Rabu, 9 September 2009

09.09.09

Salam,

Hari nie 09.09.2009, dan semalam aku termimpi-mimpi pasal UUM. Dan bila teringatkan UUM, aku teringat pulak 2 benda gila yang pernah aku buat...

(i)
Perkara pertama yang aku buat nie, sebenaqnya dalam bulan Ramadhan macam sekarang nie la, aku, Nazri Saidin, Nazri Othman, Ucop, sanggup tengah-tengah rembang tengah hari ke Pekan Changlun cari karbaid setin..

Konon-konon bila malam lepas terawih nak main Meriam Tanah kat belakang Guthrie. Sekali beberapa kali percubaan telah gagal membuahkan hasil yang memberangsangkan..

Kalau tanyakan background semua mai dari kawasan kampung dalam nuh haaa...Pida 4, Tunjang, sorang Cherok Tok Kun, Penang, sorang lagi dari Batu 3/4 Kodiang.... semua tak boleh harap, harapkan sembang sahaja bukan main lagi hebat.

(ii)
Perkara kedua yang bini aku mungkin tau, tapi mungkin jugak tak tau, atau mungkin lupa...aku pernah cuba mengurat seorang budak pompuan yang aku usha lama la jugak. Masa nie aku dah masuk Tahun 3, Semester 5, tengah mengaruk (kata orang Melaka), atau tengah kemaruk nak ada awek kononnya.

Budak nie Budak Perlis, bawak scooter Suzuki Merah. Nekad satu hari tue, aku tunggu jer dia ada kat dalam Kelas Statistik Gunaan, bila nampak jer dia, aku pun tulis satu memo kecik;

"Saya minat kat awak dan nak kawan dengan awak. Kalau awak rasa berminat dan nak berkenalan dengan saya, saya akan tunggu di Kafe D9 Petronas, jam 9.00 mlm. Kalau awak tak muncul malam ini, saya anggap yang awak tak berminat dan saya akan berhenti usha awak lagi" dan memo tu aku selit kat helmet dia masa tengah kelas.

Tau apa yang berlaku malam tue memang tragis la jugak, Budak Scooter tue memang ada waktu aku sampai, tapi dia beramai-ramai dengan kengkawan dia ...

Aku pulak bersama dengan En. Sukun, sampai dengan selipar Jamban warna Hijau, seluar jeans lusuh, nampak macam orang yang tak punya masa depan....Sekali aku terdengar ayat keluar dari dia (aku agak );

"OOOOOOO, DIA NI KA"...

Dan aku, terus kecut, sekecut asam boi merah yang terbungkus rapi dalam plastik dan dijual pada harga 0.20 sen sepeket kat Pekan Arau sana haaa....


6 ulasan:

  1. oooooo diaaaaa nihhhhh kaaaa upag yang juai ikan kat market kampung berjaya kahkahkahkahkah....

    BalasPadam
  2. Awang,

    Aku la yang juaiikankat Kg.Berjaya..la jadi Suruh an jaya...

    BalasPadam
  3. dei upaq,
    brapa manyak minah da yang hang melepas

    BalasPadam
  4. hahahaha....sungguh tragis. bleh buat drama minggu ini.

    BalasPadam
  5. Pitt,
    Memang drama pun, kalau ingatkan balik rasa mcm budak bodoh saja

    BalasPadam
  6. Tak rugi pun tak dapat budak pompuan yang pakai suzuki merah tu...la ni dah dapat pakai kete HONDA kaler merah.....dapat bini pakai KELISA SPECIAL EDITION pun kaler merah gak.....dan dah dapat anak jantan yang pakai baju melayu kaler merah masa ghaya ari tu...

    Bukan ke Tuhan tu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.....

    BalasPadam