Jumaat, 30 Disember 2011

Tahun Mendatang

Salam,

Lama tak update, namun bukanlah lama tidak menjenguk ke sini.

Semalam hari baru aku di Bangunan dan Kompleks yang ternyata baru buat aku di Putrajaya ini. Alhamdulillah rezeki yang melimpah ruah dari Allah SWT. Ya Allah Maha Besar.

Berkat doa ramai di sekeliling aku mebuahkan keyakinan, akan apa yang bakal aku tempuhi pada tahun mendatang. Moga Allah akan terus meberikan petunjuk buat aku melangkah dengan penuh yakin dan dengan penuh kematangan.

Buat sesiapa rakan yang singgah atau tersinggah ke sini, Aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menempuh Pengalaman Baru dan sabar menantikan dengan tenang apa yang bakal kita semua tempuhi tahun 2012 akan datang.

Wasalam.

Sabtu, 12 November 2011

Dari INTAN Sabah

Salam,

Letih, meninjau semula 4 hari berkampung di INTAN Sabah, tanpa kaki. Maksudnya, tiada kawan-kawan yang boleh membantu (nak ke KK, atau minum di mana-mana kedai mamak berdekatan), siang dan malam di dalam kelas, memastikan senarai semak Audit, dan juga berkursus di sini siap lengkap.

Memang menguji benar, sementelah lagi Si Isteri masih berpantang, terpaksa aku tinggalkan di Putrajaya bersama-sama Puteri-puteri dan Putera-putera yang menjadi Belaian Jiwa ku. Nasib dan rezeki Insyaallah ada di mana-mana, lalu aku sentiasa menyerahkan segala kepada Nya, setelah melaksanakan usaha semampu yang boleh.

Dan hari ini selesai sudah segalanya, dan berjaya juga aku balik ke Semenanjung pada hari Sabtu nan indah ini.

Selamat Tinggal INTAN Sabah.

Selasa, 8 November 2011

Adiladha dan Trafik

Salam,

Letih tak habis, pagi ni naik je pejabat, tetiba kena wakilkan Bos ke mesyuarat.

Semalam, ambil mas 3 jam dari Melaka balik ke Putrajaya. Macam biasa, trafik selepas jam 5.30 petang, Lebuhraya PLUS, sesak, kenderaan bergerak perlahan-lahan.



Dalam masa yang sama anak yang sulung pulak, demam, si Abang pulak muntah dalam kereta, si Angah pulak nak kencing, nak masuk ke Rehat dan Rawat punya la seksa. Dah nak kencing pun terpaksa beratur sepanjang-panjang tidak.

Pergh, apa la punya mabuk. Sampai rumah aku pun dah lembik, nasib baik awal jugak sampai, lebih kurang jam 9 malam. Esok nak terbang pulak ke Sabah.

Demikian lah hidup, nak pulak bila dah ber enam. Syukur Alhamdulillah.

Selasa, 1 November 2011

Bukak Tirai

Salam,

Demikian lama tak menulis, hanya selalu menjenguk ke sini, dan follow link yang ada ke lain-lain kawan-kawan yang menulis.

Banyak yang berlaku sepanjang senyap saya dari menulis, dari kes tertipu, menyaksikan oarang tertipu, Pembantu Rumah lari, menerima kehadiran anakanda baru, sampailah dah menghampiri hujung tahun.

Akan saya tulis nanti.

Sekian dulu, buat permulaan.

Khamis, 25 Ogos 2011

Selamat Hari Raya




Salam,

Hari ni hari terakhir, bekerja dalam bulan Ogos, Esok dah mula cuti panjang, makan dekat 11 hari jugak, dan seperti biasa perjanjian 10 tahun lampau, sebelum janji diikat sempurna, maka Hari Raya tahun ini disambut di Utara dulu.

Tapi, tetap akan balik ke Kg. isteri, sebab manusia berpegang pada janji, maka kerbau pula dipegang tali.

Untuk itu, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA...


Bagi yang melaksanakan perjalanan menggunakan kenderan, berhati-hati dan sentiasa sabar, sabar, sabarlah sebanyak yang mungkin.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Muslim dan Ramadan

Salam,

Hangin satu badan aku, kalu betul la fakta dia betul, seperti di sini.


PEGAWAI JAIS dan  polis memeriksa Dewan DMC di Seksyen 13, Petaling Jaya didakwa menyebarkan agama Kristian melalui seminar dan ceramah kepada orang Islam, malam semalam.
(ihsan Berita Harian Online)

Salah seorang suspek yang ditahan cakap, "Saya ada masalah kewangan, dah lama dah kumpulan ini tolong saya selesaikan masalah kewangan saya, syaratnya, saya minum air yang diberi di Gereja dan ikut ativiti diaorang buat".

Ini, yang menginagtkan aku balik  cerita lama yang aku pernah baca dan pernah dengar dari Ustaz masa sekolah dulu, " Kita kalau orang Melayu (Islam), nie yang susah, ada group tertentu yang akan aproach dan lama-lama, kita akan bencikan Islam, sebab semua saudara Islam yang lain-lain tak nak tolong" (tapi ramai yang tolong kutuk, sumpah dan seranah).

Salam Ramadhan semua.


Khamis, 28 Julai 2011

Selamat mengaum HARIMAU MALAYA

Salam,

Lama sangat saya tak post apa-apa disini. Sebab banyak sangat yang berlaku dalam masa sebulan lepas.
Cuma malam ini, saya berharap HARIMAU MALAYA akan mengaum di Bukit Jalil. Kasi ratah itu Singa....

Chaow

Khamis, 30 Jun 2011

Nilai Blog Anda

Salam,

Sesaje nakal, kalau ada yang berminat nak tengok nilai blog masing-masing....boleh belek di bawah..

http://bizinformation.com.my/

Chow..

Selasa, 28 Jun 2011

Santapan Jiwa yang Hidup

Diriwayatkan bahawa Raja Rom menulis surat kepada Mu'awiyah bin Abi Sufyan yang dibawa oleh seorang utusan.

Isi surat tersebut adalah seperti berikut:

      Beritahu kepada ku tentang,
  1. Sesuatu yang tidak ada kiblatnya ,
  2. Orang yang tidak punya ayah,
  3. Orang yang tidak punyai ibu-bapa
  4. Dan orang yang tiada kubur nya.
  5. Tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim
  6. Sesuatu, setengahnya dan yang tidak terkira.
  7. Apakah sumber dari segala sesuatu.


    Mu'awiyah r.a. kemudian mengirimkan surat dan botol tersebut kepada Abdullah Ibnu Abbas r.a., pakar dan tokoh ulama fiqh agar menjawab surat itu.

    Ibnu Abbas r.a. menjawab seperti berikut:
    1. Yang tidak punya kiblat adalah Ka'bah.
    2. Yang tidak punya Ayah adalah Isa a.s.
    3. Yang tidak punya ibu-bapa ialah Adam a.s.
    4. Yang tidak mempunyai kubur ialah Yunus a.s. yang ditelan oleh ikan nun.
    5. Adapun tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim ialah domba Nabi Ibrahim a.s., unta betina Nabi Saleh as., dan ular Nabi Musa a.s.
    6. Adapun sumber dari segala 'sesuatu' itu ialah orang berakal yang menggunakan akalnya.
    7. Adapun separuh dari sesuatu ialah orang yang tidak berakal tetapi mengikuti pendapat orang-orang yang berakal.
    8. Adapun yang tidak terkira ialah orang yang tidak berakal dan tidak mahu mengikuti fikiran orang-orang yang berakal.
    9. Kemudian, beliau mengisi botol sehingga penuh dengan air dan berkata,
      "Air adalah sumber dari segala sesuatu."
      Surat jawapan Mu'awiyah dikirimkan kepada Raja Rom yang kagum dengan jawapan-jawapan Abdullah Ibnu Abbas .


Jumaat, 17 Jun 2011

Selamat Hari BAPA

Salam,

Selamat Hari Bapa buat semua.

Samada Ayah, Papa, Daddy, Walid...Abah atau Aba..

Benar, seorang Ayah sentiasa berani dan sanggup menggadaikan nyawanya untuk MELINDUNGI anak-anaknya...

Along, Angah, Bang Chik and BABY...Ayah sayang semua...

Rabu, 6 April 2011

Jangan Buat Lagu Niii

Salam,

Saja nak share,  untuk keselamatan sila pastikan begini bila di ATM.....



Kah..kah..kah.. Yang penting pasangan ini tak tengok filem lucah....

Ahad, 3 April 2011

Bela Anak Macam Anjing


Salam,

Nak marah nie, Jumaat Malam lepas aku ke Alamanda Putrajaya,...macam biasa ramai orang,sebab esoknya Sabtu, cuti..

Dalam berjalan-jalan (mengejor sebenarnya) dengan anak jantan aku  Muhaimin, terjumpa aku dengan sorang Mama.....

(Lebih Kurang Begini le)
Anaknya lelaki, lingkungan umur sebaya dengan anak aku,   bertudung lengkap, berbaju kurung sopan sungguh, tapi tengah pegang tali bag monyet yang anak dia dok galas. 


Kesian aku tengokkan budak tue, dah macam anjing peliharaan pulak....


GERAMMM betui. 



Jumaat, 25 Mac 2011

Telefon Precint 8

Salam,

Lokasi di Pusat Kejiranan, Precint 8, Putrajaya.

Kesian aku tengok rupa bentuk telefon ni. Sampai patah riuk begini jadinya. Nak tengok lagi dekat.

  Memanglah sekarang, budak sekolah pun dah ada yang bawak telefon tangan ke sekolah, tapi telefon ini masih harta awam. Mana punya kesedaran sivik depa letak pun aku tak tau.

Jika  ada kecemasan, kredit telefon dah surut, ha macam mana. Dan yang paling tak dapat nak terima telefon nie di Putrajaya. Imej penghuni nya yang majoriti adalah Penjawat Awam pun turut terlihat dari segi ini. So, bagi yang baca blog ni, ha pikirlah sendiri.

Wallah hualam.

Selasa, 22 Mac 2011

Jangan Kaitkan Aku Dengan Daphne Iking


Salam,

Wah... baca surat kabaq minggu lepaih, ada isu Daphne Iking. Dan aku pun memang dah lama jugak minat dengan dia. Masa dia jadi Pengacara Explorace dulu.

Saja ja, posting nih aku tulih macam tue, bukan apa, ada isu, dia tengah sibuk di Mahkamah, pasal  darah O+ la, apa la....

Jadi kesimpulannya, tak da apa pun. Sebenaqnya aku punya darah jenis O+, bila belek-belek fail-fail lama yang dok simpan, terjumpa semula kad Pathlab yang mengesahkan aku punya darah jenis O+.

Moga beliau berbahagia di samping suami dan moga suaminya kini akan dapat membimbing Daphne hingga menjadi Muslimah yang akan menyumbang kearah kebaikan keseluruhan umat.

Insyaallah.

Khamis, 17 Mac 2011

Bawak Basikal Ke Pejabat

Salam,

Saja nak postkan gambaq nie, pemilik Parking kenderaan ini di sudut masuk ke pintu lif utama.

Siapa pemiliknya?

Diana, Sipul, Zalita, Sab....tolong jawabkan saya.....

Isnin, 14 Mac 2011

Yang Selalu Saya Baca

Salam,

Posting ni aku khaskan sengaja untuk kongsi blog-blog yang selalu aku jengah dan  lawat. Banyak dan berbagai genre, antaranya Kereta Mayat (logonya aku copy dari blog Kereta Mayat, minta izin),  membawa isu kontemporari berkaitan Agama.


Dan juga seronok menjengah Blog  Saudara Aidit , dekat sini boleh layan apa sebenarnya isu-isu MLM, kaedah-kaedah, ciri-ciri penipuan yang Group MLM buat untuk menipu kita. Selain dari blog Saudara Mazidul 999.

Dan kadang-kadang mejengah ke Tube Lawak, melayan video-video lawak. Sekali-sekala ke Telor Dibasuh, juga blog yang bahan-bahannya meringankan sikit kepala otak aku.

Dan selalu jugak ke blog, bincang pasal Kereta Proton, Funtustikodesign, blog yang banyak grafik dan artikel bercerita pasal Kereta Proton.

Ha, kalau ada sesiapa yang rasa nak baca dan nak tengok bagaimana diaorang  berfikir, atau nak belajar benda-benda baru bolehlah ikut link yang dah aku letakkan dalam posting ini.

Selamat membaca.

Khamis, 3 Mac 2011

Maybank 2U Tipuuuu

Salam,

Dah dua kali terima emel ini dari celaka mana tah...bodoh betul..



Boleh tengok DI SINI, kalau sesiapa nak coba pun boleh, masukkan saja nama samaran pastu masukkan kata laluan suka hati..bila dah login nanti, dia akan minta kita verify, masukkan emel, tapi bila kita nak semak lain-lain macam HOME, nanti tunggu lah sampai esok pun tak dapat masuk page tu.

Bagi yang diluar sana berhati-hati, tengok sahaja alamat web dia pun dah memang mengarut, so jangan sapa-sapa gatai nak try pulak. Dan jangan reply apa-apa melalui emel.

Salam

Selasa, 1 Mac 2011

Perangai Rakyat Malaysia



Salam,

Dah memang jadi perangai Manusia atau perangai Malaysian kot....dah hujung-hujung waktu barulah kelam kabut segala nak beratur nak bayar SAMAN.

(gambar dari  Image)




Aku gelihati, marah dan rasa bodoh pun ya jugak, bila dah terpaksa last minit baru kelam kabut, pastu salahkan semua orang keliling. Marahkan Pos Malaysia, marahkan Polis. Siap ada yang komen, antaranya "Kerajaan patut sediakan kaedah pembayaran secara online" (padahal My EG dah lama dah ada), "Sepatutnya Polis sediakan lebih banyak kaunter, sebab hari ini hari terakhir untuk diskaun saman", "sepatutnya...sepatutnya....bla...bla...bla... bangap 


Apa daaa.....

Nasi Lemak Bungkus


Salam,

Saja nak kongsi. Pagi tadi salah seorang Anggota, hantar nasi lemak....

Anggota nie nak kongsikan kegembiraan, pasal rasa aku dah lima tahun dah di kahwin, dan baru-baru ni dia dah disahkan sedang mengandung sulong.

Aku tumpang gembira, sebab..."Dulu dia kat satu unit lain, rasanya sebabkan stress dengan Ketua Unit dia mungkin (ini cuma anggapan aku sahaja) jadi tak mengandung-mengandung. Hujung tahun 2010, kami buat rombakan sikit, buat Job Rotation, walaupun mulanya ramai yang tak setuju, pasang kabel bagai, akhirnya reda jugak.

Dan aku aku rasa faktor kesuburan Wanita dan lelaki sebenarnya terletak dekat perasaan kita. Lihat kat kampung-kampung...kurang stress, banyak anaknya...

Betul ke?

Ahad, 27 Februari 2011

Salam 2011

Salam,

Lama betul tak menulis, bukan kekurangan masa, bukan juga kekurangan benda yang nak dikongsi, tapi sibuk dengan perkara-perkara harian lain.

Tahun ini, Anak kedua aku dah masuk Sekolah, Darjah 1, maknanya, dah dua orang di Sekolah, tinggal yang bongsu sahaja di rumah dengan Bibiknya.

Dalam masa yang sama jugak Ummi sedang menyambung pengajian ke MBAnya. Sekian punya sibuk dengan assignment, presentation dia. Kesian dok tengok. Tue yang buat aku dah naik fed-up nak mohon HLP lagi. lagi pulak dah kali ketiga mohon dulu.

Takperlah, kata Ummi, "salah seorang Pensyarahnya, "If you are damn good, they will break the rules for you"...