Memaparkan catatan dengan label Anak-anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak-anak. Papar semua catatan

Selasa, 6 April 2010

Selamat Hari Lahir Aina


SELAMAT HARI LAHIR BUAT AINA MAISARAH 

BUAT YANG KE DELAPAN



HAPPY BIRTHDAY ; )..

AYAH, UMMI, ANGAH DGN AMIR SAYANG ALONG
MOGA ALONG AKAN SENTIASA BERADA DALAM KESEJAHTERAAN SEPANJANG MASA DAN SENTIASA DILIMPAHI RAHMAT
AMIN

Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan,
Hari ini, hari pertama Ramadhan. Hari ini jugak hari pertama Anak Sulong aku, aku ajak bangun sahur dan puasa sepanjang hari ini.
Kasihan aku tengok, nak ketawa puan ada, bila dia duduk mengadap nasi yang Ummi dia masakkan untuk kami sekeluarga sahur pagi ini. Terasa macam dah lengkap hidup, bila anak yang sulung dah mula nak belajar puasa, rasa yang aku nie dah tua dah kot...heh
Di kesempatan ini jugak aku nak ambil untuk Ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menunaikan dan menggandakan segala amalan kita semua, moga dirahmati Allah, dan memberikan kekuatan buat semua untuk teruskan perjuangan.
Salam.

Jumaat, 27 Mac 2009

Putera Dan Puteri Ku


Salam,
Kakak-kakak Amir Muhaimin. Teruja setelah lima tahun menantikan kelahiran adik.
Ayah akan sayang semua Aina Maisarah, Auni Afiqah dan Amir Muhaimin.


Lahirnya Seorang Putera









Salam,

  1. Alhamdullillah, akhirnya.....tepat jam 9.03 minit malam, SELASA, 27 Rabiulawal 1430 Hijrah bersamaan dengan 24 Mac 2009, LAHIRLAH PUTERA SULONG aku di Hospital Putrajaya.

  2. Terima Kasih dan rasa syukur aku panjatkan buat Tuhan yang telah menyempurnakan doa-doa aku dan isteri. Terasa telah lengkap akan hidupku setelah kelahiran Putera ku ini.


  3. Dan insyaallah akan aku namakan AMIR MUHAIMIN BIN ADIRATNO (Pemimpin yang Memelihara dan Mengawal).






Selasa, 3 Mac 2009

Ais Krim Malaysia

Salam,
  1. Sabtu lepas, 28 Februari, anak yang sulong ada temasya sukan sekolah. Sebagai ayah yang baik (pada perkiraan aku sendiri) maka aku pun hadir bersama untuk memeriahkan program di Sekolah.
  2. Tak banyak yang aku nak ceritakan pasal acara sukan sekolah ni, tapi pasal Ais Krim Malaysia.
  3. Seusai acara anak sulong ku, kami sekeluarga bersantai di kantin sekolah, dan merengek-rengeklah si anak mintakkan Ais Krim Malaysia.
  4. Seronok melihat telatah kedua-dua Puteri ku, aku tersentuh seketika bila mana si sulung dan adeknya minta bukakkan bungkusan ais krimnya, sambil merengus-rengus tidak sabar nak menikmati.
  5. Lalu aku teringat akan Seni sebenar nak makan Ais Krim Malaysia nih, mula-mula kena gigit kat penghujung tangkai, sedut airnya perlahan-lahan, batangnya tak boleh dipegang keras-keras, takut memancut airnya....bla..bla..bla..ngomel aku.
  6. Rupanya, kita dulu semasa kecik (kalau kat kawasan perkampungan aku hari-hari budak-budak menggongong Ais Krim Malaysia) dah memang belajar dan diajar secara perlahan untuk sentiasa bersabar dalam melakukan sesuatu termasuklah semasa nak makan Ais Krim Malaysia. Setiap satu benda yang nak kita buat perlu dilaksanakan ikut keadaan (kalau ais keras, bolehlah pegang kuat-kuat, tapi kalau ais belum masak, kena pegang lemah lembut masa nak gigit, kalau tak memancut air kena baju, tak pun tumpah semua ke tanah)..
  7. Jom pekena ais krim Malaysia...

Jumaat, 20 Februari 2009

Anak Jantan Ayah


  1. Ini cerita anak Jantan aku yang bakal dilahirkan ku kira April ini.

  2. 10 Februari lepas, atas tugasan Jabatan, aku ke Kuching Sarawak, dan aku sebenarnya menjangkakan dan telah pun dijadualkan pulang setelah selesai tugasan disini pada hari ketiga di Kuching.

  3. Menjelang petang 10 Februari, aku pun menyusur ke luar hotel penginapan menikmati suasana petang di tebing Sungai Sarawak bersendirian, sambil menanti lain-lain rakan sampai.

  4. Sekitar jam 6.30 petang, sedang aku bersama beberapa rakan lain sedang melewati kedai-kedai dekat-dekat situ, telefon aku berdering, panggilan isteriku dari Putrajaya.

  5. Ku dengar suaranya jauh tersekat di kerongkong dan sedikit sebak dan mengucar-ngacirkan degupan jantung ku seketika.

  6. "Ayah, Ummi kena masuk hospital petang nie jugak, Doktor Klinik Precint9 dah bagi surat refer Ummi ke Hospital, tak boleh tangguh lagi, plasenta ada kat bawah, Tahap 4"...yang membawa maksud sebarang pergerakan oleh janin memungkinkan berlaku pendarahan dan akan membahayakan ibu dan janinnya.

  7. Apa yang terlintas pada waktu itu, hanyalah Ibu Mertua di Melaka, agar segera sampai ke Putrajaya secepat yang boleh, bagaimanapun atas lain-lain halangan, terpaksa ditangguhkan keesokannya pulak, lalu makin sempit dan senak rasanya aku di Kuching. Langsung isteriku juga aku minta bertahan di rumah sehingga keesokkannya sementara aku terus menanti dengan perasaan bimbang dan resah yang merusuh sehingga dingin di kamar terasa panas menghembus...aduhh.

  8. Meredakan kegemparan, aku cuba memujuk Ummi agar bertenang dan cuba berehat selama mungkin tanpa memikirkan situasi ini, walaupun aku sendiri terasa bagai mahu melompat ke perahu golek yang ditambat di tebing Sungai mengayuh balik ke Semenanjung.

  9. Menjelang pagi 11 Februari, aku terus menyuarakan kepada Ketua Rombongan kerja ku yang aku perlu balik ke Kuala Lumpur pada hari ini juga memandangkan kondisi isteriku di Putrajaya.

  10. Alhamdulilillah, berkat doa, aku berjaya mendapatkan tiket pulang seawal 12.45 tengahari ke KLIA.

  11. Pagi itu juga, aku minta agar isteri cuba dapatkan pertolongan jiran menghantarnya ke Hospital sementara menantikan aku sampai ke Putrajaya pada waktu terjadual.

  12. Sesampai aku di Lapangan Terbang Kuching, panggilan dari isteriku menambah rusuh seketika. Berita dari Hospital Putrajaya sangat mengejutkan aku, plasentanya dah naik semula ke atas dan berada dalam keadaan normal.
  13. Ajaib punya budak, memang dia tak mau bagi ayah dia berjalan jauh-jauh la kot...