As salam,
Kelmarin pagi (semalam kata orang selatan), saya bekenderaan sendirian selepas menamatkan tugasan di Kuantan Pahang. Agak penat setelah terpaksa menyaingi kehebatan alam dengan cuaca yang sedikit mencemaskan.
Maksud saya, dalam keadaan cuaca di sebelah Pantai Timur yang sedang dilanda banjir dan jumlah hujan yang lebat memang agak merisaukan. Bertolak dari Beserah, Kuantan jam 9 pagi dan memandu dalam keadaan jalan yang juga sedikit mengelirukan, takut sesat sebenarnya, saya membuat beberapa hentian pit.
Seusai melewati plaza tol Bentong, menghala ke Karak, saya menemui 2 siri kemalangan yang agak menakutkan, dan saya sedar yang perjalanan adalah agak membimbangkan, lalu saya pun lebih berhati-hati dalam mengawal haluan.

Sesudah melewati Plaza Tol Gombak, saya pun menghala ke MRR2 untuk balik ke Putrajaya. Jam di kenderaan menunjukkan jam 1.30 tengahari.
Secara tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi hon motosikal "Mamat Itam" di sebelah kiri kenderaan saya. Sebaik saya menoleh ke arahnya, si Mamat Itam memberikan isyarat yang tayar kenderaan saya meghadapi masalah, mungkin bocor (dari isyarat yang ditunjukkan).
Seketika itu juga saya terus teringatkan e-mail yang saya baca dari rangkaian kawan-kawan di berbagai group yahoo. Ada kes yang mana si penipu ini tadi dalam muka cemas mengarahkan mangsa berhenti, lalu mamat tadi serta merta meluru ke tayar kenderaan dan membocorkan tayar tersebut. Kemudian, dengan rela hati berlakon, menawarkan khidmat trak tunda, dibawa ke bengkel dan kemudiaan mereka-reka yang kenderaan tersebut ada masalah itu dan ini.
Bagaimanapun, menyedari akan cubaan tersebut, saya dengan sengajanya tidak mengendahkan si mamat ini. Walau terdetik dihati, risaukan juga apa yang diisyaratkannya tadi benar.
Tapi saya tetapkan juga hati, teruskan perjalanan dan dalam masa yang sama cuba meneliti sendiri keadaan tayar depan kenderaan saya. Rasanya macam biasa sahaja, kalau pancit tentunya saya semakin lama semakin susah hendak mengawal kenderaan saya.
Sampailah ke rumah, saya teruskan juga perjalanan dan saya dapati memang tayar kenderaan saya tiadapun masalah.
Demikianlah kisah hidup dan kehidupan kini. Kalaulah saya tergesa-gesa menghentikan kenderaan saya waktu itu, mungkin hari ini saya tak dapat menulis posting ini.
salam ahad,
BalasPadambolehkah tuan terangkan kepada saya MO(mondus operandi)mamat hitam itu?
semoga dapat berkongsi,samada depa tuh hindu ka pak negro,tlg terangkan ceritanya.
Salam,
BalasPadamBudak Hindu muda, naik motor ikut kereta orang lepas tue gempak buat isyarat tayar pancit.
Cari makan la Abang AM.
We're a gold dealer.
BalasPadamAnyone interested to buy pure cast 999.9 gold bar , pamp suisse brand ( our specialty brand ) 100 gm with certificate or other types of gold ,platinum custom order etc. etc. are welcome to contact us goldman999.9@hotmail.com.
Internationally recognised. Instant rebate off RM 1000 – 1500 for each bar compared to other dealers.
Simple as that and better than usual.
Best buy back offer.
Make a smart and secured purchase.
Thank you.
alo bos...lama tarak jumpa? byk bagus sekarang ya hehehehe.......alhamdulilah
BalasPadamTuan Nazeri,
BalasPadamTq singgah, aku tak dapat akses facebook. balik kat rumah Celcom lembap pulak nak masuk.