Rabu, 29 Disember 2010

Hujung Tahun 2010

Salam,

Lama tidak menulis. Rasa jari dan tangan pun hampir keras. Banyak sebenarnya yang nak dikongsi, dari isu Gay dan Pengkid, dari isu KBSR dan KSSR, isu Matapelajaran Seks di sekolah rendah dan macam-macam lagi.

Tapi tak terluah, dan tak terdaya sebenarnya. Sebab rasa macam nak...



Kah..kah..kah

Selasa, 30 November 2010

Jodoh Maut Di Tangan Nya

Salam,

Buletin Utama 29 November 2010,  8 malam semalam.

Gambar dari Ondscene (Bro Sham);


Suami beliau, baru sahaja berlalu, meninggalkan Puan Hayati di Menara Maybank, seketika hanya, untuk kemudiaannya si Isteri menerima berita sedemikian ini.


Saya terkejut dan terus teringatkan akan kata-kata yang selalu Ayahanda sering nasihatkan kami anak beranak, "Nak Mati, dekat dalam kelambu pun mati". Lalu apa daya Hamba Mu Ini yang ALLAH.


Takziah dari saya sekeluarga.

Sabtu, 27 November 2010

Penipu Di Cyber Space

Salam,

Posting saya pada 5 Mei 2010 lalu mengenai penipuan oleh seorang bernama  Rina Yusuph yang menaku sebagai seorang warga Malaysia dan bekerja sebagai Purchasing Manager Borax Oil telah dibaca oleh seorang hamba Allah yang telah menulis emel kepada saya minggu lalu.


Berdasarkan kepada posting itu, dari cerita Hamba Allah ini, di mengaku telah tertipu dan telah menyerahkan nombor akaun banknya. 


Beliau bertanyakan saya, bagaimana nak selesaikan masalah itu. Saya cuma mencadangkan supaya yang petama sekali, TUTUP SERTA MERTA AKAUN BERKENAAN, DAN KEDUA BUAT LAPORAN POLIS berkenaan dengan perkara ini.


Syukur, ada juga yang telah membaca entri itu, dan tersedar yang belaiu telah membuat kesilapan dan  segera bertindak membetulkan.


Inilah dunia.

Khamis, 25 November 2010

Kalau Dah Bukan Jodoh

Updated


Memang sah, kalau aku dengan muka tak malu, "Hidung tak mancung, pipi yang tersorong-sorong", nanti orang kata Gila talak, tak maulah aku, apa kelas. 


Bila mengadap bos pagi tadi, yang support aku, dan nasihatkan aku, aku pun terus lembut sikit marahnya.


Nasib baik ada "Mama" yang memahami...hukk..huk..huk


  
Salam,

Sekian lama tak update.

Pelik lihat tajuk posting kali ini. memang lah. Sebab, kalau dah dua kali masuk meminang, orang yang sama, kali pertama tahun 2005 Disember, tak jadi.

Terakhir sekali, 2010 Disember jugak, pun tak jadi.

Apalah nasib badan. Nyawa dan jiwa meronta-ronta, badannya masih disini.


Jumaat, 1 Oktober 2010

Kereta Api Pun Jammed

Salam,

Perjalanan balik ke Alor Setar Ahad malam lepas meletihkan aku. Dalam masa yang sama aku tengok kesesakan paling panjang dalam demam Aidilfitri tahun ini. Rasanya dari susur keluar Changkat Jering sampai ke Hentian Sungai Perak, rasanya hampir 50 kilometer. Kesian, macam mana la yang ada anak kecil dalam kereta yang tersangkut tue, rasanya mau meraung-raung dalam kereta, sebab dah lemas, belum campur yang lapar, yang demam, selsema.




Ha, nie la gambar yang aku ambil masa keretapi pun tersangkut sekejap, rasanya dalam 15 minit jugak kat depan rumah aku...

Rabu, 29 September 2010

Dipanjangkan dari e-mail


Salam,


Bahan tampalan ini adalah dari e-mail group di Relax Yahoo Group untuk dikongsi bersama. 



WASH  THEM FIRST   OR   USE A STRAW  

This is Serious!    
This incident happened recently in North Texas. 

A woman went boating one Sunday taking with her some cans of coke which she put into the refrigerator of the boat. On Monday she was taken to the hospital and placed in the Intensive Care Unit.   She died on Wednesday.



The autopsy concluded she died of Leptospirosis. This was traced to the can of coke she drank from, not using a glass. Tests showed that the can was infected by dried rat urine and hence the disease Leptospirosis.





Rat urine contains toxic and deathly substances. It is highly recommended to thoroughly wash the upper part of all  soda cans before drinking out of them. The cans are typically stocked in warehouses and transported straight to the shops without being cleaned. 


A study at NYCU showed that the tops of all soda cans are more contaminated than public toilets (i..e.).. full of germs and bacteria. So wash them with water before putting them to the mouth to avoid any kind of fatal accident.

Please forward this message to all the people you care about.   


I JUST DID!   

Note: Bahan ini adalah dari e-mail group di Relax Yahoo Group. 

Selasa, 14 September 2010

Takziah Buat Keluarga Dato' Sosilawati

Salam,

Seminggu sebelum Syawal menjelang, dan seminggu sebelum Ramadahan berakhir, aku ikut sibuk nak dapatkan update cerita Kes Profil Tinggi, Dato' Sosilawati yang hilang semasa melaksanakan transaksi perniagaan di Banting Selangor, bersama beberapa orang rakan dan orang hubungannya, Pegawai Bank CIMB, Peguam dan Pemandu beliau.

Tiada apa yang aku nak tuliskan disini, cuma ingin menyampaikan ucapan Takziah dari aku yang tengah beraya sesi dua di Alor Setar, buat semua yang terkorban. Dan aku mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang berlaku itu. Harap mendapat pembalasan yang setimpal, walaupun aku sendiri sakit hati dengan kejadian ini.

AL FATIHAH 



Selasa, 7 September 2010

SALAM AIDILFITRI


Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
Maaf Zahir dan Batin 

dari saya buat  semua yang melawat ke blog ini samaada saya sedari ataupun tidak. Bagi yang memandu samada dekat ataupun jauh, sentiasa berhati-hati dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Isnin, 6 September 2010

Sunyi di Penghujung Ramadan

Salam,

Sekolah dah mula cuti sejak Sabtu lepas. Bini aku pun cuti jugak sekolah dia. Dalam masa yang sama tahun ini, giliran beraya kat Melaka, so, aku terus jelah transitkan budak-budak di Melaka.

Bila dah balik ke Putrajaya di rumah, dah sunyi la pulak, kalau tidak siap dengan riuh rendah yang sulongnya sampai le ke yang kecik sekali. Memang mulanya fikir, takpelah, sekolah dah start cuti, lagipun Ummi pun dah start cuti, jadi ada baiknya bebudak tinggalkan terus di sana.

Bila balik Terawih semalam, memang betul lah terasa, bukak saja pintu rumah, senyap sepi suasana. Barulah masa tue teringatkan bebudak tue semua. 

Benarlah kata-kata "Anak-anak adalah penyeri rumahtangga".

Isnin, 30 Ogos 2010

Salam Merdeka

Salam,

Hari ini Isnin, dah 20 Hari Ramadan, dan kita semua dalam Bulan Merdeka.

Hari ini juga aku cuti, konon nak balik Alor Setar, sebab nak kena Cucoq Udang dengan Kuah Kacang Mak. Sekali bini aku pulak tak dapat nak ikut, sebab hari ni dia ada prensentation. So, terkulat-kulatlah aku, rasa hati nak je drive sorang-sorang balik, tapi pikiaq balik, tunggu ja lah nanti raya, balik sekali gus.

Dan esok dah 31 Ogos 2010, maka Malaysia kesayangan aku akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaannya yang ke 53. Alhamdulillah, dan masih banyak yang akan berlaku, dan akan kita semua tempuh pada masa akan datang, mungkin pada Usia 100 tahun kemerdekaan Malaysia, harap akan lahirlah Generasi Malaysia, bukan lagi Melayu, Cina ataupun India.



MENJANA TRANFORMASI 

Rabu, 18 Ogos 2010

Takziah Buat Rakan










Entri ini sekadar untuk merakamkan Ucapan Takziah buat Amir sekeluarga yang telah kembali ke Rahmatullah pada 16 Ogos 2010 (Isnin) tengahari akibat dari kemalangan antara beliau dan sebuah kereta di Lebuhraya berhampiran IKRAM, Kajang.

Beliau pada  hampir setiap hari bekerja, berulang-alik dari Alai Melaka, ke Putrajaya dan bertugas                       di Bahagian aku bertugas kini. Seorang yang aku lihat sangat komited dan jujur dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.

Walau telah dinasihat dan pujuk berkali-kali oleh kawan-kawan dan isteri beliau supaya tinggal menyewa sahaja di Putrajaya, tetapi arwah masih tetap berkeras untuk berulang-alik dari rumah di Melaka ke Putrajaya dan sebaliknya. Bagi arwah, biarlah penat berulang-alik, asalkan dapat meluang masa bersama dengan anak dan keluarga.  

Al Fatihah.

Rabu, 11 Ogos 2010

Ahlan Ya Ramadan















Selamat Menyambut  Ramadhan. Moga kedatangan mu kali ini sekali lagi akan memberikan peluang untuk aku menimba taqwa dan memperkukuhkan lagi amal.

Selasa, 3 Ogos 2010

Pembanci Juga Manusia

Salam,

Minggu ini dah masuk Fasa Kedua Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Banyak benda yang berlaku di lapangan yang kadang-kadang tak pernah aku terfikir pun akan terjadi.

Macam-macam, yang Pembanci kena lalu, kes kena kejar anjing biasalah, ada yang diugut dengan Pedang Samurai (Alor Setar), kes diacukan pistol, diculik dan sebagainya.

Tapi antara semua yang paling aku benci tu, banyak responden yang gagal bagi kerjasama kepada Pembanci, samada sengaja, atau memang jenis HARD CORE. Dan dalam masa yang sama pula, ada pembanci pulak yang buat perangai, mungkin sebab dan fed up dengan responden yang ada macam-macam perangai. 

Cuma aku ambil kesempatan di sini, pada sesiapa yang membaca entri ini, jika belum di Banci, dan jika pembanci mendatangi kediaman Tuan/ Puan, berikanlah kerjasama sebaik mungkin, kerana pembanci juga manusia, maka layanlah mereka sebagai manusia.

Maklumat yang dikutip adalah rahsia, dan maklumat itu semua akan dikompilasikan untuk mengeluarkan data berbagai untuk tujuan Perancangan Negara 5 hingga 10 tahun akan datang.  

Selasa, 20 Julai 2010

Nurul GERSANG di FB

Salam,

Hari ini dalam perjalanan ke pejabat aku dengar Hot FM. Pagi ini punya topik fasal Face Book. Jadi ramai yang telefon si Faizal, AG dan si Farah menyumpah-nyumpah, ada yang puji ada yang menyampah.

Aku sendiri baru tahun sudah, masuk akaun dalam FB. Dan kadang-kadang sangat, atau lebih tepat jarang-jarang aku login ke akaun. Update apatah lagi. 

Yang aku tak duga, pula bila baca suratkhabar pagi ini ada dua benda yang mengejutkan aku, ada budak yang tak dapat nak kesan dengan tepat jantan ke betina, guna FB untuk cari makan.

Ada sorang  brader kat Penang dah kena jerat, si Nurul Gersang, iklankan dalam FB siap dengan no. telefon, sapa yang nak tido dengan dia boleh call, siap letak gambar giur gitu..Si mamat nie, kena jerat dekat RM 400 untuk tido dengan Nurul nie, last sekali bila dia rasa tertipu, terus lapor Polis.

Itu satu kes, kes lain pulak, ada yang ambik jerat, dan jerat tengkuk sendiri, pergi percaya dengan rakan dalam FB konon ada barang sangkut di Kastam KLIA, tapi nak ambik kena bayar sekian-sekian amaun masukkan dalam akaun. 

Akhirnya bila semak kat Kastam rupanya dah terjerat...

Apalah nasibbb

Rabu, 9 Jun 2010

MH 1362C Malaysian Hospitality

Salam,

Pagi ini, aku bertugas di Kuala Terengganu, dan semalamnya, memang aku dah stand by kononnya dari malam bagasi di depan pintu nak keluar rumah. Kebetulan juga minggu ini, cuti sekolah, jadi anak-anak dan isteri semua posting ke kampung.

Tiket ditempah jam 8.40 pagi. Dan aku target, mesti (dibaca wajib) naik ERL dari Putrajaya selewat-lewatnya jam 7.20 pagi. Tapi nak jadikan cerita dalam blog aku ni...hehh..aku terjaga jam 6.50 pagi. Terbukak saja bijik mata, nampak kat luar dah terang benderang. Kelam kabut aku punya mandi segala.

Akhirnya terpaksalah aku panjat train jam 7.50 pagi, dan sampai tepat di depan kaunter nak daftar masuk ke kapal terbang jam 8.10 pagi.

Aku : Maaf lah, saya dah terlambat sangat dah ni (dengan muka kasihan);

Awek Kaunter : Minta maaflah Cik, ni dah 8.10 pagi, gate dah tutup...

Aku : Boleh tak nak mintak tolong?

Awek Kaunter : Cik pegi kat kaunter B19,tanya dengan Pegawai.

Aku : Terima Kasih.. 

Aku pun apa lagi berlarilah ke kaunter B19, buat muka seposen, dan hulur aku punya itinery tiket, dan alhamdulillah...

Cerita Dalam Tandas:

Alamak, mampus aku kali nie...macam mana boleh tak sedar diri sampai dah lewat macam nie.. takperlah, sabar dan doalah sahaja, mungkin Allah nak uji aku, sabar ke tidak, dalam kelam kabut ni, sempat ke tidak, program nak mula di Kuala T'ganu tengahari...

Takpe lah, mungkin dia ambil sesuatu dari aku untuk beri yang lebih baik untuk aku nanti. mungkin jugak akan ramai tertanya-tanya apa yang diambil dari aku pagi ini, ketenangan aku, memang rasa nak rebah pun ada mengejar masa yang ada, kalau tidak terpaksalah aku tunggu flight kemudiaan.

Samb...

Tau apa terjadi, Pegawai nie buat panggilan ke kaunter di Balai Berlepas, tanyakan boleh atau tidak lepaskan aku masuk, tanya ada tak lagi seat kosong, dan jawapannya positif...Ya Allah, leganya aku tak terhingga...

Dan yang tidak aku mimpikan...



Pergh, terkejut besaq aku. Walau macam manapun, terima kasih banyak kepada petugas-petugas di kaunter di KLIA, terutamanya  para Petugas MAS. Tak pernah seumuq hidup aku dapat naik Kelas Perniagaan.

Jumaat, 4 Jun 2010

Letih...Nak Cutiiii

Salam,


Rasa letih jer badan minggu, mungkin sebab dalam mood nak cuti sekolah sama kot.... Takper tunggu lah nanti, aku akan cuti-cutian lama-lama...

Mungkin jugak sebab minggu depan, kena lagi kerja hujung-hujung minggu...

Selasa, 1 Jun 2010

Temu dan Duga

Salam,

Sepanjang minggu terakhir Mei lepas, aku di tugaskan di Alor Setar untuk menemuduga ratusan calon yang mohon jawatan dengan Sektor Awam di pelbagai Jabatan yang kerjanya berkait dengan hal-hal kewangan selama hampir seminggu. Cuaca di Alor Setar memang panas, aku rasa cecah sampai 38 ke 39 darjah Celcius, memang panas, sampaikan tidur malam pun berpeluh-peluh.

Dan dalam ramai-ramai calon yang datang, ada dua tiga orang calon yang memang aku risaukan, ada yang bermadu, ada yang jadi anak bini nombor 2, ada jugak yang memang keluarganya susah sampai tak dapat nak sambung belajar, tetapi keputusan SPM & STPM dia memang best.

Calon yang datang memang lawa-lawa, kalau yang buruk-buruk pun ada, tapi bukanlah tugas aku nak pilih yang lawa atau yang buruk. Dan aku memang dah putuskan awal-awal lagi, kalau yang dah bekerja, gaji dah ribu-ribu tapi nak mohon jugak, aku tak la layan.

Ada janda lawa, yang nie pulak, umur lingkungan awal 30-an, memang comel lah, masa interview siap daring je nengok kami, sambil terteleng-teleng. Tapi setakat nie aku masih belum berjaya dicairkan. Kalau tidak mau hanyut.

Niat aku dalam hati,  seboleh-bolehnya nak tolong anak-anak orang susah, jadinya antara calon yang kami perakukan untuk lantik adalah anak orang susah tapi bijak.

Kadang-kadang tue kesian tengok calon-calon nie, yang datang tak buat persediaan, ada jugak yang sijil SPM asal dia hanyut banjir pun ada, ada yang dah seusia aku pun ada. Sekali-sekala nakal aku tanya je soalan pasal nama Y.D.P Agung, bilang berapa orang PM Malaysia, pun ada yang terkial-kial. Nampak sangat ada yang tak kena dengan Sistem Pendidikan kita hari ini, tapi bila tanya sapa menag AF7, sapa yang Mentor kepada Mentee itu, ini depa jawab dengan yakin sekali, "Terbaeek Dari Ladang" kata anak aku yang sulong.

Dan paling best, adalah sorang calon nie, nak tukar kerja (calon memang telah berkhidmat sebagai Kerani di Penang, berkahwin) mohon pada gred yang sama, dan ada degree. Aku pun heran, sapa la  lantik dia nie dulu. Isunya, dia kata dia tak fit dengan tugas sekarang sebab senang sangat kerja dia, sikit saja beban kerja dia. Pada aku pulak memang la, sebab awak ada degree, tapi nak kerja Kerani, memang la jadi lagu tue. Sambung dia lagi, laki dia nak dia kerja yang rendah-rendah, boleh balik ikut waktu tetap, tak perlu keluar bertugas diluar daerah, sebab laki nak, bila balik rumah, bini dah ada tunggu kat rumah.

Macam-macam ada....   

Khamis, 20 Mei 2010

Kerja Keras

Salam,

Lama tak dapat update. Sibuk semenjak bulan April sudah.

Minggu lepas pun berkampung sepanjang minggu Sabtu & Ahad di Tiara Beach P.D. Letih badan dan otak, pagi bawak ke malam kerja, mesyuarat..I hate meeting... sebab kalau berulang-ulang pasang tape lama, lepas tue soalan tanya balik jawapan yang telah 100 kali di jawap, dalam 100 mesyuarat dulu-dulu memang bikin aku panas betul.

Kadang-kadang bila dah macam itu keadaannya, rasa macam dah tak ikhlas nak buat kerja, tapi terpaksa pujuk hati dan tubuh badan, mesti kerja, mesti meeting sebab kira semula duit gaji bulan-bulan yang aku dapat kadang-kadang tak berbaloi dengan apa yang aku sumbangkan balik ke perkhidmatan.

Itu, yang aku simpulkan lama dulu sejak mula dapat berfikir dengan sedikit waras, kalau tidak dulu-dulu, kalau mesyuarat di KL pun aku claim balik milleage dia. Itulah yang aku perhatikan, ramai yang dah tahu dan faham, tapi masih nak buat kelaku lagu tu jugak. Berapa lah sangat klaim tu kalau banding dengan jumlah gaji yang kita dapat dan jugak jam bekerja kita hari-hari di pejabat (betul ka 8 jam penuh?).

Itulah yang berlaku, kereta rosak tiba-tiba, anak demam siang malam, kena ragut rompak bagai.

Entahlah....

Rabu, 5 Mei 2010

Peniipuuu ekkkss je

As salam,


Cubaan menipu, sila lihat e-mel ini.



From: Rina Yusuph [mailto:rinayusuph60@yahoo.com] Sent: Saturday, May 01, 2010 3:01 AM Subject: Apa Kabar

Hi, nama saya ialah Rina Yusuph, seorang warga Malaysia yang bekerja dengan Purchasing Manager BORAX OIL LQ HGO2 di UK. Saya mempunyai sebuah rancangan perniagaan untuk anda dan berharap anda akan turut berminat. Saya menjangkakan maklum balas dari pihak anda sebelum saya seteruskan dengan selanjutnya perihal rancangan perniagaan ini kepada pihak anda.

Saya dahulukan perkara ini dengan ucapan ribuan
terima kasih dan saya menghargainya sekiranya pihak anda dapat memberikan maklum balas dengan kadar segera mengenai usaha sama ini.

Harap maklum. Sekian, terima kasi



--- On
Mon, 3/5/10, Adiratno Che Ani <adiratno@stats.gov.my> wrote:

From: Adiratno Che Ani <
adiratno@stats.gov.my>
Subject: RE: Apa Kabar
To:
rina.yusuph@yahoo.com
Cc: "Mohd Sipulizan Harun" <
sipulizan.harun@stats.gov.my>, "Shahrizan Ibrahim" <shahrizan@stats.gov.my>
Date: Monday, 3 May, 2010, 1:20 AM
Puan,

Apa bentuk perniagaannya? Saya kurang jelas.

TQ

ADIRATNO BIN CHE ANI
SEKSYEN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA

Logo baru Jabatan Perangkaan Malaysia

Terima kasih kerana memberikan perhatian kepada surat ini, walaupun ini akan dilihat sebagai kejutan kepada anda.

Saya Mrs Rina Yusuph, Purchasing Manager Borax OIL Lq Hgo2 United Kingdom. Disebabkan keadaan kesihatan saya sekarang yang tidak mengizinkan, saya dengan ikhlas meminta untuk bekerjasama dalam urusan ini. Saya telah mempertimbangkan dengan sewajarnya

 dan memutuskan untuk menawarkan urus niaga yang boleh menguntungkan ini. Saya telah melihat kredibiliti anda melalui profil anda di rangkaian laman web. Saya telah memutuskan untuk menghubungi anda berkenaan dengan urus niaga yang menguntungkan ini. Dilihat pada potensi urus niaga ini, kerjasama ini akan saling menguntungkan bagi  kedua pihak. Saya datang ke Malaysia untuk membeli bahan mentah kimia yang dikenali sebagai (……) . Saya tidak dapat membuat perjalanan saya ke Malaysia atas keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Saya telah disahkan menghidap kanser Esophageal, dimana peenemuanya adalah pada peringkat yang kritikal kerana terlewat dalam penemuan serta pengesahan  kanser ini, saya telah mencuba pelbagai kaedah rawatan yang ada untuk merawat dan memperbaiki keadaan kesihatan saya ini. Sekarang, saya perlu berada di wad untuk rawatan dan akan memakan masa beberapa bulan untuk merawat penyakit saya ini, seperti yang telah diberitahukan oleh doctor yang merawat saya. Syarikat saya masih memerlukan bantuan saya untuk membeli produk di Malaysia seperti mana yang saya selalu dapatkan di sana. Saya membeli produk ini dengan harga ($ 2.500 USD) per karton dan dijual kembali kepada syarikat saya dengan harga ($ 4,800 USD).

Minyak silica khusus diformulasikan untuk membersih dan melindungi batu permata, mutiara, opal, zamrud, dan turut digunakan untuk membersihkan batu perhiasan seperti tourmalines, topaz. Safir, zirkon dan zirconia.

Produk-produk ini adalah baru di pasaran tetapi permintaan terhadap produk ini sangat menggalakkan  dari  Syarikat di Britain. Produk ini diperkenalkan kepada syarikat kami oleh seorang kenalan dari China, Puan Jessy Chau, ahli gemologist di Amerika Syarikat, yang memberi saya contoh untuk diujikaji semasa lawatan saya ke Amerika Syarikat. Setelah diujikaji oleh  Syarikat kami, dan maklumat menyatakan bahawa  produk tersebut boleh didapati dari pembekal di Malaysia dan sejak itu saya telah datang ke Malaysia untuk urusan pembelian. Sekarang saya ingin melantik anda sebagai  agent saya di Malaysia, Assistant Purchasing Manager syarikat saya yang akan datang ke Malaysia untuk membeli produk ini melalui anda dan bukannya dari pembekal saya.  Pada setiap kali lawatan perniagaan saya ke Malaysia, saya tidak pernah berfikir untuk mendapatkan kenalan kerana terlalu sibuk dan asyik dengan urus niaga yang dijalankan dan perkara itu telah menjadi suatu yang saya kesalkan sekarang. Kesihatan adalah keutamaan dalam kehidupan. Saya menawarkan anda 50% daripada keuntungan sementara 30% untuk saya dan 20% akan menjadi kos untuk urusan setiap perniagaan. Urusan  ini benar-benar bebas risiko dan hanya akan berurusan selama satu atau dua hari sahaja. Saya tidak ingin Syarikat saya mengetahui kos yang sebenar untuk produk yang saya dapatkan dari Malaysia. Saya akan melantik anda sebagai agent produk ini sehingga wakil saya yang akan membeli terus daripada anda. Hanya keikhlasan dan kejujuran yang saya perlukan dari anda. Saya sertakan butiran yang diperlukan dan nombor telefon pembekal di Malaysia. Saya amat menghargai kerjasama anda dan juga sebagai orang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan perniagaan ini bagi pihak saya sehingga saya pulih dari penyakit saya. 

Kejujuran dan keikhlasan anda amat saya hargai dan perlukan.

Kerjasama anda amat saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih dan saya sedang menunggu maklum balas dari pihak anda.

Selamat sejahtera.





Lihatlah bagaimana si penipu-penipu ini boleh kenakan anda. Jadi berhati-hatilah.





Rabu, 7 April 2010

Cerita Kucing Jiran

As salam,

Semalam jam 11.30 malam, sedang aku memastikan semua pintu-pintu berkunci, termasuk di dapur, seekor kucing Putih Bersih, mengiau-ngiau menjemput rasa kasihan aku, meminta-minta jika ada lebihan makanan untuk mengisi perutnya.

Atas rasa kasihan, dan sementelah ada sisa lauk hari itu, maka si ibu bunting itu pun dapatlah sama berkongsi nikmat rezeki yang Allah kurniakan untuk kami sekeluarga.

Sekadar Hiasan

Cuma yang menjadi sedikit kesal pada aku ialah, dalam keadaan Si Putih yang sedang sarat Bunting, tergamak pulak tuannya sedemikian...pada persepsi aku, nak bela kucing, tapi penyegan nak bagi makan, atau terlupa nak bagi makan atau jugak memang bela kucing  tapi malas nak maintain.

Kesian Kucing tue...

  

Selasa, 6 April 2010

Selamat Hari Lahir Aina


SELAMAT HARI LAHIR BUAT AINA MAISARAH 

BUAT YANG KE DELAPAN



HAPPY BIRTHDAY ; )..

AYAH, UMMI, ANGAH DGN AMIR SAYANG ALONG
MOGA ALONG AKAN SENTIASA BERADA DALAM KESEJAHTERAAN SEPANJANG MASA DAN SENTIASA DILIMPAHI RAHMAT
AMIN

Rabu, 31 Mac 2010

Lain Kali Cerita Lagi

Salam,

Lama jugak aku tak posting, rasanya dah dekat sebulan la jugak tak menulis, dan lama la jugak aku tak masuk tengok blog kawan-kawan.


Sibuk, boleh la tahan jugak, pagi-pagi kalut bawak Aina ke sekolah, dah siap nak ke pejabat, bawak yang Auni pulak ke Laman Cerdik. Alhamdulillah semua dekat la jugak dengan rumah, kalau tidak letih la kelam kabut.


Tapi dah memang tanggungjawab sebagai Ayah. Tengahari pulak kalau, ada Mesyuarat di pejabat, kelam kabut aku pederas kereta ke sekolah lagi sekali, nak ambil Aina di sekolah.


Dalam masa yang sama jugak edisi bongsu, Amir Muhaimin pulak demam, melarat sampai dua minggu, "on off", campur dengan batuk. Malam-malam tak tidur, siang hari pulak sibuk di pejabat.


Hujung minggu lepas pun, walau tak dapat nak cuti, (bini tengah kursus Q&A kat INTAN, KL), adik ipar aku pulak berkahwin kat Melaka. Letih memang tak terucap. habis kenduri, hari Ahad, malam tue jugak bertolak balik semula ke Putrajaya, memang flat rasa badan haaa..


Ok lah, lain kali kita cerita lagi.

Rabu, 10 Mac 2010

Dari Rehat Yang Panjang

Salam,

Lama tak update, ini adalah kisah yang dikutip dari rangkaian e-mail dari Abang Mat.

GAMBAR

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi
berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata,

"Kak... Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar..."


KEMIK

Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih
kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?"

Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.

Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,

"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!"


BUKU TEPON

Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.

"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.

" Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.

"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan! " kata Chot.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.

"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"


MASA

Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat pulak? Bila pulak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang hari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang hari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."

Dipetik dari rantaian emel.

Ahad, 31 Januari 2010

Selamat Hari Wilayah

As salam,

Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan dan selamat bercuti bagi yang bercuti.

Sabtu, 30 Januari 2010

Lanjutan Banci Penduduk

As salam,

Dalam posting ini, saya sebenarnya ingin mengulas komen yang diberikan oleh rakan di Benua berkenaan dengan Masa Depan Malaysia. Adakah Malaysia mempunyai masa depan dalam keadaan politik negara kini yang ribut dengan kerenah para pemimpin politik sekarang yang saling bercakaran.


Persoalan Benua, mengenai masa depan telah saya komen semula kepada beliau di dalam komen post master, tetapi komen tersebut menggerakkan hati dan perasaan saya dengan Masa Depan Malaysia. Dan persoalan beliau memang tidak dapat saya jawab dengan tenang sebenarnya, kerana saya turut terusik dengan suasana kini keadaan politik kita.


Terfikir sejenak, sebenarnya lebih kepada terkenangkan semasa persekolahan saya di Sekolah Menengah Dato' Syed Omar (SMDSO), Alor Setar Kedah, selain saya, seingat saya ramai graduasi SMDSO yang telah berjaya termasuklah juga Benua dan Abang Am. Kami, pada pandangan saya, memang bukanlah yang terbaik, ataupun yang sering menjadi perhatian Guru sebagai murid yang terbaik yang dilahirkan, apatah lagi nak menjadi perhatian kawan-kawan perempuan yang sewaktu itu adalah yang tercantik, termanis, bijak pada pandangan mata saya (saya tak tahu tentang dua lagi rakan saya).


Jadi pada waktu itu kami, pada pandangan saya, adalah antara penghasilan terburuk graduasi sekolah kerana kami bukanlah terpandai dikalangan yang pandai, dan saya adalah antara murid "nakal" yang tiada masa depan.


Mengulas dari itu, saya ingin kaitkan bahawa dalam keadaan negara kita sepertinya ini, saya tidak mahu mempercayai bahawa negara ini tiada masa depan yang cerah dan cemerlang, kerana yang menentukan cerah dan cemerlang adalah manusia itu sendiri. Antara kemahuan dan keinginan masing-masing kita akan berusaha untuk sama-sama mencerahkan Masa Depan Malaysia dengan cara dan kebolehan kita masing-masing yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung, nampak atau tidak, dihargai atau juga tidak.


Masa depan Negara ini adalah masa depan anak-anak saya dan masa depan anak-anak kita semua.

Nota: Posting ini bukanlah mengajak rakan-rakan "bergomoi", cuma sumbangan pendapat.

Khamis, 28 Januari 2010

Banci Penduduk 2010



As salam,

Jabatan Perangkaan Malaysia akan mengadakan Banci Penduduk dan Perumahan Negara tahun 2010 untuk tujuan perancangan masa depan Negara ini. Data berkaitan dengan jumlah penduduk, pendapatan isi rumah, migrasi dan sebagainya akan dikutip oleh Pembanci yang dilantik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Banci akan dijalankan dari 6 Julai 2010 hingga 22 Ogos 2010 seluruh Malaysia.


Rabu, 20 Januari 2010

Memalukan

As salam,

Memalukan. Ini yang terdetik sewaktu dipanggil mengadap pagi tadi. Adakah ini promosi percuma negeri kelahiran isteri ataupun untuk Jabatan.

Tiga didakwa lakukan oral seks

MELAKA 19 Jan. – Tiga sahabat yang bertugas di Jabatan Perangkaan Negeri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan seks oral terhadap seorang wanita pada pertengahan tahun lalu.

Sulaiman Abdul Kadir, 30; Hezer Karsin, 25; dan Hamizan Wahit, 28, membuat pengakuan tersebut ketika pertuduhan masing-masing dibacakan secara berasingan.

Sulaiman didakwa melakukan seks oral terhadap wanita berusia 24 tahun itu di rumahnya di Rumah Awam Rumbia, dekat sini pada pukul 12.30 tengah malam, 2 Mei tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Al Baishah Abd. Manan membenarkan lelaki itu dibebaskan secara ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis Rumbia pada minggu pertama setiap bulan.

Di hadapan hakim yang sama, Hezer yang baru ditamatkan kontrak dengan jabatan tersebut didakwa bersubahat dengan Sulaiman melakukan perbuatan tersebut antara pukul 11.30 malam, 1 Mei dan 12.30 tengah malam, 2 Mei 2009 di tempat yang sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Hezer juga didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu mencabul kehormatan mangsa pada pukul 11 malam, 1 Mei 2009 di dalam kereta jenis Proton Wira bernombor pendaftaran NBB6507 di Perindustrian Rumbia, dekat sini.


Disalin dari Utusan Online

Jumaat, 15 Januari 2010

Nak Jadi Bos

Ini posting saya dalam Tahun 2010. Tapi posting ini bukan nak isytiharkan azam tahun baru saya, tapi sekadar nak berkongsi rasa.

Minggu lepas melayan TV dan juga anak-anak, sempat juga layan Bujang Lapok, cerita P.Ramlee. Salah satu adegan awal dalam filem ini yang pada minggu itu menarik perhatian saya adalah, apabila Bos Sudin, marahkan Sudin apabila datang lewat ke pejabat pada hari tersebut.

"Jam berapa ko sampai ni Sudin"

"eee...jam, ada 5 cik"

"Sudah, Aku tanya pukul berapa, tengok jam ko"

" Potong gaji ko bulan ini 2 ringgit"

"Rupanya jam Sudin takder jarum";

" Nah dua ringgit, kasi baiki jam"

"Tapi bos, tadi kata gaji potong dua ringgit"

" Potong tetap potong"

Perkataan terakhir itulah yang mengesankan saya. Sebagai seorang Bos, sepatutnya kena tegas, dan perlu ikut peraturan yang ditetapkan, tetapi dalam masa yang sama tetap jaga kebajikan anak buah.

Saya......tak tahu lah....