Selasa, 28 April 2009

Salam April

  1. 24 April lepas adalah hari lahir aku yang ke 34 tahun. Alhamdulillah, dalam usia itu aku rasa sebahagian dari diri aku telah lengkap. Punya Isteri dan Punya 3 anak-anak comel 2 perempuan dan terbaru lelaki.
  2. Terima kasih buat semua yang mengucapkan Selamat buat aku dan terima kasih juga buat yang menyediakan kek tanda ingatan akan hari lahir lelaki ini.
  3. Cuma sewaktu itu aku terasa lemah, sebab terpaksa sekali lagi meninggalkan anak-anak ke Pulau Pinang atas urusan kerja yang tak habis-habis walau diberikan 9 hari seminggu sekalipun.
  4. Marah, memang lah marah, tapi bak kata kawan di benuasuluk, marah ini hanya mampu saya luahkan di posting ni saja. Kalau terluah keluarpun kadang waktunya semasa kat dalam kereta..
  5. Geram, dan terkadang terasa cemburu dengan kawan-kawan lain yang sering sedia ada masa yang panjang untuk keluarga.

5 ulasan:

  1. sahabat,
    salam, selamat panjang umur, berbahagia selalu.

    Adi, setelah aku melalui beberapa pengalaman, dan setelah aku melihat beberapa insiden yang melibatkan kawan-kawan baik aku (termasuk ada kawan baik yang kematian anak sewaktu dia sedang bertugas), aku sudah nekad:
    keluarga nombor satu
    keluarga nombor satu
    keluarga nombor satu

    kerjalah cemerlang macamanapun kalau keluarga terabai tak ada makna.

    BalasPadam
  2. Hmm...kalu saya pun marah..tapi untuk tenangkan diri..saya cuma fikir kerja ini amanah dan kita cari rezeki yang halal dan berkat dengannya. Kalau kita buat dengan ihklas..tak kiralah walaupun kekadang kena korbankan masa dengan keluarga (tp jgnlah sengaja mengabaikan heheh)..insyaallah segala dugaan yg mendatang dalam pada kita menjalankan tugas akan dapat kita hadapi dengan tabah dan akan dibantu oleh Allah.

    BalasPadam
  3. Wan,

    Terima Kasih.

    Diana,

    Terima Kasih jugak atas ingatan.

    BalasPadam
  4. Sooner or later,turn umi plak.....

    BalasPadam
  5. tahniah! dah makin tua la yer...hahahaha

    ~pitt

    BalasPadam