Isnin, 6 September 2010

Sunyi di Penghujung Ramadan

Salam,

Sekolah dah mula cuti sejak Sabtu lepas. Bini aku pun cuti jugak sekolah dia. Dalam masa yang sama tahun ini, giliran beraya kat Melaka, so, aku terus jelah transitkan budak-budak di Melaka.

Bila dah balik ke Putrajaya di rumah, dah sunyi la pulak, kalau tidak siap dengan riuh rendah yang sulongnya sampai le ke yang kecik sekali. Memang mulanya fikir, takpelah, sekolah dah start cuti, lagipun Ummi pun dah start cuti, jadi ada baiknya bebudak tinggalkan terus di sana.

Bila balik Terawih semalam, memang betul lah terasa, bukak saja pintu rumah, senyap sepi suasana. Barulah masa tue teringatkan bebudak tue semua. 

Benarlah kata-kata "Anak-anak adalah penyeri rumahtangga".

2 ulasan:

  1. saya pun rasa gitu kalu anak2 takde rumah..walaupun sekejap. Mati kutu!

    BalasPadam
  2. Diana,

    Tue laah, waktu ada rasa bising pulak, bila dah takde baru tau, ambik muka..

    BalasPadam