Selasa, 1 Jun 2010

Temu dan Duga

Salam,

Sepanjang minggu terakhir Mei lepas, aku di tugaskan di Alor Setar untuk menemuduga ratusan calon yang mohon jawatan dengan Sektor Awam di pelbagai Jabatan yang kerjanya berkait dengan hal-hal kewangan selama hampir seminggu. Cuaca di Alor Setar memang panas, aku rasa cecah sampai 38 ke 39 darjah Celcius, memang panas, sampaikan tidur malam pun berpeluh-peluh.

Dan dalam ramai-ramai calon yang datang, ada dua tiga orang calon yang memang aku risaukan, ada yang bermadu, ada yang jadi anak bini nombor 2, ada jugak yang memang keluarganya susah sampai tak dapat nak sambung belajar, tetapi keputusan SPM & STPM dia memang best.

Calon yang datang memang lawa-lawa, kalau yang buruk-buruk pun ada, tapi bukanlah tugas aku nak pilih yang lawa atau yang buruk. Dan aku memang dah putuskan awal-awal lagi, kalau yang dah bekerja, gaji dah ribu-ribu tapi nak mohon jugak, aku tak la layan.

Ada janda lawa, yang nie pulak, umur lingkungan awal 30-an, memang comel lah, masa interview siap daring je nengok kami, sambil terteleng-teleng. Tapi setakat nie aku masih belum berjaya dicairkan. Kalau tidak mau hanyut.

Niat aku dalam hati,  seboleh-bolehnya nak tolong anak-anak orang susah, jadinya antara calon yang kami perakukan untuk lantik adalah anak orang susah tapi bijak.

Kadang-kadang tue kesian tengok calon-calon nie, yang datang tak buat persediaan, ada jugak yang sijil SPM asal dia hanyut banjir pun ada, ada yang dah seusia aku pun ada. Sekali-sekala nakal aku tanya je soalan pasal nama Y.D.P Agung, bilang berapa orang PM Malaysia, pun ada yang terkial-kial. Nampak sangat ada yang tak kena dengan Sistem Pendidikan kita hari ini, tapi bila tanya sapa menag AF7, sapa yang Mentor kepada Mentee itu, ini depa jawab dengan yakin sekali, "Terbaeek Dari Ladang" kata anak aku yang sulong.

Dan paling best, adalah sorang calon nie, nak tukar kerja (calon memang telah berkhidmat sebagai Kerani di Penang, berkahwin) mohon pada gred yang sama, dan ada degree. Aku pun heran, sapa la  lantik dia nie dulu. Isunya, dia kata dia tak fit dengan tugas sekarang sebab senang sangat kerja dia, sikit saja beban kerja dia. Pada aku pulak memang la, sebab awak ada degree, tapi nak kerja Kerani, memang la jadi lagu tue. Sambung dia lagi, laki dia nak dia kerja yang rendah-rendah, boleh balik ikut waktu tetap, tak perlu keluar bertugas diluar daerah, sebab laki nak, bila balik rumah, bini dah ada tunggu kat rumah.

Macam-macam ada....   

4 ulasan:

  1. aku kalau boleh nak kerja macam kerani atau opis boy, tapi gaji mau gaji Pengarah JPA. Boleh?
    :-)

    BalasPadam
  2. Boleh...nanti kita bela kambing mesti boleh bayaq gaji mahai punya...kah...kah

    BalasPadam
  3. Wa bos. power pnyer karangan. itu lah dugaan khidupan......

    BalasPadam
  4. Yus,

    Tq singgah. memang lah demikian itu adalah jalan-jalan yang kita kena lalu sebulum samapai ke hujung nyawa di dunia.

    BalasPadam