Jumaat, 26 Disember 2008

catatan rusuh dari benua sunyi

catatan rusuh dari benua sunyi

Last Kopek

  1. Rasanya nie adalah last posting aku untuk tahun 2008. Banyak kenangan yang akan aku tinggalkan kat blog nie, yang aku rasa nanti dapat recall balik bila masuk tahun depan. sebenaqnya juga, hari ini merupakan hari akhir aku bekerja untuk tahun 2008 di pejabat, sebab esok adalah hari perjalanan pulang ke Aloq Setaq. Nasib baiklah lah bos lepaskan aku cuti, kalau tidak sedih la jugak, sebab rasanya nanti tahun depan ketat saja aku punya jadual, susah nak cuti.
  2. Hari nie jugak adalah hari aman aku sebab, rasanya banyak yang dah bercuti untuk habiskan cuti tahunan masing-masing, so takde lah sangat telepon aku berbunyi, bos cari atau lain-lain benda meraban yang kadang-kadang aku pun tak tau nak jawabkan.
  3. Buat kawan-kawan yang mana sempat layan aku punya catatan nie aku ambil kesempatan untuk Ucapkan Selamat Masuk Ke Tahun Baru 2009, bagi yang rasa umoq makin bertambah bila tahun baru 2009 nanti, semaklah apa yang dah kita tinggalkan untuk anak dan cucu (bagi kes yang dah kawin) kita masa akan datang.
  4. Sebenaqnya terasa nak posting pasal ayah aku dua tiga hari lalu, tapi kesempatan yang ada banyak dimamah oleh lain-lain benda yang menuntut aku punya masa yang pendek nie. Jadi aku terpaksa la jugak bawak nanti ke tahun 2009 nanti, mungkin bersempena dengan Ulang Tahun Kelahiran Ayah tersayang tahun depan.
  5. Dengan tu, aku sekali lagi mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti, bagi yang akan bercuti panjang nanti, dan bagi kawan-kawan yang balik ke Aloq Setaq, aku ada kat sana sampai 31/12. So kalau tersesat balik, panggil lah aku, kalau ada kesempatan kita berjumpa semula.

Rabu, 3 Disember 2008

Pengalaman Tahun Depan

Salam,
  1. Dah lama tak posting. Hari ini teringat pulak nak masuk web, jadinya masa dok godak-godak tengok benda nie, terasa la jugak nak menaip sesuatu.
  2. Hari ini 3 Disember 2008, Hari Rabu, rasanya sikit hari lagi dah nak masuk tahun baru, dan tahun baru ni ada banyak benda baru yang aku akan rasakan pengalaman barunya....
  3. Pengalaman baru pertama, Aina Maisarah, anak aku yang sulong akan ke sekolah pertama selain dari tadika. Banyak nanti nak sediakan, maksud aku dari aspek masa aku dan bini untuk dia nanti. Alhamdulilah, sekarang nie pun dia dah mampu membaca bahan-bahan Bahasa Melayu dan Inggeris, tapi belum mampu membaca Al-Quran. Seingat aku, aku sendiri pada usia 7 tahun setengah baru la pandai membaca, dan sejak pandai, tak kurang dari 100 buah komik yang aku beli dan arkibkan dirumah sehingga umur aku 11 tahun. Tapi kalau nak cari komik-komik tue semua rasanya semua dah jadi bahan bakar mak aku atau paling tidak tempat lipas melampias....
  4. Pengalaman kedua yang baru, aku akan jadi ayah kepada 3 orang anak-anak comel. Jangkaan April 2009 akan jadi tarikh kelahiran anak ketiga aku yang belum dipastikan jantan atau betinanya (dalam loghat Utara). Seronok tau tak bila aku dapat berita yang bini aku dah mengandung semula selepas lebih 4 tahun menantikan yang ketiga nie...emmm seminggu gak dok melayankan keseronokan dia tue...
  5. Terima Kasih buat isteri tersayang yang sekali lagi menanggungkan keperitan, kesakitan mabuk dan pening sepanjang semester pertama baby aku yang akan datang nie.
  6. Dan hari ini, aku sangat berasa akan kebosanan berada dilingkungan pejabat, mengadap minit mesyuarat, mengurus setiakan mesyuarat, dan segala macam urusan pejabat, jadinya, aku pun melilau lah ke tempat anak-anak buah yang ada kat Tingkat 8 nie hah.
  7. Kelamnya hari ni...

Rabu, 26 November 2008

Krisis Opis

  1. Salam, rasanya dah lama jugak tak ku tulis disini. Petang nie rasa aku dah santai sikit, sebab baru saja berjumpa dengan rakyat aku tadi. Sejam aku basuh. Rasanya kalau dapat buat ceramah motivasi (motibasi) bolehlah bayaqkan aku ribu-ribu kot.
  2. Rupanya dalam dunia hari ini, persepsi dan jugak cara kita berkomunikasi ada bayarannya. Kalau tak pandai, memek muka pun jadi isu jugak. Kenapa orang ini tak pernah senyum, kenapa orang ini terlalu banyak protokolnya. Mungkin kawan aku di Benua Suluk lebih betah jawapannya untuk aku rekodkan. Penat aku dah setahun rasanya kes nie dah, tapi tak setel-setel. Jadinya, petang tadi sementelah diari aku pun kosong lalu ku jemput kesemua sekumpulan orang-orang ini bersama.
  3. Bila dah bertentang mata sesama, makin ragat (kata orang Melaka) jadinya. Dan sebagai Ketua aku pun berikan peluang kesemuanya bercakap sebelum aku pulak bercakap. Dalam bercakap, aku sendiri terkesan akan beberapa peristiwa yang aku minta supaya sekumpulan orang-orang ini nikmati.
  4. Antaranya aku pernah marah, geram, sakit hati dan sakit mata tengok sorang bos aku dulu nih. Marah sangat, kalu boleh suatu masa kalau aku jumpa dia kat mana-mana mau aku humbankan dia, aku lenyek-lenyek dan aku lipat-lipat kan dia. Tapi atas nasihat seorang GURU yang aku pakai sehingga hari ini, maka aku telah beroleh untung dunia dan akhirat.
  5. Pesannya mudah, "Sekarang memang la ko nak hampuk mamat nie, kalau lah satu hari nanti ko pindah ke tempat lain, kemudiaan dia adalah bos tertinggi sekali di tempat baru, adakah kau nak mintak pindah pulak lagi, buatnya masa tue dia tak nak aprrovekan, pastu dia poolkan kau camne?. Pastu pulak satu hari tue, nak tak nak kau kena mengadap orang yang paling kau marah tu sebab nak minta tolong dan dia lah satu-satunya orang yang boleh tolong kau kat Malaysia nie, camne?" . Nasihat tue aku telan perlahan-lahan dan minda serta hati aku cernakan sampai sekarang.
  6. Kata kawan, Ilmu yang kita dapat dan tidak dikongsi kemudiaan akan hilang dari ingatan dalam masa 48 jam.

Salam.

Jumaat, 14 November 2008

Anuar Oh Anuar (Bukan Nama Sebenar)

  1. Pagi nie lepas minum, aku naik saja ke pejabat dah menunggu budak sekor nih. Budak nie dah kerja 16 tahun dah dulu, jadi Pegawai Kastam Gred W17 di Johor. Sepanjang kerja kat sana aku rasa gaji dia campur dengan OT dia dah sama banyak dengan gaji aku kot.
  2. Budak nih mohon kerja Perangkawan dan diterima melapor pada Ogos 2008 lalu dan aku sendiri yang bagi briefing kat semua Perangkawan satu batch dia yang melapor pada hari tue.
  3. Si Anuar nie (memang nama sebenar), hari pertama tue dia kat Bahagian yang ditempatkan dah mula resah gelisah bila dengar cerita pasal nature kerja Perangkawan. Bapak budak nie yang dah kahwin dan ada 3 anak kalau tak salah aku, terus hilang keesokannya. Dari maklumat yang aku dapat dia nak meniaga kat Pasar Malam, nak cuba jual roti john, lagi banyak dia punya income katanya.
  4. Punya la serabut, aku pun dirujuk berkali-kali pasal kes dia, sampai satu ketika, bos no 1 pun cakap ko buang saja lah budak nih. So aku pun tulis surat ke SPA minta pandangan lanjut, dan aku rasa yang pandangan SPA senag saja, buang kerja.
  5. Dan pagi nie dia datang semula ke Pejabat nak semula kerja kat Jabatan. Macam mana daaa..teringat aku lagu M. Nasir dengan Malique "kalau tunggu maut, kalau lari mati".
  6. Ada jugak orang macam nie, orang lain punya la sibuk pulun nak cari kerja, dia dah dapat kerja, Pegawai pulak tue...bercelaru pulak perangai....
  7. Dunia...dunia

Selasa, 11 November 2008

Bibik oh Bibik

  1. Dah lama jugak dah aku tak posting. Sibuk dengan hidup hari ini dah tak sama dengan sibuk dulu-dulu. Dulu kalau sibuk mana pun aku masih sempat baca e-mel yang penuh kat dalam inbox (tue pun secara berpilih). Rindunya aku masa-masa tue.
  2. Sebenaqnya, bukan cerita tue aku nak tulis tapi pasal bibik aku yang baru nie. Dalam banyak-banyak kali aku berurusan dengan ejen, so far yang nie memang lain sikit dia punya cerita.
  3. Satu hal, walaupun aku dan isteri tak lah sampai peringkat kronik nakkan Bibik, tapi bila beberapa kali tertangguh dia nak masuk tue yang buat aku naik angin jugak. Sudahnya Ahad malam lepas (9/11) jam 2 pagi baru la aku dapat ambik dia kat KLIA.
  4. Haaa, nie la yang aku nak cerita sikit. Jam 1.30 pagi aku sampai ke Blok C Parking berbumbung KLIA merayap-rayap pepagi buta kat sana, seram jugak, sebab manusianya semua coklat dan gelap(tue pun sorang dua saja timbul di sebalik tiang-tiang besar) manusia lainnya tak nampak pulak aku, yang bila dia bercakap aku tak berapa faham.
  5. Sampai masa, kami pun ketemu ejen yang aku gunakan khidmat dia nie, so kami pun bersama-sama dengan 2 lagi bakal majikan pun dibawa ejen ke Blok A Parking.
  6. Apa yang aku nampak dan hadap kat situ pada aku adalah amat menyedihkan dan sedikit hairan. Masuk saja ke kawasan pagar dia tue baunya yang sakan memang menyenakkan batang hidung aku nie. Sesak betul dia punya situasi. Bagi rakan Pegawai Imigresen yang bertugas shift malam tue, aku ucapkan takziah tetapi dalam masa yang sama tahniah sebab mampu melaksanakan tugas diaorang dengan cemerlang walau dalam keadaan persekitaran kerja sedemikian (haru biru, berbau, dan cahayanya suram) , sampaikan ada seorang kawan yang bertutup mulutnya sama macam musim selsema burung kat KLIA seketika dulu.
  7. Terbayang akan aku, kalaulah aku adalah sebahagian dari kumpulan migrasi yang tercongok, tergolek dan terngadah menantikan majikan masing-masing menjemput usai urusan imigrasi dan sebagainya.
  8. Kesian....

Jumaat, 24 Oktober 2008

Peguam vs Kontraktor

PEGUAM

  1. Aku ada berurusan dengan sebuah Firma Peguam Melayu di Precint 15 Putrajaya atas urusan pembelian hartanah. Dalam hujan lebat petang 16 Oktober 08 lalu aku dan isteri berkejar ke sana untuk menandatangani beberapa dokumen berkaitan.

  2. Sesampai di Pejabat, aku yang kebasahan, dijemput masuk ke bilik rundingan untuk menandatangani dokumen berkaitan. Usai sahaja urusan, kami diberikan sekeping bil yang perlu kami bayar untuk kemudahan dan khidmat yang diberikan.

  3. Bagaimanapun aku meminta tempoh beberapa hari sementelah pula kami dipanggil secara tergesa-gesa, lalu gagal menyediakan tunai yang mencukupi.

  4. Selang empat hari kemudian aku menerima satu lagi panggilan meminta aku membuat penjelasan bil berkaitan dengan kadar sesegera mungkin ditambah dengan bil baru yang diemailkan dengan peningkatan yang agak tinggi sehingga aku berkerut.

  5. Alasannnya,"Maaf lah Encik, kami tak semak dulu dengan Pejabat Tanah berkaitan dengan beberapa permintaan baru dari mereka yang perlu dibayar oleh Encik". Hangin satu badanlah aku.

  6. Petang 21/10/08, satu lagi panggilan dibuat dan aku terus sampaikan untuk diladeni isteriku. Malas aku nak melayan semua nih. Geram, marah dan nak mengamuk pun ada.

  7. Isu aku disini, ada dua perkara, pertamanya, setiap kali telefon aku serta merta diminta menjelaskan bil, dan kedua selaku profesional, di mana letaknya profesionalnya korang nie, ada ka pulak lepas pelanggan dah setuju, dia boleh patah balik dengan satu lagi bil lain yang lebih tinggi. Mana aci kawan.


KONTRAKTOR

  1. Dalam musim hujan yang menggila ni, rumah yang dah aku duduki selama lebih kurang 3 tahun mula bocor bumbungnya. Terjadi sejak lama sehingga merusuh hebat selepas sambutan Aidilfitri lalu. Pulak tue defect liability dah habis sejak tahun lalu. Aduhai...
  2. Jadi aku telah minta seorang kontraktor Cina yang biasa di kawasan perumahan aku. Sebutharga untuk selesaikan masalah bocor tu, aku rasa mampu buat pendahaluan untuk beli SAGA baru rasanya. Jadi aku ke pilihan kedua, dengan seorang kontraktor dari Equine Park.
  3. Bersama Equine aku sedikit lega sebab, beliau enggan memberikan apa-apa sebutharga selagi masalah sebenar yang menyebabkan kebocoran bumbung rumah aku, sehinggalah semakan teliti dibuat. Tapi aku minta juga anggaran kasar, dan harganya separuh dari kontraktor pertama. Leeggaaaaa rasanya.
  4. Jadi aku pun bersetuju dengan kotraktor kedua. Layanan dia pun bagus, rasa aku kalau Cina ni Muslim, insyaallah, selamat dia dunia akhirat. Selang 2 hari kemudian, telefon aku berdering, dan si Cina ini pun follow up dengan aku, tanyakan kalau-kalau ada masalah, dan kalau masalah semakin buruk dia bersedia bila-bila masa untuk selesaikan sebab kerja-kerja yang diaorang buat ada jaminan selama enam bulan.

SIMPULANNYA

  1. Aku tertanya-tanya, yang mana satukah antara kedua-dua mereka ini yang sebenarnya (Peguam & Kontraktor) yang lebih profesional. Sedang kalau ikut akal aku yang cetek nie, tentulah Peguam. PERSEPSI saja kot.
  2. Selalunya kita menjangkakan yang orang bertali leher, bekerja di pejabat adalah profesional, rupanya tak jugak. Sama la kot dengan Pelajar Tingkatan Dua dekat ASWARA tue..

Khamis, 23 Oktober 2008

Pernahkah kita begini?

  1. Aku belum pernah guna taktik ni dulu. Kalau sesiapa nak cuba bolehlah jugak.
  2. Seronok rasanya kalau dapat kembalikan zaman-zaman ini. Aku hanya berjuang untuk lulus periksa, berjuang kat Hutan Keladi mencari Karin dan Sepilai, memanjat pokok Gonchak (bukan goncang) sambil pastu boleh terbey (lastik) burung dari atas pokok.
  3. Layan.

BUDAYA?

  1. Ini adalah salah satu contoh Iklan Lampu di negara jiran kita di Utara nun. Mungkin ini juga adalah peri cara kreatif pengiklanan di negara tersebut. Aku melihat ini adalah salah satu cara oleh mereka untuk menonjolkan apa yang ada di sana. Sampai hantu pun dijadikan sebahagian dari alat menunjukkan keBUDAYAan mereka.
  2. Mungkin rakan Budaya aku boleh bantu komen.

Chau

Khamis, 16 Oktober 2008

Dari Teluk Wanjah Ke Precint 9 Putrajaya

  1. Semalam, semasa hampir terlelap aku mengenang semula kisah-kisah hidup yang aku lalu sepanjang hampir sepuluh tahun lepas. Tahun Disember 1999, aku akhirnya berjaya menamatkan Pengajian di UUM. Sesudah tamat, sebagaimana lain-lain kengkawan aku pun turut sibuk mencari kerja yang aku rasa sesuai dengan aku (kononnya).
  2. Banyak la jugak resume sama surat-surat yang aku layangkan merata tempat. Tapi hampeh sampai akhir tak terjawabkan apa-apa. Sesudah itu, aku cuba-cuba ke Sekolah Menengah Tunku Mahmood (TM College) di Alor Setar, mencuba nasib, sementelah aku dulunya sebelum ke UUm, pernah menaburkan khidmat di Sekolah Menengah Nashriah (sekolah Arab gituu). Alhamdullilah aku diterima.
  3. Tak lama aku disitu, cuma sekitar 5 bulan aku pun meninggalkan TM. Rezeki aku bermula pula di Lembah Klang ini sekitar tahun 2000. Tepat 12 Mei 2000, aku bersama Ayah dan Kakak, ke KL, menginap sementara di rumah saudara di Taman Sungei Besi (Salak Selatan). Dan 16 Mei 2000 aku melaporkan diri sebagai Pegawai Tadbir Sangkut Gred N41, bergaji ribu..rasa suka teramat, sebab sumur hidup aku tak pernah ada lebih dari RM 100 dalam tangan (kecuali duit loan, masa belajar).
  4. Selesai penempatan, aku satu-satunya yang telah ditawarkan ke Putrajaya, manakala kawan-kawan lain semuanya di KL.
  5. Hari pertama aku bersendirian ke Putrajaya dari rumah saudara tadi, menaiki komuter ke Putrajaya yang aku tak tahu di mana arahnya. Sampai tersasar ke Nilai NS. Sedar akan hal itu, aku meminta bantuan teksi ke Putrajaya dari Stesen Komuer Nilai N9 dan dikenakan charge RM50. Aduh...apa semua ini.
  6. Alhamdulillah..akhirnya sampai juga aku ke pejabat sepatutnya. Mengenangkan jauh perjalanan yang akan aku tempuh tanpa kenderaan sendiri, maka aku pun buat keputusan untuk menumpang sementara bersama seorang rakan yang aku kenali semasa bersama-sama menunggu surat penempatan di JPA Jalan Sultan Ismail. Syaratnya, dua malam sahaja kerana rumah tersebut turut diduduki oleh lain-lain kawan-kawannya yang masih meneruskan pengajian di UPM.
  7. Aku sedikit terkedu, macam mana agaknya mampu aku selesaikan. Duit simpanan bekal aku ke tanah asing ini pun dah tinggal separuh. Dalam cubaan tersebut aku pun cuba mencari lain-lain rumah di sekitar kawasan tersebut, senak aku bila aku tahu depositnya sahaja Rm 500 untuk sebuah bilik...
  8. Sedang dalam kebuntuan, kebetulan Jabatan aku adalah Jabatan yang menguruskan kuarters kediaman anggota di Putrajaya, aku pun merayu kepada Big Bos (walaupun jelas aku tak layak). Terima Kasih, Tuhan telah bukakan hati Pak Engku (Dato' Raja Hydar) pada masa itu untuk aku ditempatkan secara sementara di salah satu Blok Apartment yang dikawasan pertama sekali diduduki di Putrajaya.
  9. Sesudah itu, aku semakin senang dengan kehidupan aku di sini. Perlahan-lahan aku berusaha hidup bersendirian. Sekian lama, akhirnya aku ketahui rakanku (benuasuluk) pun sedang bermastautin berhampiran. Lega la jugak ada kawan haa, tempat tumpang berkongsi nasib dan sesama bercerita pasal awek yang tak sudah-sudah waktu tue...
  10. Selanjutnya, sebagaimana janji awal aku masih kekal menduduki rumah tersebut, sampailah 3 bulan kemudiaan aku terpaksa berkongsi dengan seorang saifer bujang bersama-sama di rumah tu.
  11. Sekitar Mei 2001 (4 Mei 2001), jodoh aku pun sampai. Sesudah sebulan, isteri pun aku bawa ke Putrajaya dan kami tinggal bersama dalam satu rumah. GILa, mujurnya si saifer tue kerjanya tak tentu dan ikut shift....malam dan siang.
  12. Aku bersyukur, Isteri ku tabah menempuh situasi tersebut selamat hampir 2 bulan. Kesian aku tengok kenkadang tue seharian di bilik tak keluar-keluar, menantikan aku balik sewaktu tengahari dan petang. Si Saifer juga kemudiannya telah bertemu jodoh dan tinggal di kediaman yang sama. Jadinya ada dua kelamin dalam satu unit apartment tue....aduh, gila aku...mujur sesudah 2 bulan kemudiaan dia orang pun berpindah keluar ke unit baru di Precint 16. Aku...masih lagi bertahan, walau berkali-kali notis dari Pejabat telah sampai, aku masih tebalkan muka.
  13. Satu pagi, Bos yang baru telah memanggil aku dan memberikan amaran akhirnya untuk aku mencari rumah sewaan sekitar Putrajaya. Tapi aku tetap berdegil, dan masih bertahan.
  14. Mengandungkan anak pertama, aku dan isteri akhirnya berjaya diterima sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Sesudah tepat 41 hari usia anak sulungku, kami pun melaporkan diri di INTAN pada 19 Mei 2002.
  15. Sepanjang aku di INTAN, aku masih menyimpan kunci kediaman tersebut sehingga hampir 5 bulan. Akhirnya mengalah, dan atas ihsan Abg Aziz, aku pun menumpangkan semua peralatan rumah ku dirumahnya.
  16. Sesudah selesai Kursus DPA, kami pun berpindah ke Kondo Harmoni (Flat Hijau) masih di Precint 9, dan sebulan kemudiaan barulah aku ditawarkan kuarters di Precint 9 juga yang bertahan selama hampir 3 tahun yang ngeri(rumah nie berhantu la).
  17. Alhamdulillah, atas kesabaran aku dan isteri, akhirnya berjaya juga kami memiliki sebuah unit kediaman sendiri di Putrajaya. Sekitar January 2005, maka termetrailah perjanjian pembelian yang mengesahkan persetujuan kami untuk memiliki kediaman di sini. Dan kini rumah ini menjadi syurga kami sekeluarga, berkongsi pahit manis kehidupan, dan mengisi hari-hari panjang perkhidmatan selama lebih 25 tahun lagi sebelum aku bersara, itupun jika umur ku panjang.

Selasa, 14 Oktober 2008

DATUK OH DATUK

  1. Teringat aku dalam perjalan balik ke Putrajaya, petang Jumaat lalu, sambil mendengar radio,seorang pendengar menyatakan rasa marah dan bengang beliau apabila Kerajaan Negeri Melaka nak anugerahkan Datuk untuk Shah Rukh Khan...
  2. Sabtu lepas, membelek-belek Berita Harian baru lah jelas apa yang diperkatakan terdahulu. Aku sedikit kecewa dan rasa marah jugak. Murah sangat dah sekarang nie rupanya Gelaran Datuk...
  3. Semalam pulak sorang kawan SMS aku, hang bolehlah dapat Datuk Melaka sebab bini hang orang Melaka, aku jawab boleh...boleh blah dan dia senyap selanjutnya.
  4. Semalam, Buletin Utama, melalui pungutan pendapat SMS, jelas 91% dari responden nyatakan ketidakpuasan hati diorang pasal perkara ini.
  5. Aku pun senyum lagi...

Salam Takziah Buat Monaliza Hamzah

  1. Takziah dari keluarga saya buat keluarga Saudari Monaliza Hamzah PP(S), Jabatan Perangkaan Malaysia.
  2. Semalam, Isnin 13 Oktober 2008, jam 6 petang adalah tarikh dan waktu perginya salah seorang dari anggota yang aku anggap sebagai pegawai paling kanan aku.
  3. Memandang arwah dari tepi katil beliau di HUKM sekian detik semasa ziarah aku semalam meninggalkan kesan yang sedikit mendalam. Semalam mendapat berita sesudah usai mesyuarat Persiapan Majlis Hari Raya Jabatan, membuatkan aku sedikit berdebar.
  4. Sesudah rehat tengahari aku, bersama beberapa anggota menyusul ke HUKM sesudah Hajah Rosnah (yang aku anggap "Ibu" Monaliza sepanjang sakitnya di sana). Terlepas simpang pertama, terpaksa mengharungi macet panjang sebelum ke susur kedua, barulah sampai ke wad beliau.
  5. Sepanjang menjalankan tugasnya bersama aku, aku sentiasa merasa senang dan tidak gusar akan output beliau. Komitmen, kesungguhan dan ketelitian beliau melebihi aku sendiri yang barangkali dianggap mentornya.
  6. Al Fatihah...Moga arwah akan ditempatkan dikalangan hambanya.

Aidilfitri 2008

  1. HAri nie hari kedua aku naik semula ke pejabat. Sebenarnya sejak semalam Isnin (20 Oktober 08) lagi sebenarnya aku nak buat sikit catatan, tapi tak punya kesempatan.
  2. Semalam, hari sibuk aku, tambahan petang ke HUKM menziarah anak buah.
  3. Sepanjang aku bercuti kali ini ada beberapa perkara yang dah buat aku marah, geram, nak gelak pun ada, yang pertama aku tak dapat nak join kawan-kawan otai (kata Wan 500) reunion kat stadium Alor Setar Raya ketiga yang lalu. Seronok rasanya kalau dapat jumpa balik kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa.
  4. Perkara keduanya pasal last day yang sepatutnya aku kat kampung, tak jadi pulak nak balik sebab hujan lebat melampau dan masik ke rumah. Khamis 16 Oktober aku dah stand by dah nak balik so aku boleh relax kat rumah di Putrajaya sekurang-kurangnya 3 hari, tapi tak sampai hati pulak aku nak tinggalkan Ayah, Mak bersusah payah nak bersihkan rumah sebab air dah masuk samapi ke ruang tamu rumah. Nasib juga hari tue adik dengan kakak aku ada petang tu sama-sama tolong apa yang patut.
  5. Alhamdulillah, akhirnya selamat aku dalam perjalanan selama lebih kurang 7 jam dari Alor Setar jam 11.30 pagi dari rumah dan sampai di Putrajaya jam 6 petang. Rasa lega sebab dah sampai ke rumah sendiri dan boleh buat banyak benda yang aku nak buat kat rumah.
  6. ALHAMDULLILAH

Isnin, 29 September 2008

Raya 2008

Salam,

  1. Nie first posting aku kat Blog nie. Dah tak rasa nak buat benda lain so aku pun sesaja la masuk kat sini. Esok lusa dah nak raya, dan raya nie tahun ni kena turn biini punya kampung. Tapi aku tak kisah sebab memang dah berjanji masa nak kahwin dulu lagi, raya mesti balik dua-dua kampung, sebab Ayah ngan Mak kita sama-sama nak tengok anak dan menantu dia dengan cucu-cucu dan coming lagi satu cucu.
  2. Raya nie juga aku still kerja kat pejabat di saat orang lain tengah sibuk tolong mak ayah kat kampung masing-masing mengemaskan rumah, mesin rumput dan apa yang patut.
  3. Raya nie jugak aku berjaya menyelesaikan keperluan untuk anak-anak lebih awal dari biasa, so tak la terkejar-kejar nak pulun last minute macam yang sudah-sudah punya raya, dan alhamdulillah kebetulan memang banyak rezeki aku tahun ni, jadi dapat la siapkan sikit sebanyak seawalnya.
  4. Chau...