Selasa, 18 Ogos 2009

Mental Endurance



Hemm, 2 hari lalu ada ceramah Motivasi Jabatan, dan jemputan kali nie Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina, manusia Muslim Wanita Pertama yang telah menjalankan XPDC ke Kutub Utara dan jugak ke Kutub Selatan.

Antara yang menjadi isi pengucapan beliau adalah kita perlulah membiasakan diri untuk melakukan sesuatu benda dengan betul, bukan mengikut kebiasaan.

Banyak jugak yang dapat dikutip dari Datin, dan antara tips yang aku rasa berguna adalah MEPS Konsep yang beliau adalah penemunya.

Mental- apa yang ada dalam otak kita, pemikiran kita sebenaqnya;


Emosi- biasa la..emosi, perangai baik atau buruk;


Phisicaly-Fizikal atau pun tindakan kita; dan


Social- lingkungan hidup sosial kita, kawan-kawan dan sebagainya.

Dan antara yang paling aku rasa terkesan sekali, ayat dia...." Dia bukan berjaya menakluki Kutub, tapi berjaya menakluki dirinya sendiri".

Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.

Tahniah Datin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan