Sabtu, 24 Januari 2009

Pasar Payang Kuala T' Ganu

Salam,

  1. Memula sekali aku nak ucapkan tahniah buat Y.B. MP Kuala Terengganu yang baru. Ikhlas ni, dan aku adalah seorang neutral, so tak perlu mencemik kalau terbacakan aku punya catatan kat sini. Tapi tue bukan lah sebab kenapa aku menulis dalam posting nie...
  2. Aku sebenarnya baru kembali dari Kuala Terengganu, salah sebuah bandar di Negeri Timur, yang aku saksikan kali terakhir mungkin setahun lalu, dan kali ini sewaktu menyusuri jalan ke hotel penginapan aku terpegun.
  3. Ternyata pada kali ini, pengalaman itu sedikit berbeza. Kelihatan bezanya benar-benar mengaharukan sedikit, segalanya kelihatan tersusun dan sekitarnya juga aku lihat bersih dan terpelihara jalan-jalannya dari sampah dan segala kotor.
  4. Tapi, itu pun bukan apa yang aku nak catatkan.
  5. Apa yang aku nak tulis sebenarnya adalah catatan pengalaman aku ke Pasar Payang, yang sekian lama namanya gah, sebagaimana Pekan Rabu di Alor Setar atau Pasar Siti Khadijah di Kota Bahru.
  6. Petang itu bukan niat pun nak bershoping atau apa, sekadar menjamu mata dan melihat-lihat apa yang mata ingin melihat. Terpaku ke hamparan toto kecil yang ku kira ole-ole untuk bakal anak kecil ku nanti, aku pun melangkah ke dalam kedai dan berlagak kononnya aku pun orang Ganu.
  7. Usai tawar menawar, aku terkesan akan sedikit sebanyak loghat Utara dari Kakak penjual tadi. Sambil menanti waktu, aku minggir ke depan kedai sambil memerhati dan mengasah telinga mendengar, lebih tepat lagi cuba mengenal pasti betulkah tidak telahan aku.
  8. Ternyata benar setelah Kakak Penjual tue aku tanyakan. Terkedu aku seketika, memikirkan yang Kakak yang pada pandangan aku seusia ibu saudara aku, dan hampir separuh abad umurnya.
  9. Asalnya dari Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah Negeri Kelahiran aku, dan sudah seusia aku bermastautin di Kuala Terengganu. Terpegun dan bangga sebenarnya aku akan kakak yang ku lihat lemah lembut orangnya yang mampu hidup dan menguruskan kehidupan di tanah asing. Bukan apa, cuma aku tertanya-tanya sudahkah pada tahun-tahun yang mana kita rakyat Malaya baru mula mengenal wayang pacak Jabatan Penerangan sudah berkahwin dengan pasangan yang jauh negerinya.
  10. Sudah namanya jodoh, bak kata pepatah Melayu, "Asam didarat, Ikan dilaut, dalam belanga bertemu juga".

Sabtu, 17 Januari 2009

Perjalanan Seorang Ayah

Salam,
  1. Rabu lalu, 14 Januari 2009, satu panggilan telefon dari Ayah telah mengejutkan aku. Jam 10.30 pagi, sedang meladeni seorang anggota baru yang telah lama melaporkan diri. Seorang warga JPJ, Kg. Jawa (rasanya Amran kenal kot), telah menyentap sebahagian besar dari perhatian aku pada kerja yang telah aku rancangkan.

  2. Ayah dan Emak kemalangan. Lebih tepat lagi kejadian sudah dua hari lalu, bermakna telah dua hari juga aku ditinggalkan tanpa makluman atau apa sahaja berita. Mungkin salah aku jugak, sedang pada keadaan biasa, aku sering juga sekurang-kurangnya berselang 2 hari akan aku buat panggilan ke kampung, sekadar bertanyakan khabar dan berbasa basi dengan orang tua. Aku tetap buat keputusan untuk balik menjengah kedua-duanya malam itu jugak.
  3. Malam itu, perjalanan dari Putrajaya ke Pudu terasa panjang, walaupun hanya bertukar 2 tren dari kawasan kediaman aku. Dan dalam perjalanan panjang aku di perut bas Trans.... malam itu, aku terbayang kan bagaimana susah payah jerih Ayah dan Emak membesarkan aku dalam keadaan kekurangan yang berbagai, bangun malamnya, jerih mencarikan aku sesuap dua nasi, jerih payah mencarikan aku belanja sekolah dari umurku 7 hinggalah ke UUM Tahun 1996 lalu.
  4. Memang malam di perut bas menyakitkan, terasa beku, sambil aku tetap cuba sebaiknya melelapkan juga mata, demi tenaga esok yang aku simpan untuk bertemu Ayah dan Emak di Alor Setar. Dan setelah hampir 7 jam dalam perut bas yang beku, aku pun terjaga di Hentian Gurun, jam 4.00 pagi. Lalu aku terus menyusur jauhnya perjalanan yang Ayah dan Emak jalani untuk meneruskan hidup dan kehidupan seorang memanusiakan manusia bernama Aku.
  5. Alhamdulillah, segala nya dalam jangkaan aku, syukur buat Tuhan yang telah memelihara kedua-duanya, dan semoga diberikan rahmat dan kasih sayang berpanjangan buat kedua-duanya.
  6. Perjalanan pulang aku ke Putrajaya pada malam Jumaat kemudiaannya pula aku anggap sebagai satu lagi fasa perjalanan hidup aku sendiri sebagai seorang Ayah kepada Aina dan Auni.
  7. Memanglah jerih dan payah perjalanan aku pada malam itu, tapi tidak sejerih dan payah membeku di dalam perut pesawat. Sekurang-kurangnya perjalanan aku cuma memakan sejam perjalanan dan perjalanan pendek, sependek sebatang rokok, aku pun sampai ke tanah kelahiran anak-anak ku.
  8. Lalu aku banding-bandingkan perjalanan ini, memang jauh berbatu apa yang Ayah & Emak aku lalui dulu dalam memanusiakan aku hari ini dengan perjalanan sesudah aku sudah menjadi manusia kini (manusiakah aku?).....

Isnin, 12 Januari 2009

Selamat Datang 2009

Salam,




  1. Dah lama dah tak posting. Beranjak sahaja malam 4 Januari 2009, maka berakhir jugak hidup lama aku terdahulu. Waktu sebelum anak aku yang sulung tuh belum masuk ke sekolah, aku kiranya masih sempat bangun jam 7.30 pagi nak ke pejabat, tapi sekarang walau apa pun yang berlaku, suka atau tidak terpaksa jugak aku bangun jam 6 setiap hari, sebab aku kena pastikan supaya anak sulong aku tak lewat dari jam 7.30 pagi dah beratur kat tapak perhimpunan sekolah dia.

  2. Yang pastinya, sejak hari itu jugak, aku agak rasakan yang benar demikian lah Ayah aku dulu-dulu, mujur jugak Ayah memang dah biasa jam 5 pagi dah keluar rumah, sebab Ayah jugak nak pastikan supaya jam 7 pagi, semua barang jualan dah lengkap teratur di meja jualannya.

  3. Dan satu sejarah jugak buat anak aku (Maisarah, nanti kalau baca posting ayah nie, mesti ketawa besar, aku rasa) Bapa Mertua dan Ibu Mertua aku jugak join sekali masa hantar anak aku hari pertama ke sekolah.

  4. Satu lagi, yang aku nak catatkan kat sini, semenjak bermulanya musim sekolah nie jugak, selewat-lewatnya pasti jam 7.30 pagi aku dah perlu bergerak ke pejabat yang aku kira sepelaung saja jaraknya dari teratak aku sekarang, dan dalam keadaan biasa, sekitar 5 hingga 10 minit aku dah samapi ke Aras 8 Bangunan Jabatan Perangkaan aku dah sampai.Tapi, hari pertama setelah cuti aku pada 7 Januari 2009, sangat-sangat perit aku rasakan, manakan tidak jam 7.40 pagi aku dah bergerak kepejabat, dan punch kad aku hari tu 8.45 pagi.

  5. Apa dah jadi dengan Putrajaya hari ini, aku rasa macam aku tengah duduk dekat Sri Petaling dan nak kepejabat di Seri Hartamas, dan sekali lagi pagi ini aku terpaksa mengharungi situasi sama, wooiii letih wooo, sebab aku rasa macam tak berbaloi dengan waktu yang terpaksa aku habiskan cuma duduk dalam kereta sambil menekan pedal minyak sejemput-sejemput gerak, hai nasib baik jugak lah minyak dah turun, kalau dua tiga bulan lagi minyak naik pulak mau saja aku naik motor ke Pejabat.

  6. Aina Maisarah, nanti kalau Aina baca posting Ayah nie, jangan lupa, ingat Datuk dan Nenek awak sekali tau.