PEGUAM
- Aku ada berurusan dengan sebuah Firma Peguam Melayu di Precint 15 Putrajaya atas urusan pembelian hartanah. Dalam hujan lebat petang 16 Oktober 08 lalu aku dan isteri berkejar ke sana untuk menandatangani beberapa dokumen berkaitan.
- Sesampai di Pejabat, aku yang kebasahan, dijemput masuk ke bilik rundingan untuk menandatangani dokumen berkaitan. Usai sahaja urusan, kami diberikan sekeping bil yang perlu kami bayar untuk kemudahan dan khidmat yang diberikan.
- Bagaimanapun aku meminta tempoh beberapa hari sementelah pula kami dipanggil secara tergesa-gesa, lalu gagal menyediakan tunai yang mencukupi.
- Selang empat hari kemudian aku menerima satu lagi panggilan meminta aku membuat penjelasan bil berkaitan dengan kadar sesegera mungkin ditambah dengan bil baru yang diemailkan dengan peningkatan yang agak tinggi sehingga aku berkerut.
- Alasannnya,"Maaf lah Encik, kami tak semak dulu dengan Pejabat Tanah berkaitan dengan beberapa permintaan baru dari mereka yang perlu dibayar oleh Encik". Hangin satu badanlah aku.
- Petang 21/10/08, satu lagi panggilan dibuat dan aku terus sampaikan untuk diladeni isteriku. Malas aku nak melayan semua nih. Geram, marah dan nak mengamuk pun ada.
- Isu aku disini, ada dua perkara, pertamanya, setiap kali telefon aku serta merta diminta menjelaskan bil, dan kedua selaku profesional, di mana letaknya profesionalnya korang nie, ada ka pulak lepas pelanggan dah setuju, dia boleh patah balik dengan satu lagi bil lain yang lebih tinggi. Mana aci kawan.
KONTRAKTOR
- Dalam musim hujan yang menggila ni, rumah yang dah aku duduki selama lebih kurang 3 tahun mula bocor bumbungnya. Terjadi sejak lama sehingga merusuh hebat selepas sambutan Aidilfitri lalu. Pulak tue defect liability dah habis sejak tahun lalu. Aduhai...
- Jadi aku telah minta seorang kontraktor Cina yang biasa di kawasan perumahan aku. Sebutharga untuk selesaikan masalah bocor tu, aku rasa mampu buat pendahaluan untuk beli SAGA baru rasanya. Jadi aku ke pilihan kedua, dengan seorang kontraktor dari Equine Park.
- Bersama Equine aku sedikit lega sebab, beliau enggan memberikan apa-apa sebutharga selagi masalah sebenar yang menyebabkan kebocoran bumbung rumah aku, sehinggalah semakan teliti dibuat. Tapi aku minta juga anggaran kasar, dan harganya separuh dari kontraktor pertama. Leeggaaaaa rasanya.
- Jadi aku pun bersetuju dengan kotraktor kedua. Layanan dia pun bagus, rasa aku kalau Cina ni Muslim, insyaallah, selamat dia dunia akhirat. Selang 2 hari kemudian, telefon aku berdering, dan si Cina ini pun follow up dengan aku, tanyakan kalau-kalau ada masalah, dan kalau masalah semakin buruk dia bersedia bila-bila masa untuk selesaikan sebab kerja-kerja yang diaorang buat ada jaminan selama enam bulan.
SIMPULANNYA
- Aku tertanya-tanya, yang mana satukah antara kedua-dua mereka ini yang sebenarnya (Peguam & Kontraktor) yang lebih profesional. Sedang kalau ikut akal aku yang cetek nie, tentulah Peguam. PERSEPSI saja kot.
- Selalunya kita menjangkakan yang orang bertali leher, bekerja di pejabat adalah profesional, rupanya tak jugak. Sama la kot dengan Pelajar Tingkatan Dua dekat ASWARA tue..
Adi,
BalasPadamhang nak "umpan" respon aku ka?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamDak sebenaqnya aku tulis tue untuk rekod. Mana la tau lagi 10 tahun lagi benda yang aku tulih tue terbalik pulak.
BalasPadamsalam sejahtera,
BalasPadamsikap profesionalisme ada pada akal.sebab tu saudara melayakkan kontraktor cina tersebut jikalau muslim senang dunia akhirat.
dalam akalah yang melahirkan profesionalisme.
peguam?ahh...omongan.