Dalam posting ini, saya sebenarnya ingin mengulas komen yang diberikan oleh rakan di Benua berkenaan dengan Masa Depan Malaysia. Adakah Malaysia mempunyai masa depan dalam keadaan politik negara kini yang ribut dengan kerenah para pemimpin politik sekarang yang saling bercakaran.
Persoalan Benua, mengenai masa depan telah saya komen semula kepada beliau di dalam komen post master, tetapi komen tersebut menggerakkan hati dan perasaan saya dengan Masa Depan Malaysia. Dan persoalan beliau memang tidak dapat saya jawab dengan tenang sebenarnya, kerana saya turut terusik dengan suasana kini keadaan politik kita.
Terfikir sejenak, sebenarnya lebih kepada terkenangkan semasa persekolahan saya di Sekolah Menengah Dato' Syed Omar (SMDSO), Alor Setar Kedah, selain saya, seingat saya ramai graduasi SMDSO yang telah berjaya termasuklah juga Benua dan Abang Am. Kami, pada pandangan saya, memang bukanlah yang terbaik, ataupun yang sering menjadi perhatian Guru sebagai murid yang terbaik yang dilahirkan, apatah lagi nak menjadi perhatian kawan-kawan perempuan yang sewaktu itu adalah yang tercantik, termanis, bijak pada pandangan mata saya (saya tak tahu tentang dua lagi rakan saya).
Jadi pada waktu itu kami, pada pandangan saya, adalah antara penghasilan terburuk graduasi sekolah kerana kami bukanlah terpandai dikalangan yang pandai, dan saya adalah antara murid "nakal" yang tiada masa depan.
Mengulas dari itu, saya ingin kaitkan bahawa dalam keadaan negara kita sepertinya ini, saya tidak mahu mempercayai bahawa negara ini tiada masa depan yang cerah dan cemerlang, kerana yang menentukan cerah dan cemerlang adalah manusia itu sendiri. Antara kemahuan dan keinginan masing-masing kita akan berusaha untuk sama-sama mencerahkan Masa Depan Malaysia dengan cara dan kebolehan kita masing-masing yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung, nampak atau tidak, dihargai atau juga tidak.
Masa depan Negara ini adalah masa depan anak-anak saya dan masa depan anak-anak kita semua.
Nota: Posting ini bukanlah mengajak rakan-rakan "bergomoi", cuma sumbangan pendapat.
as salammmmmmmm..
BalasPadammasa depan penduduk M`sia tertakluk kepada masa depan pemimpin negara,masa depannya bagaimana?dia aturkan masa depannya?jikalau dia aturkan masa depannya utk menjadi kaya raya selagi dia mahu maka masa depan rakyat yg dia naungi sudah tentu akan menjadi sengsara,sebaliknya jikalau dia aturkan masa depannya untuk hanya menjadi ala kadar dan biasa-biasa sahaja sudah tentu masa depan rakyatnya akan sejahtera untuk generasi ke generasi.
masa depan diri sendiri bukan org tua kita tentukan bukan guru kita tentukan namun hasil uasaha kita dan daya kreativiti akal kita samada dengan helah atau jujur itulah lakaran masa depan kita.
jikalau kreativiti akal kita berjaya melakarkan usaha kita samada secara jujur dan tipu daya,hasilnya inilah dia kita.
kita yang masing-masing berada di tempat kita ada sekarang.
SALAM SAUDARA ADI
BalasPadamBILA CEQITA PASAI SMDSO AKU TEQIGAT ZAMAN-ZAMAN KITA. BETUI KATA HANG KITA YANG MEMBENTUK MASA DEPAN KITA. AKU DULU PUN GENG JAHAT KAT SEKOLAH. BUKAN PANDAI SANGAT PUN. TAPI DOK BANGGA SEBAB ORANG KATA PRA U. PAKAI BAJU LENGGAN PANJANG, PAKAI KASUT HITAM, TAPI BALIK SEKOLAH NAIK BAS. APA KHABAQ CIKGU NASIR LA NI LAMA TAK DENGAQ CEQITA.
Awang,
BalasPadamHang satu hari nanti masuk la politik, mana nak tau dapat jadi Exco pun jadi la...
PRAU2A,
BalasPadamSaudara, terima kasih singgah.
Cuma sedikit tertanya-tanya siapa gerangan saudara, ramai di dalam PRAU tue..