Jumaat, 15 Januari 2010

Nak Jadi Bos

Ini posting saya dalam Tahun 2010. Tapi posting ini bukan nak isytiharkan azam tahun baru saya, tapi sekadar nak berkongsi rasa.

Minggu lepas melayan TV dan juga anak-anak, sempat juga layan Bujang Lapok, cerita P.Ramlee. Salah satu adegan awal dalam filem ini yang pada minggu itu menarik perhatian saya adalah, apabila Bos Sudin, marahkan Sudin apabila datang lewat ke pejabat pada hari tersebut.

"Jam berapa ko sampai ni Sudin"

"eee...jam, ada 5 cik"

"Sudah, Aku tanya pukul berapa, tengok jam ko"

" Potong gaji ko bulan ini 2 ringgit"

"Rupanya jam Sudin takder jarum";

" Nah dua ringgit, kasi baiki jam"

"Tapi bos, tadi kata gaji potong dua ringgit"

" Potong tetap potong"

Perkataan terakhir itulah yang mengesankan saya. Sebagai seorang Bos, sepatutnya kena tegas, dan perlu ikut peraturan yang ditetapkan, tetapi dalam masa yang sama tetap jaga kebajikan anak buah.

Saya......tak tahu lah....

6 ulasan:

  1. hello boss...nak panggil boss ka nak panggil tuan nih,saudara berkemungkinan akan menjadi ketua saya suatu hari nanti.

    boss atau tuan?

    BalasPadam
  2. awang,
    nak ka dia ligan lori dengan hang?

    adi,
    masa tu dah tuan haji kot

    BalasPadam
  3. Wan,

    Dulu-dulu dok ligan beskal kot PKNK boleh, takkan ligan lori tak boleh.

    Hua..hua..hua..

    BalasPadam
  4. Kalau bos nak bertegas, kami sebagai anak buah terima jer...

    BalasPadam