Sabtu, 19 September 2009

Salam Aidilfitri

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT IDULFITRI, MAAF ZAHIR BATIN..
Dan Idul Fitri untuk saya bagi Tahun 2009 ini meninggalkan sedikit kenangan pahit. Sejak minggu sudah saya terasa kurang sihat tapi tak dapat nak pastikan puncanya. Badan terasa panas dan mata terasa pedih sejak dari Khamis lepas.
Selepas beberapa hari, terasa badan sedikit menyukarkan tugas-tugas seharian. Bagaimananapun, bagi memenuhi permintaan Mertua, (katanya, tahun nie raya kat Alor Setar, balik lah lagi sekali ke Melaka) saya bersama keluarga bertolak ke Melaka pada hujung minggu tersebut. Dalam keadaan tersebut pun, sebenarnya saya masih belum dapat mengenalpasti akan puncanya.
Tepat tengahari Rabu lepas, 16.09.09, terlihat seketul biji merah dekat tengkuk. Selesai Mesyuarat pagi tue, saya pun meluru ke tandas, selak baju, dah berderet di dada aku merah-merah membonjol.
Dan tengahari itu aku terus ke Klinik, dan sah aku kena Cacar Air..
Dan aku akan beraya di Alor Setar sambil bersama dengan serungkai Daun Mambu.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

1 ulasan:

  1. Lihatlah sekitar alam
    Dunia luas terbentang
    Langit tinggi kebiruan
    Pohon-pohon kehijauan
    Hembusan bayu yang menyegarkan

    Dengarkan di sana-sini
    Beburung riang menyanyi
    Berbunga aneka warna
    Sumber kedamaian jiwa
    Mensyukuri nikmat Maha Esa

    Begitu berharga kehidupan ini
    Bagi mereka yang tahu menghargai
    Mengapa terdorong oleh perasaan
    Kalau turutkan hati diri menjadi korban

    Tiada yang dapat lari dari masalah diri
    Hadapi lah dengan tenang
    Tiap cabaran yang datang
    Atasinya dengan keimanan

    Sekadar buat renungan
    Untukmu teman tersayang
    Hitam putih masa depan
    Sendirian menentukan
    Hidup ini usah persiakan



    Luv alwiz...
    UMIE aiNA, AuNi, aMIr

    BalasPadam