Rabu, 11 November 2009

Careffour Alamanda

Salam,

Ahad 8 November lepas, selepas 4 hari di Melaka, urusan perkahwinan adik ipar, kembalilah saya sekeluarga ke Putrajaya.

Esoknya, saya yang masih bercuti, menyemak stok dan membuat keputusan ke Careffour Alamanda Putrajaya untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan lauk memasak.

Seperkara yang membuatkan saya ke sana cuma kerana malas hendak keluar jauh sedikit ke Bangi. Walaupun sering saya terima maklum balas dan email yang bercerita tentang apa yang sering kali berlaku di semua Pasaraya Besar (Giant/ Tesco).

Antara barang yang saya ambil tentunya untuk anak-anak, susu dan lampin pakai buang. Tetapi, saya juga dengan sengaja mengambil gambar Tag Harga Susu Dugro 6+, yang bertandakan harga RM19.00.

Selesai mengisi apa yang patut ke dalam troli, saya dan isteri terus ke kaunter bayaran. Memang sebelum ke kaunter, saya telah pun imbas harga susu tadi. Dan harganya bukanlah RM 19, tetapi RM 22.30. Bila susu tersebut di imbas, harganya memang RM 22.30. Lalu saya pun tanyakan kepada petugas kaunter, yang kemudiaan mengarahkan saya ke kaunter Khidmat Pelanggannya.

Tiba disini, lalu saya pun buat hal, (dengan sengaja) dan si petugas mula kelam kabut. Ditambah bukti di telefon, si petugas yang dalam perkiraan saya masih se awal 20an kelihatan cemas dan tertekan.

Tujuan saya bukanlah hendak menuntut baki wang saya tadi, sebaliknya cuma ingin memberikan pengajaran kepada petugas dan semua rakan-rakan beliau tadi supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memantau tanda harga yang diselitkan di rak pameran. Moga perkara ini nanti disampaikan kepada Pihak Pengurusannya.

Rasa puas, sebab selama ini saya selaku Penjawat Awam sering membaca berkenaan dengan kesilapan-kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh penjawat awam yang dilemparkan berbagai tuduhan. Kini terbukti yang di pihak sebelah juga sering berlaku kesilapan sebenarnya.

Dan posting kali ini bukanlah hendak memburukkan mana-mana pihak sebaliknya hanya ingin memberitahu, bahawa semua orang membuat kesilapan, jadi janganlah kita menuding jari sebarangan, dan menganggap yang kitalah sahaja yang sentiasa betul dan sempurna.

Jangan lah lagi kita nanyikan lagu "Bangau Oh Bangau".

4 ulasan:

  1. nak dugro plus dumex di 99 speed mart lebih murah.tempat lain harga mahal.bab susu tepung budak nih makin potong berat gram makin naik harga(pada zahirnya dia turunkan harga)tak habis nak perbodohkan bapa budak dgn mak budak.
    isu perkhidmatan yang tak cekap di sektor awam isu lapuk yang kini hampir 90peratus jabatan kerajaan terutama perkhidmatan kaunter telah memberikan layanan dan servis yang tip top.
    sebaliknya perkhidmatan syarikat swasta tak kiralah syarikat apa pun termasuk institusi kewangan servisnya terbalik macam servis sektor awam di tahun 80an.
    pengajarannya muhasabahkan lah diri kita selalu jangan asyik tahu nak buat aduan tak memasal,kalau dapat ketua macam tuan adiratno oklah kan mokalo kata dapat mcm tuan.... hah mampus anak buah kena titik.

    BalasPadam
  2. Tuan Awang,

    Hang la cakap macam Tuan D.O. Port Klang la...

    BalasPadam
  3. Ish dh dua entry bab salah ni. Sapa yang bersalah ni sebenarnya ni?..cam ader isu lain jer ni...kuang kuang kuang

    BalasPadam