Salam,
Dalam posting ini saya ingin bercerita tentang silam saya, semenjak usia silam dan usia kini. Memang terdapat perbezaan umur dulu dan kini, tapi tetap ada perkara yang mendorong saya dalam membuat keputusan yang kemudiaannya terbukti salah, dan pada ketika lain terbukti betul.
Terkadang apabila keputusan nak dibuat saya kurang mengambil kira fakta sebelum keputusan dibuat, sebaliknya hanya berpandukan kepercayaan dan gerak hati semata-mata, dan terbukti keputusan itu tepat, dan kadang kala gagal sepenuhnya.
Keputusan Salah I
Usia saya sekitar 17 tahun, semasa mengisi borang menduduki peperiksaan SPM, seingat saya, cuma dua orang dari rakan sekelas dan rakan Tingkatan 5 dari 4 buah kelas yang bersama-sama saya. Saya sewaktu itu, di Kelas Sastera Tulen, telah mengambil keputusan untuk mengambil hanya 7 Matapelajaran sahaja, antaranya Bahasa Melayu, Sastera Melayu, Sains, Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris dan menolak menduduki kertas Lukisan dan tentunya Geografi.
Bodoh rasanya kini, bila saya mengenangkan silam itu. Pada ketika itu, hanya bersandarkan perasaan yakin tak betempat yang melampau, di tambah kenakalan jiwa remaja watu itu, saya telah tertewas akhirnya. Menyesal...memang lah menyesal apa yang berlaku, memang menitis air mata mengenangkan semua itu, tapi .....
Keputusan Betul I
Saya meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam di SMDSO, Alor Setar. Perit dan pedih tetapi gembira dengan suasana ketika itu. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga dengan 5 prinsipal....Tetapi....
Keputusan Salah II
Setelah semua kawan-kawan mendapat tawaran ke Menara masing-masing saya masih ternanti-nanti surat tawaran dan sangat berharap dapat bersama-sama yang lain-lain ke Menara pilihan. Salah saya adalah juga kerana melampau yakin akan keputusan STPM saya akan membawa saya kepada Kursus Perguruan, sedangkan sepatutnya saya mohon untuk kursus yang biasa-biasa sahaja...
Keputusan Betul II
Selepas sekian lama bersama Ayah, membantu apa yang perlu di Pasar Mergong, Alor Setar, saya telah terima tawaran di Sekolah Menengah Nashriah (Swasta) untuk mengajar Ekonomi Asas bagi pelajar SPM pada tahun tersebut, sekitar penghujung 1995. Sekali, lagi saya majukan permohonan ke UUM, menggunakan keputusan STPM terdahulu. Ada suara menolak sebenarnya dari Pengetua Sekolah yang memujuk saya untuk kekal di Sekolah. Namun dengan desakan naluri dan juga keinginan dalam diri, saya tetapkan juga hati...Alhamdulillah akhirnya diterima ke UUM.
Keputusan Betul Terbaru
Jumaat lepas, setelah berpanjangan demam anak saya yang sulung, dengan hampir keseluruhan minggu, gagal ke sekolah akibat demamnya (alhamdulillah tak menjangkiti adik-adiknya), dan setelah berbotol NUROFEN, Aina telah mula muak dan enggan lagi menelan apa-apa ubat. Panas yang melampui 38c, memang amat menakutkan saya dan isteri, ditambah dengan demam berpanjangannya.
Akhirnya keputusan dibuat, bawa Aina ke hospital, dan diberikan suntikan air. Keputusan dari yang dilayangkan Doktor, buatkan saya dan isteri menggigil, kata Doktor, "Saya suspek pesakit sedang diserang Denggi", " Saya nasihatkan, anak awak ditahan untuk pemantauan lanjut, sampael darahnya akan diambil 3 kali sehari untuk memantu platelet dan kandungan sel putihnya".
Terbelalak mata saya dan isteri, memikirkan yang si sulung ini juga memang ada sejarah demamnya yang sedemikian.
Nekad mengambil keputusan menunggu dulu, saya membawanya pulang, pada Sabtu keesokkannya dengan hanya Harga RM 8.60, sekotak ubat dari Kedai Ubat Cina, si sulong sedikit-sedikit semakin ceria dan beraksi seperti sedia kala...
Demikian lah, sepanjang masa kehidupan pendek saya ini, penuh dengan ranjau dan tanah berpijak yang keras, yang telah mengeraskan tapak kaki dan peribadi saya...
Isk..isk..biasa la tu bos. Manusia mana tak buat silap..kalu tak nanti jadi tak sedar diri atau tak tau nak bersyukor plak..hahaha. Kalu dah buat keputusan tu, kita tawakal lah pada Allah..betul atau tak..hanya Allah yang tentukan dan ada sebab jadi betul dan ada sebab jadi salah. Kalu tak la ni En Adi tak jadi bos saya..
BalasPadamadi, buat keputusan yg salah tu biasa la. tapi bukan untuk kali kedua. macamana anak2? cepat sembuh nooo...ada masa singgah la kat rumah kami di kampung presint 14.
BalasPadamDiana,
BalasPadamMemang la, kata orang kalau tak pernah silap, maknanya menipu la, tapi kalau cakap dia ja selalu betul pun salah jugak.
Pit,
BalasPadamAnak-anak alhamdulillah, semua sihat. Nanti kami pie, dari lepas raya sampai dah nak masuk raya Haji pulak dah tak dan lagi...
patut crita juga kat nasriah tu apa nama cikgu ntah masuk mengajaq dalam kelas tak bubuh zip seluaq hang ingat dak cikgu mana aku dengaq-dengaq ja waktu tu aku jual buah dengan ayaq lengkong kat situ kahkahkahkah
BalasPadamhang jangan pula mengajaq tak bubuh zip seluaq wan,nanti kan ka bebudak dok pelekoh hang depa nak sunat hang sekali lagi sebab terlebih isi anuuu apa anuu kahkahkahkah..
BalasPadamsalah silap tuh perkara biasalah kita nih suka buat silap pikir tak panjang tapi kita jangan sembunyikan kesilapan kita untuk menutup kesalahan di atas kesilapan kita itu ternyata tak berintergriti.
Wan,
BalasPadamTue zaman jahiliah
Awang,
BalasPadamHAng la bercakap macam PM kesepuloh dari Kedah...