(i)
Jumaat, 24 Julai 2009, atas kehendak tugas sekali lagi aku ke Kota Kinabalu, Sabah. Sekali ini kesabaran aku agak tergugat, pertamanya, flight delay 1/2 jam. Sabar bah...
Sesampai ke Lapangan Terbang KK yang dah pun separuh siap, nampak lebih ceria dan lebih cantik pada pandangan mata, sebahagian lagi masih belum siap sepenuhnya. Nasib baik juga tuan rumah telah sedia menanti, dan aku serta rombongan pun dibawa ke Pusat KK, menginap di hotel CELAKA...
Dan ini kali kedua aku ke hotel celaka ini...IMPERIAL INTERNATIONAL HOTEL KK, SABAH....jam 4.00m petang bilik aku masih belum siap dikemas, dah la tue, sabar lagi lah aku, nasib baik juga hos dah sediakan high tea di restoran hotel, dengan andaian lepas selesai basahkan tekak, mungkin bilik dah siap..
Aku pun siap dah berangan, dah masuk bilik nanti boleh la landing sekejap, sekali dah pukul 5.00 aku pun masuk ke bilik, belum jugak ada sesapa housekeeping dia yang dah kemaskan bilik...aduhhh
Marah, memang lah marah, esoknya dah selesai urusan, aku pun ke kaunter sekali lagi nak check out pulak. Lagi sekali mendidih-didih rasanya...kata hampa jual perkhidmatan, tapi macam celaka orang yang kat kaunter, aku yang dok terpacak tunggu, dah macam tunggul, terketaq-ketaq, buat macam layan tak layan, mentang mentang muka aku muka Melayu..
Sekali aku teringat masa Jabatan Pendaftaran Negara baru-baru ini, aku rasa jauh sangat beza layanan yang aku terima, kedua-duanya aku masih pelanggan.. jadi bagi yang membaca blog aku ni kalau masih dok komplen Kerajaan punya perkhidmatan teruk kalau dibanding dengan swasta, boleh la debat dengan aku...
(ii)
Perjalanan balik dengan Airbus jam 5.35 petang, tapi jam 6.00 baru nak take off. Gasaklah janji aku selamat sampai ke KLIA dengan walafiat sudahlah...
Cuma yang aku terkesan, jiran sebelah aku dalam penerbangan balik kali ini, terdengarkan slanga Utara, buatkan aku terasa nak betegur sapa dengan kakak ini. Dengan 4 anak, paling kecil jangka ku 9 atau 10 bulan bayinya yang sekian kali merengek dan resah, timbulkan rasa kasihan...
"Kak nak pie mana nie?", tegur ku.
"Kami nak balik Penang, ziarah Ayah meninggal pagi tadi"..wajahnya aku lihat tenang tanpa riak dan olak, mungkin kepenatan melayankan kerenah keempat-empat anaknya, dan yang paling letih rasa aku anaknya yang kecik sekali kot...
"Kami lama tunggu, flight pagi sampai tengahari hari tadi penuh, nie baru dapat naik, Ayah depa dah tukaq balik Penang dah, Akak kat sini lagi dengan anak-anak, mengajaq kat sini"..ooooo kata ku..
Lama aku melayang, sehingga setengah perjalanan, anak Akak yang kecik tue dah kepenatan mungkin, lelap dalam pelukan ibunya, aku lirikkan mata ke wajah Akak tadi, perlahan-lahan aku nampak dia menyapu titis air mata, mungkin sedih atas pemergian Ayah tersayang, mungkin juga memikirkan betapa dalam saat-saat begini, suaminya jauh, dan beliau terpaksa berjuang berseorangan atau mungkin juga sedih kalau tidak sempat menjengah Ayah buat kali terakhir.
Sabar Bah....
ISh..teruk pulak la hotel tu ye. Tahun lepas sy gi cam ok je...nasib boss la kali ni...sabar bebanyak.
BalasPadamHeh..hehhh, yang paling teruk, Rosliza Kedah, malam tue balik dari Dinner 11.30 malam, bilik dia tak siap-siap jugak.
BalasPadam