As salam,
Tiga didakwa lakukan oral seks
MELAKA 19 Jan. – Tiga sahabat yang bertugas di Jabatan Perangkaan Negeri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan seks oral terhadap seorang wanita pada pertengahan tahun lalu.
Sulaiman Abdul Kadir, 30; Hezer Karsin, 25; dan Hamizan Wahit, 28, membuat pengakuan tersebut ketika pertuduhan masing-masing dibacakan secara berasingan.
Sulaiman didakwa melakukan seks oral terhadap wanita berusia 24 tahun itu di rumahnya di Rumah Awam Rumbia, dekat sini pada pukul 12.30 tengah malam, 2 Mei tahun lalu.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Al Baishah Abd. Manan membenarkan lelaki itu dibebaskan secara ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis Rumbia pada minggu pertama setiap bulan.
Di hadapan hakim yang sama, Hezer yang baru ditamatkan kontrak dengan jabatan tersebut didakwa bersubahat dengan Sulaiman melakukan perbuatan tersebut antara pukul 11.30 malam, 1 Mei dan 12.30 tengah malam, 2 Mei 2009 di tempat yang sama.
Dia dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Hezer juga didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu mencabul kehormatan mangsa pada pukul 11 malam, 1 Mei 2009 di dalam kereta jenis Proton Wira bernombor pendaftaran NBB6507 di Perindustrian Rumbia, dekat sini.
Disalin dari Utusan Online
time-time ni la cerita macam ni keluar..
BalasPadamtue la pasal,
BalasPadampasti akan ada yg lebih memalukan..
BalasPadamsampai tiga batang apa daaa...turrrr betul.isap rokok pun sebatang sebatang nih nak sumbat sampai tiga batang turrr turrr,yapurrrrr!!
BalasPadamLily,
BalasPadamTerima Kasih singgah. Memang terkadang banyak benda yang memalukan, tapi lebih malu kalau satu dunia tahu.
Awang,
BalasPadamHang pun....hat tue hang pulun la
bukan yang ni ja memalukan bila bercakap pasai melaka. Nu shah rukhan dato umbai pun kategori termalu juga tu. Jusco meletop lagi. Yang best asam pedaih ja tak malu ngaku mantopp siut.
BalasPadammemalukan mak bapak ja depa ni. org suruh mengaji ponteng kelas lompat pagaq sembunyi kat dalam belukaq. mengaji quran pun ponteng pi mandi sungai pas tu lastik buah pelam orang. bila dah besaq jadi penyagak plak.
BalasPadamWan,
BalasPadamAsam pedaih daging tetel...best ooo, lepak kat dangau makan ikan bakaq nasi lemak pun mantoppp
Pitt,
BalasPadamTue la kalau jumpa kawan-kawan kalau dari Melaka semua orang Jasin, Aloq Gajah tak pun orang Merlimau, geng yang duduk kat Melaka town semua celaru..