Selasa, 3 Mac 2009

Ais Krim Malaysia

Salam,
  1. Sabtu lepas, 28 Februari, anak yang sulong ada temasya sukan sekolah. Sebagai ayah yang baik (pada perkiraan aku sendiri) maka aku pun hadir bersama untuk memeriahkan program di Sekolah.
  2. Tak banyak yang aku nak ceritakan pasal acara sukan sekolah ni, tapi pasal Ais Krim Malaysia.
  3. Seusai acara anak sulong ku, kami sekeluarga bersantai di kantin sekolah, dan merengek-rengeklah si anak mintakkan Ais Krim Malaysia.
  4. Seronok melihat telatah kedua-dua Puteri ku, aku tersentuh seketika bila mana si sulung dan adeknya minta bukakkan bungkusan ais krimnya, sambil merengus-rengus tidak sabar nak menikmati.
  5. Lalu aku teringat akan Seni sebenar nak makan Ais Krim Malaysia nih, mula-mula kena gigit kat penghujung tangkai, sedut airnya perlahan-lahan, batangnya tak boleh dipegang keras-keras, takut memancut airnya....bla..bla..bla..ngomel aku.
  6. Rupanya, kita dulu semasa kecik (kalau kat kawasan perkampungan aku hari-hari budak-budak menggongong Ais Krim Malaysia) dah memang belajar dan diajar secara perlahan untuk sentiasa bersabar dalam melakukan sesuatu termasuklah semasa nak makan Ais Krim Malaysia. Setiap satu benda yang nak kita buat perlu dilaksanakan ikut keadaan (kalau ais keras, bolehlah pegang kuat-kuat, tapi kalau ais belum masak, kena pegang lemah lembut masa nak gigit, kalau tak memancut air kena baju, tak pun tumpah semua ke tanah)..
  7. Jom pekena ais krim Malaysia...

1 ulasan:

  1. teringat zaman kanak2 awal 80an dulu. masa tu harga untuk saiz pendek 5 duit & saiz panjanng sekupang. ada macam-macam perisa...milo, ada asam ko, ada perisa oren dll. lagi. meriah sungguh waktu tu, kalau balik mengaji quran mesti singgah kat kedai/ rumah jiran beli ais krim ni. zaman tu tak semua orang ada peti sejuk. masa aku darjah 4 baru ada petiu sejuk, apa lagi mintak mak buat sendiri la....indah sungguh zaman tu...

    BalasPadam