Selasa, 14 Oktober 2008

Salam Takziah Buat Monaliza Hamzah

  1. Takziah dari keluarga saya buat keluarga Saudari Monaliza Hamzah PP(S), Jabatan Perangkaan Malaysia.
  2. Semalam, Isnin 13 Oktober 2008, jam 6 petang adalah tarikh dan waktu perginya salah seorang dari anggota yang aku anggap sebagai pegawai paling kanan aku.
  3. Memandang arwah dari tepi katil beliau di HUKM sekian detik semasa ziarah aku semalam meninggalkan kesan yang sedikit mendalam. Semalam mendapat berita sesudah usai mesyuarat Persiapan Majlis Hari Raya Jabatan, membuatkan aku sedikit berdebar.
  4. Sesudah rehat tengahari aku, bersama beberapa anggota menyusul ke HUKM sesudah Hajah Rosnah (yang aku anggap "Ibu" Monaliza sepanjang sakitnya di sana). Terlepas simpang pertama, terpaksa mengharungi macet panjang sebelum ke susur kedua, barulah sampai ke wad beliau.
  5. Sepanjang menjalankan tugasnya bersama aku, aku sentiasa merasa senang dan tidak gusar akan output beliau. Komitmen, kesungguhan dan ketelitian beliau melebihi aku sendiri yang barangkali dianggap mentornya.
  6. Al Fatihah...Moga arwah akan ditempatkan dikalangan hambanya.

4 ulasan:

  1. knp org sanjung dgn apa yg arwah buat sedangkn arwah yg meruntuhkan rumah tangga org. kalau suami anda dirampas, apa perasaan anda? seronok? kalau anak2 perempuan anda suaminya dirampas org, adakah anda bertepuk tangan seronok?

    BalasPadam
  2. hibanya hati tengok si isteri dan 7 org anak yg masih kecil keluar dr pjbt BKN, kota kinabalu beberapa tahun lepas. dek si suami gila kn arwah. tau2 arwah dah khawin dgn si suami, si isteri dpaksa cerai.

    BalasPadam
  3. entah ke mana lah agaknya si isteri dan anak2 nya nie pergi.

    BalasPadam
  4. sy tak tahu cerita sebenar. akan tetapi mengenali arwah adalah sesuatu yg menakjubkan. seorang yg lemah lembut bersopan santu baik budi pekerti. Rasanya para pria yg mengenali arwah akan lebih mengetahui.
    Mengapa perlu arwah nak merampas suami orang? Arwah mempunyai pakej yg lengkap seorang wanita. Arwah menjadi impian ramai lelaki. Tak perlu arwah tergila gila suami orang.
    Sy seorang wanita... Suami arwah pula seorang yg baik. beliau menjaga arwah yg saya kira tidak ramai suami yg sanggup menjaga arwah sedemikian.
    Jgn kita salahkan arwah. Allah sudah tentukan semuanya. Allah telah pinjamkan arwah seorang suami yg baik dan bertanggungjawab.
    Cuma saya harap suami arwah kembali kepada isteri pertama.
    Seorang lelaki boleh untuk ada 2 isteri... mengapa perlu bercerai.

    BalasPadam