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah. Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahannya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah, dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.Ini banyak jadi dalam politik.

Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.

P..Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka. "kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan"Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap, tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu-isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan. Pertaruhan...perjudian..dah tentu ada taukehnya..Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan". Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct"

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa-apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker. Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot. Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai.

Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah. Hairan, filem yang dah 40, 50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P.Ramlee hidup dulu.

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita.

Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.

Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri. Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.

Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman.

Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee. Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu, sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri ..... hahaha.....

Dikutip dari rantaian emel.

Gabra Punya Pasal (Apa Punya Menantu)

  1. Kat Baling ada satu famili... famili tu ada ayah n mak mentua, anak dan menantu serta cucu. Satu hari, tengah sedap menantu lelakinya tengok tv, ayah mentua dia lalu depan dia. Dok tak duduk, tiba2 ayah mertuanye rebah depan si menantu tu sambil pegang dada.. kelam kabut la menantu tu…
  2. Pastu bini dengan mak mentua dia pun datang terkam sama..semua pakat dok terkejut..semua dah gabra..sambil pegang2 dada depa….ayah mentua tu punya la pengsan..tak sedaq2..pastu macam sedaq tak sedaq..
  3. Menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajaq mengucap kat pak mentua dia tu, sebab dia ribakan. Dia tambah gabra .. pastu bini dia pun suruh sambil tolak2 bahu lakidia... mak mentua dia suruh lagi... dah gabra sangat, dia pun buat..
  4. Pelan2 dia letak mulut dia kat telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap... "MA ROBBUKA... ."
  5. Terkejut bini n mak mertua dia.. tiba2 ayah mentua pun terkejut jugak teghuih dia sedaq dan terus sound..
  6. "OII..AKU TAK MATI LAGI DEYY... "sambil ayah mentua dia tu urut2 dada dia.. sepatutnya dia ajaq pak mentua di mengucap, gabra punya pasai.. dia tukaq jadi malaikat..

    Moral of the story : selalu la bawak mengucap supaya tak cepat gabra…
Dikutip dari rantaian e-mel.

Kisah Perempuan Miskin, Lembu Tua dan Gaza


  1. Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.
  2. Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.
  3. Tragedi dahsyat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.
  4. Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.
  5. Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.
  6. Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.
  7. Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.
  8. Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.
  9. Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.
  10. Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.
  11. Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."
  12. Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.
  13. "Tolonglah.. bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan. Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.
  14. Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.
  15. Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.
  16. Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.
  17. Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"
  18. Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.
  19. Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.
  20. Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00) !
  21. Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.
  22. "Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.
  23. "Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.
  24. Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.
  25. Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)

Dikutip dari Rantaian emel.

Kisah Seekor Tikus

  1. Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?” Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus.
  2. Sang tikus naik panik bukan kepalang.Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “ Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”
  3. Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkap tikus!” Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.” Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak ada kena-mengena dengan aku.”
  4. Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?” Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”
  5. Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran.
  6. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.
  7. Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
  8. Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
  9. Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi. Begitulah kisahnya.

    Jadi moralnya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi......
Wallahu a’lam.
Dipetik dari rantaian e-mel.