Sabtu, 17 Januari 2009

Perjalanan Seorang Ayah

Salam,
  1. Rabu lalu, 14 Januari 2009, satu panggilan telefon dari Ayah telah mengejutkan aku. Jam 10.30 pagi, sedang meladeni seorang anggota baru yang telah lama melaporkan diri. Seorang warga JPJ, Kg. Jawa (rasanya Amran kenal kot), telah menyentap sebahagian besar dari perhatian aku pada kerja yang telah aku rancangkan.

  2. Ayah dan Emak kemalangan. Lebih tepat lagi kejadian sudah dua hari lalu, bermakna telah dua hari juga aku ditinggalkan tanpa makluman atau apa sahaja berita. Mungkin salah aku jugak, sedang pada keadaan biasa, aku sering juga sekurang-kurangnya berselang 2 hari akan aku buat panggilan ke kampung, sekadar bertanyakan khabar dan berbasa basi dengan orang tua. Aku tetap buat keputusan untuk balik menjengah kedua-duanya malam itu jugak.
  3. Malam itu, perjalanan dari Putrajaya ke Pudu terasa panjang, walaupun hanya bertukar 2 tren dari kawasan kediaman aku. Dan dalam perjalanan panjang aku di perut bas Trans.... malam itu, aku terbayang kan bagaimana susah payah jerih Ayah dan Emak membesarkan aku dalam keadaan kekurangan yang berbagai, bangun malamnya, jerih mencarikan aku sesuap dua nasi, jerih payah mencarikan aku belanja sekolah dari umurku 7 hinggalah ke UUM Tahun 1996 lalu.
  4. Memang malam di perut bas menyakitkan, terasa beku, sambil aku tetap cuba sebaiknya melelapkan juga mata, demi tenaga esok yang aku simpan untuk bertemu Ayah dan Emak di Alor Setar. Dan setelah hampir 7 jam dalam perut bas yang beku, aku pun terjaga di Hentian Gurun, jam 4.00 pagi. Lalu aku terus menyusur jauhnya perjalanan yang Ayah dan Emak jalani untuk meneruskan hidup dan kehidupan seorang memanusiakan manusia bernama Aku.
  5. Alhamdulillah, segala nya dalam jangkaan aku, syukur buat Tuhan yang telah memelihara kedua-duanya, dan semoga diberikan rahmat dan kasih sayang berpanjangan buat kedua-duanya.
  6. Perjalanan pulang aku ke Putrajaya pada malam Jumaat kemudiaannya pula aku anggap sebagai satu lagi fasa perjalanan hidup aku sendiri sebagai seorang Ayah kepada Aina dan Auni.
  7. Memanglah jerih dan payah perjalanan aku pada malam itu, tapi tidak sejerih dan payah membeku di dalam perut pesawat. Sekurang-kurangnya perjalanan aku cuma memakan sejam perjalanan dan perjalanan pendek, sependek sebatang rokok, aku pun sampai ke tanah kelahiran anak-anak ku.
  8. Lalu aku banding-bandingkan perjalanan ini, memang jauh berbatu apa yang Ayah & Emak aku lalui dulu dalam memanusiakan aku hari ini dengan perjalanan sesudah aku sudah menjadi manusia kini (manusiakah aku?).....

3 ulasan:

  1. lama betoi aku tak jumpa ayah, mak hang. harap depa cepat sembuh.

    BalasPadam
  2. Tq Wan, aku sendiri pun dah lama jugak dah tak jumpa orag tua hang. Kirim salam saja la kat depa, kalau ada jodoh nanati kita boleh jumpa kat kampung nanti.

    BalasPadam
  3. Dulu ayah ngan mak mengharungi pelbagai perkara pahit dan manis utk besarkan dan didik kita...nak jadikkan kita manusia.....sekarang tiba giliran kita pulak....

    Didiklah anak-anakmu mengikut peredaran zaman...."Saidina Abu Bakar"

    BalasPadam