Isnin, 16 November 2009

Bonus, CUEPACS dan Rakan-rakan

Salam,
Saya amat tertarik sebenarnya dengan isu yang dibangkitkan terdahulu oleh CUEPACS berkaitan dengan Bonus untuk Warga Perkhidmatan Awam semenjak sebelum dan selepas Y.A.B. PM membentangkan Bajet 2010 di Parlimen baru-baru ini.

Tertarik sebab kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat pun Alhamdulillah.

Menyusul dari laporan yang ditimbulkan di media berkenaan perkara tersebut, Saudara Omar Osman ditempelak pula oleh Y.A.B PM sebagai, "adalah tidak bermoral untuk Cuepacs menuntut sesuatu pada masa yang salah". Saya tinggalkan komen tersebut kepada anda.

Isu yang ingin saya bangkitkan adalah perkara-perkara yang ditulis dalam ruangan pembaca di suratkhabar yang saling tempelak menempelak antara pekerja di sektor Swasta dan juga Sektor Awam. Sesetengahnya saya sangat setuju bahawa kerja di Perkhidmatan Awam sangat stabil, dari segi kewangan dan juga beberapa kemudahan lainnya.

Di sektor Swasta, memang satu ketika sekitar awal 80-an dan awal 90-an, pendapatan yang diperoleh oleh kawan-kawan di sektor ini adalah tinggi berbanding dengan sektor awam. Tetapi kini, Sektor Awam menawarkan gaji yang lebih baik berbanding dengan Sektor Swasta.

Sebenarnya dalam kita tidak sedar, sebenarnya kita sangat beruntung berbanding dengan rakan-rakan di swasta walaupun kita tidak menerima BONUS seperti mana kawan-kawan di swasta. Mereka yang menerima bonus yang tinggi (contoh; Petronas pada tahun 2009, membayar sehingga 3 Bulan Bonus tetapi, pendapatan itu perlu di asingkan demi masa depan anggota selepas tidak bekerja atau dibuang kerja pada suatu masa nanti).

Walaupun kini, saya di Jabatan Perangkaan, memang secara aktif melaksanakan Urusan Tatatertib dan Jabatan juga telah mengambil tindakan Buang Kerja (hukuman tertinggi), tetapi bagi sesetengah anggota yang lemah prestasinya masih diberikan peluang untuk kekal di dalam perkhidmatan.

Berlainan dengan Sektor Swasta, Bonus dibayar kepada anggotanya adalah mengikut klasifikasi yang dibahagi kepada Amat Cemerlang (mungkin 6@7 bulan bonus), Cemerlang (3@4 bulan bonus) dan yang biasa-biasa (1@1/2 bulan bonus).

Dalam Sistem Awam kini, semua anggota jika diberikan bonus maka akan menerimanya secara sama rata, tidak terkecuali bagi yang sering mengulor..

Lalu ...Tepuk Dada Tanyalah Selera, adakah kita layak atau tidak menerima Bonus....

6 ulasan:

  1. hang la nih bersembang macam presiden belia 4B kahkahkah rambut belah tengah ka belah tepi taruh jel tak?spek mata tebal mcm ahmad shahizam ka la nih hang pakai kahkahkah.
    belia 4B,belia bawa beliawanis berkelah kahkahkah...
    dalam filem do re mi pun ada bonus boss bagi bonus kahkahkah...
    hang dok bgh tatatertib ank buah hang yang mengulor ka mtuang keje ka hang tibai dgn rotan kat pungkog,besaa tuu...kahkahkah.
    senang2 hang buang ja depa.apa depa ingat nih kompeni kilang sardin ka kahkahkah.mokalo depa pasang loyar kita ambik karpal singh kahkahkah...
    nak bonus tiap2 tahun apa depa ingat gomen cetak duit kat mak mandim ka kahkahkah...banyak benda lagi gomen nak buat beli yang tuh yang nih upgrade gaji menteri jusa2 ppttdd,hah yg sokong kat bawah sokong baik2 jgn dok perebeh kahkahkah...
    pa punyaaa turrr depa nih kan?tepuk dahi tengok telog kahakahkahkah...
    hang betoi2 mcm presiden 4b kahkahkah.

    BalasPadam
  2. awang,
    presiden 4b bukan menteri ka menteri luaq yang kena reject kahkahkahkah la ni puteri pula 4b kahkahkah belia bawa beliawanis kahkahkah ooo tang bonus tak bermoral lah hapa lah, tang penaik gaji depa takpa tang penaik gaji jusa takpa kahkahkah boh boh lagilah kahkahkah ooo tang minta bonus sikit berdosa tak bermoral padahal keja 13 bulan setaun kahkahkahkah ooo salah tak bermoral oii awang tang rabarababontot bermoral pula kahkahkahakahakkahakkahakkahak kita ni seminggu 8 hari kena pebodo

    BalasPadam
  3. oitt oittt apa nih benua hang dok kutuk2 apa nih satnih aku bagi nama hang kat pengawas baru tau haa...biag cikgu rozaidi ambik tindakan tatatertib hah.amboiii besaaaa tuhh.kahkahkahkahkah.
    benuasuluk hang rambut tak belah tangah kah?

    BalasPadam
  4. Awang,

    Tak tau la depa nie. Kita takat la jadi timun lagi, mujuq timun ada tangan dengan kaki.

    Wan,

    Raba bontot botoi pun tak boleh jugak, sat gi Cikgu Nasir ajak bertumbok pulak.

    Pas kat aku no hampa dua orang. Sim Card aku rosak baru-baru nie.

    BalasPadam
  5. adi,
    1. sebenarnya kita bekerja 13 bulan, so patutnya majikan kena la bayar gaji bulan ke 13 tu.
    2. bonus adalah hak majikan.
    3. kalau dapat bonus, boleh la kita tambah simpanan, kuasa beli bertambah.
    3. bonus ni macam reward system la.
    4. majikan saya beri bonus berdasarkan kpi...kalau tahap dewa dapat la 4 bulan...

    BalasPadam
  6. Pit,

    Kerajaan (JPA) belum sedia nak bincang pasal bayaq gaji 2 minggu sekali. Kalau tidak kena bayaq 50 kali setahun.

    Satu lagi, memang sepatutnya Kaedah KPI diguna pakai, kalau anda exelent, dapat la 4 bulan. Baru la betui dak.

    BalasPadam