Jumaat, 25 Mac 2011

Telefon Precint 8

Salam,

Lokasi di Pusat Kejiranan, Precint 8, Putrajaya.

Kesian aku tengok rupa bentuk telefon ni. Sampai patah riuk begini jadinya. Nak tengok lagi dekat.

  Memanglah sekarang, budak sekolah pun dah ada yang bawak telefon tangan ke sekolah, tapi telefon ini masih harta awam. Mana punya kesedaran sivik depa letak pun aku tak tau.

Jika  ada kecemasan, kredit telefon dah surut, ha macam mana. Dan yang paling tak dapat nak terima telefon nie di Putrajaya. Imej penghuni nya yang majoriti adalah Penjawat Awam pun turut terlihat dari segi ini. So, bagi yang baca blog ni, ha pikirlah sendiri.

Wallah hualam.

Selasa, 22 Mac 2011

Jangan Kaitkan Aku Dengan Daphne Iking


Salam,

Wah... baca surat kabaq minggu lepaih, ada isu Daphne Iking. Dan aku pun memang dah lama jugak minat dengan dia. Masa dia jadi Pengacara Explorace dulu.

Saja ja, posting nih aku tulih macam tue, bukan apa, ada isu, dia tengah sibuk di Mahkamah, pasal  darah O+ la, apa la....

Jadi kesimpulannya, tak da apa pun. Sebenaqnya aku punya darah jenis O+, bila belek-belek fail-fail lama yang dok simpan, terjumpa semula kad Pathlab yang mengesahkan aku punya darah jenis O+.

Moga beliau berbahagia di samping suami dan moga suaminya kini akan dapat membimbing Daphne hingga menjadi Muslimah yang akan menyumbang kearah kebaikan keseluruhan umat.

Insyaallah.

Khamis, 17 Mac 2011

Bawak Basikal Ke Pejabat

Salam,

Saja nak postkan gambaq nie, pemilik Parking kenderaan ini di sudut masuk ke pintu lif utama.

Siapa pemiliknya?

Diana, Sipul, Zalita, Sab....tolong jawabkan saya.....

Isnin, 14 Mac 2011

Yang Selalu Saya Baca

Salam,

Posting ni aku khaskan sengaja untuk kongsi blog-blog yang selalu aku jengah dan  lawat. Banyak dan berbagai genre, antaranya Kereta Mayat (logonya aku copy dari blog Kereta Mayat, minta izin),  membawa isu kontemporari berkaitan Agama.


Dan juga seronok menjengah Blog  Saudara Aidit , dekat sini boleh layan apa sebenarnya isu-isu MLM, kaedah-kaedah, ciri-ciri penipuan yang Group MLM buat untuk menipu kita. Selain dari blog Saudara Mazidul 999.

Dan kadang-kadang mejengah ke Tube Lawak, melayan video-video lawak. Sekali-sekala ke Telor Dibasuh, juga blog yang bahan-bahannya meringankan sikit kepala otak aku.

Dan selalu jugak ke blog, bincang pasal Kereta Proton, Funtustikodesign, blog yang banyak grafik dan artikel bercerita pasal Kereta Proton.

Ha, kalau ada sesiapa yang rasa nak baca dan nak tengok bagaimana diaorang  berfikir, atau nak belajar benda-benda baru bolehlah ikut link yang dah aku letakkan dalam posting ini.

Selamat membaca.

Khamis, 3 Mac 2011

Maybank 2U Tipuuuu

Salam,

Dah dua kali terima emel ini dari celaka mana tah...bodoh betul..



Boleh tengok DI SINI, kalau sesiapa nak coba pun boleh, masukkan saja nama samaran pastu masukkan kata laluan suka hati..bila dah login nanti, dia akan minta kita verify, masukkan emel, tapi bila kita nak semak lain-lain macam HOME, nanti tunggu lah sampai esok pun tak dapat masuk page tu.

Bagi yang diluar sana berhati-hati, tengok sahaja alamat web dia pun dah memang mengarut, so jangan sapa-sapa gatai nak try pulak. Dan jangan reply apa-apa melalui emel.

Salam

Selasa, 1 Mac 2011

Perangai Rakyat Malaysia



Salam,

Dah memang jadi perangai Manusia atau perangai Malaysian kot....dah hujung-hujung waktu barulah kelam kabut segala nak beratur nak bayar SAMAN.

(gambar dari  Image)




Aku gelihati, marah dan rasa bodoh pun ya jugak, bila dah terpaksa last minit baru kelam kabut, pastu salahkan semua orang keliling. Marahkan Pos Malaysia, marahkan Polis. Siap ada yang komen, antaranya "Kerajaan patut sediakan kaedah pembayaran secara online" (padahal My EG dah lama dah ada), "Sepatutnya Polis sediakan lebih banyak kaunter, sebab hari ini hari terakhir untuk diskaun saman", "sepatutnya...sepatutnya....bla...bla...bla... bangap 


Apa daaa.....

Nasi Lemak Bungkus


Salam,

Saja nak kongsi. Pagi tadi salah seorang Anggota, hantar nasi lemak....

Anggota nie nak kongsikan kegembiraan, pasal rasa aku dah lima tahun dah di kahwin, dan baru-baru ni dia dah disahkan sedang mengandung sulong.

Aku tumpang gembira, sebab..."Dulu dia kat satu unit lain, rasanya sebabkan stress dengan Ketua Unit dia mungkin (ini cuma anggapan aku sahaja) jadi tak mengandung-mengandung. Hujung tahun 2010, kami buat rombakan sikit, buat Job Rotation, walaupun mulanya ramai yang tak setuju, pasang kabel bagai, akhirnya reda jugak.

Dan aku aku rasa faktor kesuburan Wanita dan lelaki sebenarnya terletak dekat perasaan kita. Lihat kat kampung-kampung...kurang stress, banyak anaknya...

Betul ke?