Pagi ini, aku bertugas di Kuala Terengganu, dan semalamnya, memang aku dah stand by kononnya dari malam bagasi di depan pintu nak keluar rumah. Kebetulan juga minggu ini, cuti sekolah, jadi anak-anak dan isteri semua posting ke kampung.
Tiket ditempah jam 8.40 pagi. Dan aku target, mesti (dibaca wajib) naik ERL dari Putrajaya selewat-lewatnya jam 7.20 pagi. Tapi nak jadikan cerita dalam blog aku ni...hehh..aku terjaga jam 6.50 pagi. Terbukak saja bijik mata, nampak kat luar dah terang benderang. Kelam kabut aku punya mandi segala.
Akhirnya terpaksalah aku panjat train jam 7.50 pagi, dan sampai tepat di depan kaunter nak daftar masuk ke kapal terbang jam 8.10 pagi.
Aku : Maaf lah, saya dah terlambat sangat dah ni (dengan muka kasihan);
Awek Kaunter : Minta maaflah Cik, ni dah 8.10 pagi, gate dah tutup...
Aku : Boleh tak nak mintak tolong?
Awek Kaunter : Cik pegi kat kaunter B19,tanya dengan Pegawai.
Aku : Terima Kasih..
Aku pun apa lagi berlarilah ke kaunter B19, buat muka seposen, dan hulur aku punya itinery tiket, dan alhamdulillah...
Cerita Dalam Tandas:
Alamak, mampus aku kali nie...macam mana boleh tak sedar diri sampai dah lewat macam nie.. takperlah, sabar dan doalah sahaja, mungkin Allah nak uji aku, sabar ke tidak, dalam kelam kabut ni, sempat ke tidak, program nak mula di Kuala T'ganu tengahari...
Takpe lah, mungkin dia ambil sesuatu dari aku untuk beri yang lebih baik untuk aku nanti. mungkin jugak akan ramai tertanya-tanya apa yang diambil dari aku pagi ini, ketenangan aku, memang rasa nak rebah pun ada mengejar masa yang ada, kalau tidak terpaksalah aku tunggu flight kemudiaan.
Samb...
Tau apa terjadi, Pegawai nie buat panggilan ke kaunter di Balai Berlepas, tanyakan boleh atau tidak lepaskan aku masuk, tanya ada tak lagi seat kosong, dan jawapannya positif...Ya Allah, leganya aku tak terhingga...
Dan yang tidak aku mimpikan...
Pergh, terkejut besaq aku. Walau macam manapun, terima kasih banyak kepada petugas-petugas di kaunter di KLIA, terutamanya para Petugas MAS. Tak pernah seumuq hidup aku dapat naik Kelas Perniagaan.
lain kali kalau ada urusan luar lagi, buat-buatlah seluloi mangkit lambat. Mana nak tau dapat sekali lagi naik dok dalam kopkit pula tehehe
BalasPadamWan,
BalasPadamNak duduk dalam Kokpit, kena belajaq bawak kapal terbang..
wah..rezeki..rezeki..tapi nak dapat rezeki can nak tercabut jantung..heheh
BalasPadamYeaahhh
BalasPadamlepas ni tak try buat jugak la...mana tau untung2 dok sebelah kapten...hahahaha
BalasPadamPitt,
BalasPadamBolehhh