Rabu, 29 April 2009

Laki-laki Yang Tak Jantan


  1. Pagi tadi sesampai ke pintu pejabat, telefon aku berdering. Kawan dari Jabatan di Utara sana memanggil. Minta pandangan. Kes, tipu Sijil Sakit.

  2. Jadi aku pun nasihatkan seadanya apa yang patut, apa yang tak patut.

  3. Petang jam 2.30 sekali lagi telefon dari rakan jauh tadi. Kali ini ceritanya begini, Si A (menipu Sijil Sakit) juga sedang berhadapan dengan kes Keterhutangan Serius. Dan sekarang si A sedang buat magic, ada di Pulau Pinang, nak hilangkan Jambatan Pulau Pinang, jadi Along tak dapat la cari dia kat Pulau.

  4. Kawan aku ni rupanya dah ke klinik yang MC dia ditipu tadi dan klinik akan buat laporan polis. Selepas itu, kawan tadi juga telah menjejak Si A sampai ke kampung mencarikan warisnya. Tak ketemu.

  5. Dicari Isteri Si A, bertemu di sebuah Pejabat T di Alor Setaq. Bercerita-ceriti, Si A dan isteri dah lama kahwin, anaknya 2, yang sulong pun dah 6 tahun. Yang paling sedih aku dengaq bini dia sekarang menanggung semua belanja rumah, bil-bil, susu anak dan berbagai.

  6. Si Isteri pula cuma warga kontak di Pejabat T tue, tapi taat dia kepada suaminya tue, sampai sanggup tolong bayarkan gaji Si A yang akan dipotong sebab penipuan MC tadi.

  7. Kata Kawan ( dia pun Wanita ), kalau aku jadi bini dia, dah lama dah aku terajang masuk longkang, semua bini tanggung, laki tinggal dok kangkang saja. Kata kawan lagi, "Bini dia aku tengok lembut orangnya".

  8. Si Isteri juga cakap, dia dah tinggalkan halaman, tinggalkan keluarga, demi kasih dan sayangkan suami si Laki-laki yang Tak Jantan tadi...

2 ulasan:

  1. Dah banyak kes macam ni saya dengar. Lelaki yang jantan dah makin pupus di dunia ni.

    BalasPadam
  2. Diana,

    Payah woo nak jadi Jantan, kalau setakat jadi laki-laki memang la senang, macam Anuar Zain Nyanyi

    BalasPadam